Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Thursday, December 31, 2009

Karaoke Jamban...TELINGA?


BANDAR PONTIAN


(Muqadimah aku meraban sikit)

so far, aku rasa TAK la best sangat pontian nih...
mungkin sebab aku hari-hari mengadap benda yang sama kot..'entertainment' tak der la sangat hebatnya...ada pun pasaraya 'BILLION' yang jadi tempat budak sekolah 'dating'...(Biasalah budak baru nak besar)...Billion pon cam nak tak nak jer hidup. Wayang pun tak ada... (McDonald tak disediakan eh, yang ada KFC dengan Pizza Hut je)..Nak tengok wayang dengan makan McD kena 'turun' JB. Paling-paling gi main bowling je...dengan karaoke jamban tuh....

KARAOKE JAMBAN...


Berkaraoke dalam bilik kecil yang boleh muat 3 orang je kalau gemuk la geng-geng korang tu...kalau geng kecil molek comel boleh muat 4 orang. Karaoke Jamban sekarang jadi KEGILAAN REMAJA. Memang la berkaraoke seronok, lagi-lagi kalau suara sumbang cam aku makin la nak nyanyi lagi. Tapi, berbaloikah dengan melabur RM1 untuk berDoReMiFaSoLaSiDo bernyanyi atau berhibur dengan nilai kos rendah?...Lepas tu gadai GEGENDANG TELINGA...merosakkan deria pendengaran untuk jangka masa panjang nanti.

Persoalan sekarang, banyak masyarakat Malaysia yang cari hiburan berbentuk kos rendah dan mengenepikan risiko yang akan berbangkit pada kemudian hari... bukan setakat jadi tempat nak berhibur saja-saja, Karaoke Jamban atau Pusat Karaoke Mini nama bukunya, kini menjadi semacam TERAPI minda bagi masyarakat terutamanya remaja.

Tak sedar, secara langsungnya keadaan dalam Karaoke Jamban tu memakan secara perlahan kekuatan pendengaran kita. Pe tak nya, keadaan yang kecik cam tandas awam je boleh memekak sampai keluar bunyi  muzik dari bilik kecik tu...

INFO TELINGA

menggunakan alat pengukur paras bunyi, bacaan terhasil dalam bilik karaoke jamban tu menunjukkan angka yang dahsyat..!!!
mencecah hampir 120 desibel (dB) satu paras bunyi yang melampaui keupayaan pendengaran manusia biasa. Gegendang telinga manusia hanya mampu menampung  bunyi sehingga 80dB sahaja. bunyi yang melebihi tahap itu diklasifikasikan sebagai berbahaya dan mampu menarik nikmat deria pendengaran pemberian Allah sama ada sementara atau selamanya.


p/s : Aku pernah menderita sakit telinga sampai pekak. SAYANGI TELINGA ANDA.

Wednesday, December 30, 2009

Layan Diri...Self Service...


Assalamualaikum...aku ni tak la pandai sangat nak bermadah helah, tapi aku nak luahkan jugak...tak kira. kalau korang perasan la. Zaman sekarang punya stesen minyak, banyak la kena Layan Diri atau 'Self Service'. Kat tempat aku semua stesen minyak kena Layan Diri. Tak kiralah...ESSO, MOBIL, SHELL, CALTEX, PETRONAS. Semua guna konsep ni.

Masa mak aku pegi bandar nak isi minyak kereta. Tiba-tiba, kena Layan Diri sendiri...! Mak aku memang SENSITIF dan ALAHAN terhadap perkataan Layan Diri kat stesen minyak.

Mak aq pun tanya la kat sorang mamat 'Juru Pam'...begini soalannya, "Adik, kenapa ek sekarang semua stesen minyak kena layan diri...mak cik ni tak reti nak pam sendiri, maaf la mak cik bertanya." Kata Cik Adah.

Juru Pam pun berkata, "Mak cik ni semua 'government' suruh la cik, kesian kat rakyat kan." Kata Juru Pam yang OKU tu.

