Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Saturday, August 21, 2010

Dialog Satu Cinta

Malam yang hening...sepertiga malam, selepas habis dia membasahkan tikar sembahyang pada sujud damai ini. Dia membuka komputer ribanya untuk menatap kerja-kerja yang tertangguh. Kata orang, sambil menyelam minum air. Dia membuka 'Yahoo Messenger'. Senarai rakan-rakannya dalam 'Yahoo Mesengger' hanya tinggal dua orang sahaja yang masih di alam maya. Semua sudah tutup. Akbar menukar status 'Yahoo Mesengger' kepada 'Satu Cinta'. Dia melihat status 'Yahoo Mesengger' dua orang sahabatnya. Salam membubuh status 'Kalau kau nak putus sangat, aku ok je...tapi aku masih sayangkn kau'. Beza dengan satu lagi sahabatnya, Irfan membubuh status ' Ya Allah yang memegang hatiku, jangan bolak-balikkannya, tetapkanlah diriku atas agama-Mu'.

Akbar menge'BUZZ' dua sahabatnya...

Akbar : Buzz...
Irfan : Buzz...
          Assalamualaikum...encik Akbar
Akbar : Waalaikumusalam...jom conference tiga orang...dengan Salam. Dia macam ada masalah je.
Irfan : Ok...Beres doktor jiwa...
Akbar : hee...doktor sakit puan la...
Irfan : gedik, galak ,gelenyar...tapi takpe la...dah tu cita2 kau...
Akbar : salahkah cita2 aku tu?
Irfan : tak de la...doktor tu...
Akbar : nampak sangat...kau yang fikir lain kan.
Irfan : tak...dah, cepat kata nak borak...tau la sayang kat aku, manja2 pula kat sini. cepat 'invite' conference.
Akbar : baik penunggu gua musang.

Dalam masa yang sama...Akbar menge'BUZZ' Salam...

Akbar : Buzz
Salam : apa pasal Buzz ni...sibuk je. Aku tengah angin ni.
Akbar : Saje je ganggu hidup kau. Nak borak dengan kau...dah lama tak borak sama-sama. Aku ajak Irfan.
Salam : Conference??? yok la...dah lama tak mengarut dengan korang. hehe....
Akbar : kita tiga orang je...okay?
Salam : Yela...takkan kita tiga ekor pulak...
Akbar : hmmm....loyar buruk...

Bermula babak mereka berkongsi cerita di dalam Yahoo Messenger...di ruangan conference.

Akbar : Salam...Assalamualaikum
Salam : Panggil nama saya ke cik abang? jangan la mengurat saya...saya dah berpunya.
Irfan : Jangan perasan jadi oghe tino...Jawab salam la SALAM...waalaikumusalam.
Salam : Ye tok kadi Irfan...tauke kain kapan...WAALAIKUMUSALAM.

Akbar : Carilah cinta yang agung...bukan cinta yang hina. cinta agung tidak pernah permainkan perasaan kau.
Irfan : Cinta yang payah dijengah orang ramai, tapi mudah disampah oleh orang ramai juga...orang pandang  remeh. Cinta apakah itu?
Salam : Cinta yang agung ada pada ALLAH je...

Akbar : mudah disampah? maksudnya orang suka buang macam gitu je...bila dah jumpa cinta lain...
Irfan : betul...orang pandang remeh...orang tak hiraukan...bila dah tersepit dan terhimpit baru nak menjerit.
Salam : macam aku sekarang ni la...awek minta putus, aku menjerit minta ALLAH beri ketenangan...biar bahagia macam asal...macam dulu-dulu.

Akbar : tapi kalau kau putus lagi tenang aku rasa...sebab hati kau ada satu cinta je.
Irfan : Semua orang ada cinta ni dalam hati. tapi, cinta ni orang mengaku kat mulut je...amalkan tidak...buktikan tidak...juangkan di khalayak ramai lagi lah jauh...
Salam : Satu cinta tu...cinta ALLAH...tapi, aku umat Islam...aku mestilah amalkan ajaran Islam. Bukti aku cintakan ALLAH...sembahyang...pose...macam2 lagi la...

