Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Saturday, April 24, 2010

Sah Israel Ceroboh...!


Isu APCO Worlwide sebagai khidmat perunding ialah isu besar yang cukup sensitif...tambahan lagi, pengakuan secara tidak langsung Menteri Dalam Negeri bahawa memang ada perisik Israel, melalui Asiasoft telah 'menceroboh' Bukit Aman, walaupun akhirnya kontrak itu telah ditamatkan. Syarikat Asiasoft PLC ialah sebagai subkontraktor, syarikat Aisasoft ini yang didaftarkan di Singapura dan dikuasai Asiasoft Global PLC yang berpengkalan di Tel Aviv, Israel.

Dakwaan dari Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa wujud ejen Israel dalam PDRM ini, semakin membuktikan sikap temberang kerajaan selepas isu APCO. Dalam isu Asiasoft Musa anak pakcik Hassan cuba berdolak-dalih.

Tegas Musa Hassan, kertas siasatan hanya akan dibuka setelah polis mendapat maklumat atau bukti lengkap dari Anwar, sungguh memusykilkan kerana polis telah menunjukkan sikap mereka yang tidak mengambil inisiatif untuk membuat siasatan bagi membuktikan dakwaan, sebaliknya hanya menunggu bukti dari Ahli Permatang Pauh itu. Sebagai Ketua Polis Negara, tidak sepatutnya mencabar orang yang membuat dakwaan, sebaliknya perlulah mencari maklumat membuktikan dakwaan...

Dimanakah hilang terbangnya motto, Adil Cekap Amanah?

Dua pegawai tentera Israel, Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter diupah oleh Asiasoft untuk menjalankan kerja-kerja merombak sistem maklumat PDRM. Izhak David Naskar ialah pakar komputer, beliau dikatakan pernah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel dan bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel pada sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang jawatan sebagai pegawai tentera Israel yang sah. Maklumat ini adalah atas pengakuan Hishamuddin setelah Anwar Ibrahim mendedahkan pembabitan Asiasoft yang diupah untuk menaiktaraf sistem komunikasi PDRM.

Kenyataan Hishamuddin itu jelas menunjukkan kerajaan mengakui elemen perisikan Israel wujud dalam ibu pejabat PDRM...

Dua Tahun sudah dilaporkan oleh polis kepada polis
Namun begitu, mengapa siasatan baru hendak dijalankan sedangkan pihak polis sepatutnya menyiasat dakwaan itu sejak dua tahun yang lalu. Ini kerana ada pegawai polis sendiri pernah membuat laporan tentang Asiasoft kerana pada dua tahun lalu , beliau bimbang penyusupan perisikan Israel ke dalam pasukan keselamatan negara. Polis sudah sedia maklum apa yang berlaku pada waktu dulu...Tetapi, mengapa apabila diselar oleh pihak pembangkang baru ingin menggelabah puyuh menutup cerita dan membuka cerita. Sikap ini semakin menunjukkan kelemahan kerajaan dalam berkata yang benar.
 
Bertindaklah segera pihak kerajaan halau mana yang tidak berkenaan, mengapa orang  Israel itu dijunjung tinggi. Di sini kami sebagai rakyat, rasa tidak selamat dan apakah nilai hidup yang sebenar dalam wilayah bernama Malaysia.

Andai maklumat kami diketahui oleh orang luar yang bersikap buas binatang iaitu Zionis yang pura-pura membawa nama Amerika untuk berkongsi teknik kawalan sistem begitu lakonnya...walhal, Israel dan Amerika bersengkongkol memusnahkan umat Islam di dunia. Israel bergabung bersama Amerika dan kononnya melaksanakan sistem keselamatan kerana, yang sebenarnya sikap mereka  memang ingin tahu tentang maklumat semua pihak dan manusia di seluruh dunia bagi memudahkan kerja mereka untuk memerangi Islam. 

Persoalan : Pemimpin kita sedang merelakan Israel mendapatkan maklumat umat Islam di Malaysia, dan maklumat itu akan digunakan Israel untuk membuat mikrocip yang ditanam dalam kulit manusia untuk dijadikan mata wang negara mengikut perancangan mereka, dan jalan akhirnya...mikrocip yang tertanam itu akan menjadi senjata halusnya, mudah untuk mereka mengebom umat Islam, rakyat Malaysiakah antara mangsanya? Ini menjadi mudah bagi kerana jelas terang perisik Israel masuk ke dalam Malaysia dan mendapatkan data kita.

