Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Monday, March 29, 2010

Suara Terpenjara

Seorang Salbiah di kamar jiwa saudara sedarahnya,
Tidak berani keluar,
Menuju halaman seruan agar bersuara,
Takut sepi,
Kuntuman mesra dan lembut yang berseri,
Gusar akan layu ke bumi,
Jauh ditinggalkan.

Santunmu dipersenda,
Budimu yang terpacak hanya bagai angin lalu,
Mereka menatap kau bahagia,
Kami anak-anak menatap kau derita,

Kata terlahir dalam nada gembira dari saudara sedarahmu,
Si Bangsat itu bermadah manis,
Berkorbanlah demi kami...Wahai Salbiah.

Lalu...enak kalian bertepuk tangan!
 
Salbiah diam.
Kau terus berkorban dan terkorban,
Kau menganggap dirimu bagai bunga hutan,
Sungguh suci,
Kau menganggap dirimu lilin yang membakar,
Tak tersangka kau sedang dipermain.

Kata-katamu terperangkap dalam sangkar maya,
Membalut hati yang berdarah,
Tangisanmu tersembunyi sebalik bantal tidur,
Hanya malam mendengar rintihmu,

Kami anak-anak,
Merasa basah bantal tidur malammu,
Cukup sudah sakit hati ini,
Menonton wayang hidup saudara sedarahmu,
Tidak pernah peduli.

Pada kau yang hanya anak perempuan,
Tetapi menggalas tugas anak jantan.
Hakmu atas suami,
Hak anak lelaki atas ibunya.
Kami anak-anak,
Mahu berkata tentang itu,

Tetapi tidak punya suara,
Kerana bahasa seorang anak telah menjadi bahaya.
Jika menunjal orang dewasa,
Tidak mengerti bahasa.
Kini tinggal derita yang terkesima.

Takut untuk bersuara,
Demi menjaga hati,
Hingga kau sanggup pilih derita.

p/s : Bersabarlah wahai ibu...ayah dan kami tetap meyokongmu...

Wednesday, March 24, 2010

24434...

Subuh
Orang yang pertama menunaikan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : Bersyukur beginda kerana siang telah menjelma.

Zohor 
Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah S.W.T. telah memerintahkannya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s., sedang seruan itu datang pada tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s., empat rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar 
Orang yang pertama mendirikan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s., di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan, iaitu :

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat Keempat : kelam dengan perut ikan nun.

Maghrib 
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu :

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

Isyak
Orang yang pertama menunaikan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s., Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur :

Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak Firaun.

Thursday, March 11, 2010

Pelayaran Kita Bukan Hanya Untuk Kita...


Pada suatu hari, adalah dinamai sebuah kapal sebagai Tulang Air. Sebuah kapal pelayaran yang ingin menuju ke Selat Tebrau, Selatan Tanah Melayu...Alam kapal itu dibelah dan bahagikan kepada dua bahagian.
              
Ruang atas dinamai sebagai Tempat Atas... Ruang bawah dinamai sebagai Tempat Bawah... 

Tempat atas didiami oleh Orang Atas, halnya sangat mengaitkan keberuntungan bagi pihak golongan mereka. Merasai nikmat terang cahaya...menikmati keindahan alam, Subhanalallah...Alhamdulillah...Golongan atas sangat menitikberatkan keindahan, mereka yang menikmatinya sentiasa senang selamanya. tidak haus atau dahaga...tidak derita kerana petunjuk yang ada. Kesenangan yang diperolehi adalah kerana adanya kebaikan Orang Atas yang suka akan ilmu dan amal. Mereka cuba mencapai tahap yang tinggi dalam amalnya...walaupun ilmu yang ada nilaiannya bagaikan hanya setitik air di lautan ini.

Namun, Orang Atas juga mengetahui dan menyedari akan kehadiran Orang Bawah...yang ada di ruangan bawah. 

Orang Bawah pula berkeadaan sangat gelap ruangannya, dengan sesak ramai bilangannya...berpeluh-peluh dan kepanasan mereka di bawah itu...Dalam kepanasan itu, mendatangkan amarah, kepenatan dan kehausan...hatta, Orang Bawah pula segera tenaga mengorek lobang pada kapal itu...agar mereka berjaya mendapatkan air membasahkan tekak.

Orang Atas mengetahui akan hal ini, mereka teramatlah risau akan keadaan apakah yang bakal terjadi pada kapal Tulang Air ini nanti...

tentulah akan tenggelam...jika Orang Bawah melakukan kesilapan dengan megorek lobang. Orang Atas pun akan turut merasa balanya. Kapal bahtera pelayaran itu tentu akan tenggelam dan karam begitu saja.

Orang Bawah sentiasa terus-menerus mengorek lobang dari besar  mata jarum hingga sebesar  ibu jari.

Orang Atas berasa kerunsingan, mereka memanggil Orang Bawah untuk ke atas. Mendapatkan cahaya bersama-sama, begitu juga menghilangkan dahaga. Maka, dengan itu lobang yang dikorek berjaya dibaiki semula dan kapal tidak hancur malahan Orang Bawah beroleh hidayah.


Perumpamaan cerita :  Kita hidup di dunia ini bagai pelayaran sebuah kapal...kita perlu saling ingat-mengingati...supaya tidak tersasar jauh dari landasannya, kerana zaman ini...ramai yang duduk di ruangan Orang Bawah berbanding Orang Atas... Orang Atas juga perlu menghulurkan tangan pada Orang Bawah bagi menyelamatkan ummah. Orang Atas pula janganlah terbang terlalu tinggi bagai Sang Helang hinggakan lupa memandang pada Sang Pipit di bawah.

Persoalan : Apakah masalah Orang Bawah...adakah mereka tidak teringin untuk menemui cahaya kebenaran bersama Orang Atas? sehinggakan perlu mengorek lubang yang menghancurkan bahtera...

p/s : Orang Atas...orang yang menginginkan kebaikan dunia dan akhirat. Orang Bawah...orang yang menginginkan kesenangan padahal mereka dalam kegelapan.

Monday, March 1, 2010

WANITA MENANGIS

   Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.


Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."