Bagus mamat ni, OKU pun masih ada usaha cari rezeki halal (Kata hati aku).
Sekarang ni, mungkin kerajaan nak ajar rakyat Malaysia...Tapi, kesian la kan kat orang-orang tua yang nak isi minyak. Kalau takde anak kat sebelah, camne nak isi minyak kereta...Walaupun tekan-tekan je butang, amik salur pam tu, masukkan dalam lubang minyak kereta. Hah, maka penuhlah tangki.

Namun...bagi orang-orang tua, perempuan pulak tu...cam susah la untuk dia orang kan.

Memang ada sesetengah Juru Pam yang berbudi bahasa sudi nak tolong OK jugak...
Habis, kalau mamat Juru Pam yang lagak cam kaduk naik junjung, ape hal...
Ade ke patut, aku pernah terdengar Juru Pam tu kata kat makcik sebelah pam minyak aku cam gini,
"Mak cik tak nampak ke layan diri ni..." (tragedi maki ini baru-baru saja berlaku)

p/s : Hormati orang-orang tua sebab esok-esok kita akan tua juga...tu pun kalau panjang umur.


Tuesday, December 29, 2009

Bilakah DOAKU akan dimakbulkan?








APABILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MENYAYANGIMU...

Firman Allah, Maksudnya..."Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka) : Sesungguhnya aku sentiasa hampir (kepada mereka) ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta benar." (surah al-Baqarah :186)


APABILA ALLAH LAMBAT MAKBULKAN DOAMU, DIA INGIN MENGUJIMU...

Menurut al-Khatabi : "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberitahu kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantinya dengan pahala."


Menurut Hukama : "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada Hari Kiamat."

APABILA ALLAH TIDAK MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKMU

Firman Allah, maksudnya : "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(surah al-Baqarah : 216)


Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Firman Allah, maksudnya: 
"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang apa sahaja yang kamu ingini." 
(Hadis Qudsi)


Monday, December 28, 2009

Mencari Kebahagiaan Abadi


Di mana? Di sisi Allah...

Firman Allah, maksudnya : "Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Maha Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya." (Surah Al-Qamar 54:55)

Bagaimana? Dengan Mengutamakan Akhirat...
Firman Allah, maksudnya : "Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." (Surah al-Baqarah :86)

Dengan Sabar dan Taqwa
Firman Allah, maksudnya: "Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Hud:49)


Untuk Siapa? yang beriman dan beramal soleh...
Firman Allah, maksudnya: "Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali sebaik-baiknya." (Surah al-Ra'd 13:29)

Yang Beroleh hidayah...
Firman Allah, maksudnya: "Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan." (Surah al-Isra' 17:97)


SAKA...apakah sebenarnya?


Membicarakan persoalan mengenai saka adalah satu perkara sensitif. Perkara yang berkaitan dengan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar atau suatu yang tidak dapat disentuh adalah suatu yang tidak mudah. Bagi mereka yang hidup dalam dunia teknologi dan ledakan maklumat adalah sukar untuk menerima hakikat kewujudan sihir dan makhluk halus, lebih-lebih lagi apabila dikaitkan manusia mendapat bantuan daripada makhluk halus.

Seperti yang dibincangkan bahawa meminta bantuan dan mengharapkan pertolongan daripada makhluk halus adalah syirik, lebih-lebih lagi meminta bantuan jin atau syaitan untuk mengganggu dan memudaratkan orang lain. Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya, daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Tujuan makhluk-makhluk ini dibela adalah untuk perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris ada kalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri, seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan al-Fatihah, silat sheikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.

Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi, seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakan mewarisi ilmu pemiliknya, yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu, dia telah mewarisi saka tadi.

Seksaan

Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar. Situasi yang lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia. Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT.

Adapun hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan). (Allah berfirman): Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’ . Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (al-An’aam: 128).

Untuk melindungi diri gangguan pengamal saka ini eloklah kalau dapat diamalkan beberapa potong ayat al-Quran dan wirid yang ma’thur yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Yakinlah jika diri seseorang itu sudah ada pendindingnya, pasti makhluk yang jahat tidak dapat menembusinya. Banyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran terutamanya ayat 97 dan 98 dari surah al-Mukminun.