Info tentang Ahli Lembaga APCO Worldwide:
Dua bekas Duta Israel, Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta Amerika Syarikat) serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Keselamatan Agensi Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel. Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Nota kecil : Perdana Menteri Malaysia yang mewakili perkataan 'RAHMAN' (R-Rahman, A-Abdul Razak, H-Hussien, M-Mahathir, A-Abdullah, N-Najib) tadbir...ikhlas ku katakan yang aku dah bosan...aku nak kepimpinan Islam, membangun bersama Islam. Amin...

Monday, April 19, 2010

Kali ini laungkan...Save Malaysia...!



Bila semua orang boikot, laungkan selamatkan Palestin. Tiba-tiba, kita terpandang sudut yang sedang memotong leher kita secara perlahan-lahan. Dan akhirnya menarik lidah kita kali ini untuk menyeru selamatkan Malaysia. 

Ini bukan isu yang diketengahkan oleh parti lawan atau pihak pembangkang sebagai tanda saja-saja ingin mencari kelemahan. Pihak kerajaan tidak boleh menuding jari bahawa pihak pembangkang ingin mencari kesalahan secara tanpa bukti atau dasar. Oleh sebab, hal ini telah ternyata terang lagi bersuluh di dalam laman sesawang Portal Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlihat sah perbincangan yang melibatkan urusan keselamatan dalam negara Malaysia antara APCO Worldwide dan KDN.

Lawatan Firma Perundingan Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang beroperasi di United Kingdom ke KDN adalah seolah-olah jawapan kepada tanda perhubungan yang telah dijalinkan antara Malaysia dengan APCO worldwide yang merupakan Pro-Zionis-Israel, ini telah diangkat khidmatnya menjadi perunding keselamatan dalam negara. Pertemuan ini bukanlah kali pertama, tetapi adalah kali kedua dari empat siri kunjungan yang dirancang. Lawatan ini merupakan kesinambungan atau kelangsungan daripada program yang dinamakan 'Menyokong Kerajaan Malaysia : Membina Jalinan Komunikasi', anjuran Jabatan Perdana Menteri bagi meningkatkan hubungan dua hala di antara media dan agensi-agensi kerajaan.

Pertemuan ini adalah tindakan yang boleh diumpamakan masuk mulut buaya...
Perbincangan ini adalah atas dasar berkongsi teknik dan strategi komunikasi dalam KDN.
Perkara ini akan membawa situasi yang buruk andai kata kerajaan Malaysia tetap teruskan berganding bahu dengan rejim zionis itu. Penglibatan APCO menggugat keselamatan negara dan mencabuli kedaulatan negara.  Kerana......Adakah perbincangan ini telah dipersetujui YDP Agong sebagai payung negara?

Dalam suasana kezaliman yang memuncak akibat perbuatan kejam dan zalim kerajaan Zionis-Israel, terhadap rakyat Palestin khususnya Semenanjung gaza, maka...apa-apa juga penglibatan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan firma atau perniagaan rejim itu haruslah dihindari. Kerana, kerajaan Israel tidak mustahil untuk melakukan sebarang perbuatan yang di luar jangkaan terhadap negara Malaysia. Jika kita melanggar sesuatu yang mungkin menyebabkan pihak mereka tidak berpuas hati.

Mengapakah APCO diambil sedangkan peranan ini boleh diambil oleh syarikat dalam Malaysia? Di negara kita terdapat syarikat tempatan seperti Lim Kok Wing dan Blackpencil, yang mampu melakukan khidmat konsultan kepada kerajaan dan negara dalam perbaiki hubungan dengan antarabagsa. APCO dikuasai oleh beberapa orang yang terdiri daripada rakyat Israel sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP). Mereka ini warga Israel yang ada sejarah bagi umat Islam dan masyarakat dunia yang tidak menerima tindakan mereka yang menzalimi umat Islam. Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, ini tidak terkait dan tiada kena mengena dengan dasar luar negara. Selain itu, jelas bagaimana Israel anti kepada Islam, sikap mereka kepada rakyat Palestin. Tambahan lagi, beberapa orang warga Amerika yang duduk menjawat dalam organisasi APCO itu menganut fahaman Zionisme dan dipengaruhi gerakan zionis antarabangsa. 

Cuba fikir untuk jangka masa akan datang...Jika...
Setelah kerjasama ini dilakukan...pihak zionis itu mengambil data-data umat Islam di Malaysia dan dengan mudah mereka mengesan kita dan menyampaikan serangan...bom atau peluru berpandu dari jarak jauh menggunakan kuasa teknologi mereka...hanya dengan satu klik pada tetikus.

