Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Saturday, June 4, 2011

TIDAK SEPANDAI MENGEJAR MASA

Spekulasi bukan prejudis,
Suara-suara yang menekan,
Mendatang depresi diri,
Menggelap terang.

Oh jangan,
Oh tidak,

Mana fajar yang segar,
Mana dhuha yang tegak,
Mana siang yang nyala,
Mana senja yang tenang,
Mana malam yang dalam.

Jiwa gelandangan,
Ibarat primadona terlarang.

Rampas dan serah.
Ketegasan.
Ketegasan.

Seisi dunia mendesak,
Moga kau bertukar menjadi demon-demon,
Wangi aroma kasturi apa kau harap,
Ujian untuk belajar bukan,
Menggelabah,
Pilih betul-betul,
Kau sendiri yang perlu memperbetul.

Aku soal bagaimana,
Tidak suka pertanyaan mengapa.

Najwa Tahir : Serius aku sedang berkata-kata, jika seisi dunia mendesak kau untuk berhibur dan bersedap-sedap...segeralah kau berhibur dengan ALLAH, bukan mudah bukan sukar, ambillah AL-QURAN...biar lambat ikhlas itu datang, ikhlas perlu dipaksa jika masih berdegil, Kalau kau layan itu akan melarat...aku pernah merasainya...sebab itu aku berani katakan... Datangkan ALLAH dalam dirimu...maka, tutuplah segala dunia prejudis yang bikin spekulasi...jangan dilayan 'fitnah' ikhlas...Sekian hari, perasaan maluku semakin menebal dengan Rasulallah s.a.w.  Aku mengaku umat tapi laksana tak seberapa...Astaghfirullah...


2 comments:

Anonymous said...

sohih.... ya ukht.. hendak mau mendapatkan ikhlas dalam ibadah harus di paksa... kerana sesuatu yang indah bukan mudah mendapatkannya, InsyaAllah... jika, sudah terbiasa... ia akan menjadi satu tabiat.... =)

Bisikan Rahsia said...

^_^ kerana syurga itu manis...