Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Sunday, September 21, 2014

Bangun Sayang...Sebelum Kena Lempang!

Baiklah...

Mari kita bertanya pada setiap diri masing-masing.

"Adakah aku mampu bawa keluarga aku semua sama-sama masuk syurga?"

"Tunggu kejap...tunggu kejap...Maknanya kena memBaitul Muslimkan diri la kak, pang pung pang pung agen cari jodoh...Kena kahwin la gitu kak...baru boleh jawab soalan akak."

"Kena kahwin dulu pehal pulak?"

"Habis tu akak kata 'keluarga'."

"Dah tu, yang mak ayah kau, adik-adik kau, abang-abang kau, akak-akak segala bagai tu bukan keluarga ke?"

"Ohhh....Petirnya akak."

"Akak nak tanya, Baitul Muslim tu apa maksudnya?"

"Keluarga Muslim."

"Pandai. Tepuk tangan."

"Jadi saya ni bukan setakat individu muslim...tapi sudah sedia ada dalam Baitul Muslim ek?"

"Kan. Kita sebagai anak pun masuk dalam carta organisasi Baitul Muslim. Baitul Muslim bukan je takat isi borang dan perjalanan proses kenen kau berjalan. Kau kahwin, buat kerja dakwah setangkas 'Spiderman'. Kebiasaan orang selalu fokus pada itu. Sedangkan, apa saja yang kau dah laksanakan sebagai anak yang berada dalam sistem Baitul Muslim mak ayah, adik, abang dan kakak. Selama ini Baitul Muslim sudah ada depan mata, sudah dalam lingkungan hidup kita. Cumanya Baitul Muslim ini, berbentuk kau bukan isteri, dia bukan suami...tapinya kau sebagai anak dan adik-beradik."

"Jadi?"

"Jadi, kau kena bertindak macam 'cat woman' dalam keluarga kau."

"Tapi, akak...tak semua keluarga semudah ABC, laici kang, dan air cendol Mak Siti."

"Ya...cuba kau petik jari dik. Banyak-banyak kali."

"Tick.Tit.Tit.Tick."

"Bukan senang nak keluarkan bunyi, Setiap petik jari kau tadi ada yang sumbang, ada bunyi kuat, ada yang bunyi perlahan, ada yang tak bunyi langsung."

"Akak. Terus pada isi penting. Tolong."

"Hee...Baiklah...Hakikatnya, Ada keluarga jauh. Ada keluarga dekat. Ada keluarga yang sedang-sedang saja."

"Cara beragamanya?"

"Betul, Alhamdulillah...tolonglah bersyukur apabila kau ada keluarga yang sudah terjebak dengan sekeliling yang baik-baik."

"Ada yang kena halang ke akak bila giat dalam benda baik-baik ni?"

"Kalau tak ada ujian bukan dakwah namanya. Kita nak memiliki umat, Mereka nak memiliki kita, itulah keluarga."

"Tapi, seronok apabila kena uji, baru nampak penambahbaikkan. Macam peperiksaan la kak, bila akak tau markah matematik akak rendah, takkan la akak nak duduk saja-saja je. Mestilah usaha."

"Haa...sampai pun fakta ni kat kau. Mestilah kita lagi kuat dan tabah bila diuji, apalagi ujian dengan orang yang terdekat."