Akbar : Salam...jom kita segarkan jiwa kita...cuba kau tengok balik status kau...kau sayangkan awek kau...kau tak sanggup putus sebenarnya...awek tu ape ye?
Salam : awek tu mata air aku la...aku punya...
Irfan : kau punya couple la kan...hmmm....

Salam : pandai Irfan...apa punya slow la akbar ni...nama je doktor...
Irfan : pe punya busuk mulut la Salam ni, nama je cikgu...
Akbar : jangan gaduh kat cini...rilek2, kau punya couple la kan Salam? halal ke couple? 

Salam : halal dok...aku jaga kot...mana pegang tangan...tak mungkin. 
Irfan : tapi kau gayut macam monyet kat tepon...kau main mesej cam mat bunga...kau pegi dating tanpa muhrim teman...ooppsss....sori Salam...terlebih sudah...
Akbar : Dah la Irfan...kesian dia...bagi sikit2 je dah la. ada ke ayat ALLAH atau sunnah Rasulallah yang halalkan benda tu.

Salam : tau...couple tu haram, tapi standard la...benda remaja...benda darah muda...
Akbar : tulah aku cakap tadi...kau yakin ke...bahawa kau benar mengaku ikut ajaran ALLAH dan amal sunnah Rasulallah, ramai yang mengaku ikut agama ALLAH..tapi benda itu tetap buat.
Irfan : tidak cukup hanya dengan sembahyang...pose dan ciput2 tu Salam...aku pun banyak kekurangan... aku pun nak betulkan diri aku juga...kita sama-sama ye...

Salam : tapi, kita orang kongsi2 hadis...ayat quran...dating sekali sekali je...
Akbar : ramai lagi kawan lelaki yang kau patut kongsi ayat tu...
Irfan : aku kawan kau...tak dapat pun...bagi awek kau dulu ek...aku nak masuk syurga juga.

Akbar : Salam...Matlamat tak menghalalkan cara...
Salam : betul la Akbar.
Irfan : Salam, kalau awek kau boleh gayut dengan kau kat tepon lama2...tak mustahil juga dia boleh layan lelaki lain kat tepon...sebab dia mang dh biasa dengan benda2 gini.

Salam : kadang2 aku terfikir juga, dia tu layak jadi awek je, sebab aku nak bakal isteri yang solehah. Walaupun aku tau, yang aku tak layak nak dapat yang solehah.
Irfan : siapa cakap kau tak layak? kita perbaiki diri kita, semakin hari dekat dengan ALLAH...jodoh biar dalam urusan ALLAH. mesti kau dapat yag baik juga... sebab baik atau jahat diri kau hanya ALLAH yang nilai.
Akbar : wahhh...itu dia...jangan putus asa mengejar cinta ALLAH...jalan sudah lama terbuka luas, cuma kita je tak nak pandang.

Salam : bukan kita...tapi aku sorang je...korang berdua budak baik.
Akbar : Itu la yang aku takut dan risau sekarang ni, aku pun belum lengkap, belum jadi baik di mata ALLAH. aku cuma berharap ALLAH pandang aku lebih...dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Mana mungkin aku dapat yang solehah kalau aku pun bengkok.
Irfan : InsyaALLAH, sahabat-sahabatku...lelaki yg baik, dpt zaujah yg baik jugak...

Akbar : kita tak boleh cuma berharap dapat yang baik...kita perlu berusaha jadi yang baik...baru dapat yang baik...
Irfan : betul tu...tepat sekali...kita perlu yakin dengan ALLAH ...tetapkan usaha kita...dalam berubah.
Salam : Khusnuzon...ALLAH tahu yang terbaek untuk hamba-Nya...