KARAKTER WANITA ISLAM


Karakter ini merupakan hiasan utama terbentuknya masyarakat Islam dan tertegaknya sistem islam dimuka bumi serta menjadi tiang penyangga peradaban dunia. Kesepuluh karakter itu adalah :

  1. Salimul Aqidah, Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.
  2. Sahihul Ibadah, Benar Ibadahnya menurut Al-Quran dan As-Sunnah serta terhindar dari segala bid'ah yang dapat menyesatkannya.
  3. Matinul Khuluq, Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat menyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil-'Alamin)
  4. Qawiyul Jismi, Kuat Fiziknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/anugerah dari Allah S.W.T.
  5. Musaqaful Fikri, Luas Wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menerima pelbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.
  6. Qadirun 'alal Kasbi, Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.
  7. Mujahidun linafsihi, Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan ataupun kejadian hingga menimbulkan kebaikan pada dirinya ataupun orang lain.
  8. Harisun 'ala waqtihi, Kecekapan dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya seorang yang pantang membuang waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun, kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan di ahadapan Allah.
  9. Munazham Fi Syu'unihi, teratur dalam urusannya hingga menjadikan kehidupannya sempurna dalam segala hal yang menjadi tanggungjawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan cara yang baik.
  10. Nafi'un Li Ghairihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menajdikannya seseorang yang bermanfaat dan diperlukan. Kewujudannya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan Ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.
Mudah-mudahan dengan sepuluh karakter ini dapat memotivasikan diri untuk kita merealisasikannya dalam kehidupan, Amin...


Sunday, December 27, 2009

Berjalan...dan terus berjalan...yang akhirnya noktah.

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan,
Dan berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan,
Bukti kasihNya...kita wujud di dunia pinjaman ini,

Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya...
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,
Perihal kehidupan sebagai cermin  dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuhi insani.

Kata-kata  ini hadiah buat Emak dan Ayah yang tercinta semoga semangatmu membela yang hak tidak jatuh ke bumi, kepada emak...teruskan kekuatan dalam diri walau musuhmu adalah darah dagingmu sendiri. Emak kau rela mengangkat tanggungjawab menggantikan anak lelaki sedangkan kau anak perempuan. Kepada ayah, terima kasih atas cintamu kepada emak...Kau turut sama menggalas beban...mencari rezeki demi kasih menjaga orang tua.

Thursday, November 26, 2009

Sakit...kifarah dosa.

           Setiap orang pernah rasa sakit kan...tapi sedar atau tidak kenapa kita nak salahkan keadaan...bahasa mudahnya takdirlah...anggap jela yang sakit tu nak kurangkan dosa. lagu satu hal...kenapa kita sakit, salah satu sebabnya punca dari pemakanan kan. tu pasal la orang kat Malaysia banyak sakit punca dari terlebih makan. tapi bila dah sakit mula la cakap "kenapa aku yang dapat sakit ni, kan ramai lagi orang lain". Ni simptom tak sedar diri... dah tentu dia yang sebat semua jenis makanan.
         
           Tapi ada sakit yang berkaitan saraf...tetiba je lemah. Ni kita tak tau, kalau dia sakit berkaitan saraf ni dah nasib dia kena hadapi ujian dan dugaan cam ni. Contohnya sakit cam dalam cerita Jepun 'One Litre Of  Tear'. kesian gak la...bayangkan daripada kuat,aktif,cergas tetiba terus tak mampu wat pape cam orang sakit Palsi Serebral.

Lorong dan Penghujung

Pada hayat ini
Aku hanya terus mencari bunyian bingit
Tanpa menghirau suara hati

Pertanyaan akal yang dijawab oleh nafsu nafsi
Pencarian pulang nilaian kosong
Hujung langkah mengharap nyalaan nyata
Jejak derap kaki
lelah...

Mencari butir untaian iman
Gelap laluan
Kerna mengorek benda yang sekejap kumiliki
Hancur diri
Punca daku
Bukan dikau
Janganlah risau

Namun masihku merintih
dalam dakapan kasih-Mu
saat
nafas akhir......................