Akbar : Salam...kau ok tak sekarang ni...sebenarnya putus itu lebih membahagiakan...sebab kau ber'couple' pun bukan ada hubungan rasmi...cinta dalam Islam itu bermula bila pasangan itu menjadi suami isteri je.
Salam : jangan halalkan yang haram...kan...tak baik gitu...permainkan hukum ALLAH namanya.
Irfan : wahhh...Salam sudah faham? ni aku rasa macam nak belanja makan ni...hahaha...

Salam : tak payah la...korang nasihat aku ni je tak ternilai harganya...
Akbar : kalau nak kupas, panjang lebar lagi sebenarnya...tapi, tak payah la...sebab semua dah besar panjang.
Irfan : dah besar...mesti tahu nilai mana yang baik dan buruk...

Salam : terima kasih ek...aku rasa lega dengar benda yang hakikat ni sebenarnya.
Irfan : Alhamdulillah...
Akbar : Sama-sama...Hati-hati ye...Iman naik turun...kita sama2 istaqamah ye sahabatku semua...

Irfan : dalam doa masing2, tambahlah baca ayat status aku tu...doa tu...ok la, aku nak sambung tido.
Salam : Ok bro...aku baca doa tu...nak tido dah ke? yok la tido kawan2...
Akbar : Yok...bahasa jawa tu, karang Irfan tak faham pulak...Yok tu jom maknanya ye...hee...

Irfan : Oooo....perkataan baru...yok tido...salam 'alaik.
Salam : papai...tata titi tutu...selamat semua... salam....
Akbar : wasalam...hee...

Pada keesokan harinya...Dalam info Facebook...Ahmad Salam sudah menjadi bujang...dalam bahasa Inggeris 'single'... Kalau dulu dia bubuh Ahmad Salam is in relationship with Sofea Norlaila...Alhamdulillah, dia sudah yakin dengan janji ALLAH...tebalkan dengan limpahan ilmu dan amal keyakinan itu.

Nota padat: Cuba kaji semula...masa kita mengingati ALLAH...dengan mengingati orang yang disukai atau dicintai...mana lebih banyak?

Nota kecil : jika ada kesalahan dan kekurangan dalam penulisan kisah ni...maafkan saya, bantu saya, tolong betulkan silap saya dalam menyampaikan sesuatu yang masih belum terungkap...semoga ini menjadi satu dakwah...ameen...

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menikmati Yusuf Taiyoob...

Bulan Ramadhan,
Yang indah,
Ku gapai terangnya,
Harapan agar bahagia selamanya.

Semoga Ramadhan ini,
Menjadi lebih baik dari semalam,
Andai aku dihujani ujian,
Akan kubalut hingga menjadi awan ketabahan.

Kerna keindahan bulan ini,
Tiada siapa berani menafikan.

Bulan ini,
Bulan pesta beribadah,
Bukan hanya tahan makan,
Selamat berpuasa jiwa dan raga.

Saturday, August 7, 2010

Curi Ruang Udara? Hulur bawah Meja? Hilang Jati Diri?

Seorang kanak-kanak kehilangan punca,
bunyi jet perang menakutkan,
lari ke arah ibu,
peluk erat,
tidak mahu lepas.

Takut bunyi enjin,
menghantui hingga kini,
Walaupun sudah dewasa,
Dia tetap tutup telinga,
Hendak lari ke ibu,
Ibu jauh,
Di Selatan.

Kanak-kanak itu kurang percaya 
Pada negara jirannya,
Dia sering ketakutan 
Tatkala terdengar bunyi enjin jet,
TAKUT KENA BOM!!!
Hingga kini,
Igauan masih mengejar,
Walau sudah menapak dan melebarkan langkah,
Di kota metropolitan,
Ibu negara Malaysia.

Walaupun sudah cukup dewasa,
Bunyi enjin kapal di udara,
Tetap menarik koordinasi tangannya,
Menggerakkan sensori motornya untuk tutup telinga.

Adakah ketua...
Negara jiran yang makan ruang udara,
Atau...
Negara sendiri minum teh tarik di kedai kopi,
Sambil hulur duit bawah meja,
Dia keliru pihak mana harus dipersalahkan,
Salahkan diri sendiri ke?
Kami rakyat biasa...

Nampak maju dan bahagia,
Tapi isi perut bukan kami punya,
Bangunan-bangunan hedonisme,
Menyubur dan terpacak megah,
Di bumi kelahiran keris bersilang,
Lakonan hidup bersulam hutang,

Jangan biarkan kanak-kanak itu 
Membesar dengan ketakutan, 
bukan takut pada bunyi enjin jet,
Tapi...takut tidak mengenali jati diri sendiri.
Hanyut dan konon,
Terikut-ikut budaya orang sebelah.


Surat untuk Menteri Besar : : :
Jangan salahkan orang sebelah...
salahkan orang dalam!!! 
Cukup lama...sudah kuno...memang bosan...
bilakah akan pecah kubu itu?
Kubu keris bersilang...

Nota Panik : : :
Benarkah JOHOR BAHRU lebih 
ligat berbanding KUALA LUMPUR?

Monday, August 2, 2010

Pulanglah Duhai Hati

Membazir...
Bila kita bazirkan air mata kerana putus cinta,
Cinta yang terang lagi bersuluh,
Cinta yang sudah nyata palsu.

Beruntung...
Menangis kerana meratap dosa yang bergadang-gadang,
Laungkan suara pada yang MENJAGA dirimu,
Jatuhkan air mata pada yang pasti.

Perlukah bercinta sebelum nikah...?
Ada ayat dalam al-Quran yang menghalalkan kah?
Kenapa bercinta perlu janji temu...berdua-duaan...tanpa muhrim...?
Siapa 'orang' ketiga? ramai orang buat-buat tak tahu...

Syaitan berbisik...
Manusia tertarik...
Kalau buat perkara haram itu memang nikmat,
Maka, ada hikmah yang besar Allah mengharamkan sesuatu... 
Agar hubungan lelaki dan perempuan itu menjadi mahal dan bernilai,
Di sisi ISLAM,
Tidak semurah RM0.50 satu SMS,
Tidak semurah RM33.10 bila belanja awek makan pizza hut,
Tidak semurah RM2.00 tiket LRT bila nak belanja awek pergi KLCC,
dari stesen KERINCHI
Tidak semurah RM7.00 harga tiket wayang,
Tidak semurah RM68 harga sewa sebulan modem jalur lebar *CELCOM BROADBAND*
untuk ber...Yahoo Messenger, ber...FaceBook dan ber...SKYPE dengan awek.
Lebih teruk lagi, tidak semurah berpegangan tangan sesama bukan muhrim...

Harga diri seorang wanita itu tiada nilainya,
Begitu juga harga diri seorang lelaki,
Tidak rugi menjaga kesucian agama,
Kerana besar hadiahnya dari ALLAH,
Dunia dan akhirat...

Manusia punya jiwa,
Tapi tergendala kerana dikawal oleh nafsu,
Akal itu menteri yang menasihati,
Hati ialah raja yang menentukan,

Cuba kita fikirkan...
Kalau kita bercinta sekarang,
Kita sudah luahkan kata-kata cinta,
FALSAFAH yang biasa DIDENGARI ialah
"BELUM TENTU lagi pakwe saya nak buat saya jadi bini..."
Sudah sedar...sudah tahu kan...
Maka, ini tidak adil buat bakal suami kita... 
jika, hati dan perasaan ini 
sudah diserahkan pada orang lain sebelum yang hak

hati dan perasaan hanya untuk JODOH kita, 
simpanlah sekejap perasaan itu...
bersabar sekejap dalam menanti jodoh.
Kalau dah bercinta sekarang...
kasihanlah pada sang suami kita nanti,
Kita tidak adil pada dia,
Sebab dia bukan orang pertama...
dia cuma orang terakhir saja.
Dia cuma dapat sisa atau bekas...

PULANGLAH DUHAI HATI pada jalan-NYA,
Pada jalan kebahagiaan abadi...

Nota kecil : Pesanan buat diri sendiri...agar terpelihara agama ALLAH...
dan pesanan buat sahabat yang ingin menerima pesanan.