Nazri berkata : APCO ada kepakaran yang sangat tinggi dan Malaysia tidak mampu melakukan tugas tersebut. Bagaimana seorang menteri di pihak kerajaan mengatakan hal seperti suatu penghinaan atau pertikaian terhadap kewibawaan dan keupayaan pakar-pakar dalam negara kita. Perbelanjaan projek ini mencecah RM77 juta (3 Jun 2009 - 15 Julai 2010). Ini merupakan duit rakyat yang dibayar kepada asing yang ada kaitan dengan yahudi. Tetapi, drama yang berbeza apabila, wang royalti untuk rakyat Kelantan dan Terengganu pula dirampas di mana 99 peratus penduduknya ialah Islam Melayu.

Kerajaan Malaysia bayar untuk membaiki imej dan pemikiran rakyat Malaysia. Hal ini, dilakukan mungkin kerana kerajaan semakin lemah. Konsep 1 Malaysia yang dianjurkan seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tetapi, APCO bukan orang yang hidup dalam kelompok rakyat Malaysia. Maka, mereka tiada maklumat asas tentang rakyat kita, dengan itu asas maklumat demografi pasti diberikan kepada APCO Worldwide. Bagaimana mungkin, maklumat asas begini diserahkan kepada pihak luar.

Tindakan ini mengecewakan kerana seperti merelakan dan membawa negara Malaysia menyokong negara kejam (Israel). Ini soal maruah yang sedang dimalukan  dan dicemari kerana kita menyatakan yang kita negara Islam dan menyertai OIC...

Persoalan : adakah kerjasama APCO Worldwide dengan KDN, berkait atau berkepentingan dengan 1 Malaysia kini, yang sama dengan konsep 1 Israel pada satu ketika dulu...? (aku tanya je, korang jawab sendiri)

p/s : Kalau aku panjang umur, akan datang...aku nak tulis pasal Asiasoft dgn PDRM plak...Insya-Allah.

Thursday, April 15, 2010

Intelektual atau Spiritual



Intelektual seringkali membicarakan tentang sesuatu ilmu. Contohnya tentang cakerawala dan astronomi. Ilmu yang disampaikan secara berperingkat-peringkat atau berwaris. Setiap pengajaran bermula dari ibu bapa hinggalah kepada anak-anak. Semuanya menerima kefahaman yang sama. Namun, apakah iktibar dari ilmu yang diperoleh. Tetapi, kita perlu sedar bahawa kefahaman ilmu kini lebih kepada  kebergantungan intelektual berbanding spiritual. Memang tahap kesedaran terhadap kekuasaan Allah ada dalam diri setiap hamba-Nya, tapi sampai manakah hal ini mendasari hati kita secara hakiki. Sebanyak mana ilmu yang diperoleh umpama hanya diputar-putar dalam otak...bukan akal. Hakikat pemikiran ialah akal dan hati, gabungan yang menjana spiritual manusia.

Sesuatu rasa yang lahir dari emosi yang positif ini akan melahirkan jiwa yang penuh kesederhanaan. Menerima apa adanya dengan syukur. Sentiasa merasa cukup akan apa yang diberikan oleh Allah. Rasa kehambaan yang akan wujud ini bukan hanya setakat mengindahkan hubungan hamba dan Allah. Tetapi, ini juga akan mengindahkan hubungan sesama manusia. 

Kita perlu sedar, apakah tujuan memperoleh ilmu...sama ada untuk kegunaan lahiriah sahaja atau batiniah. Sampai tahap kesedaran ilmu berbentuk dunia tidak terkesan di hati. Contohnya, ilmu Sains tidak dianggap ilmu agama...maka, diasingkan dari dasar akal. Walhal, ilmu sains membuktikan kekuasaan Allah. Yang sewajarnya, setiap manusia sepatutnya menyedari hakikat kegunaan ilmu bagi mengaktifkan daya spiritual (ketuhanan). Rasa kehambaan yang akan menjalinkan sifat sentiasa merendah hati, bersangka baik sesama manusia dan menerima seadanya.

p/s : Soal jawab pemikiran manusia lebih berfokus pada bentuk intelek, jauh sekali untuk terkait dengan sifat dalaman spiritual. Mengapa... dan manusia seringkali bersikap buruk sangka...termasuk diriku yang hina ini.
 

Wednesday, April 7, 2010

Aku Budak Jahat...Tapi,

Aku budak jahat....
Tapi, aku nak kepimpinan yang telus.

Aku budak jahat...
Tapi, aku nak undang-undang Allah.

Aku budak jahat...
Tapi, aku nak hak bersuara.

Aku budak jahat...
Tapi, aku  nak keadilan dan kesaksamaan.

Aku budak jahat...
Tapi, aku nak tarbiyah yang membawa ibrah.

p/s : siapa manusia yang nak jadi jahat? mana ada....tapi selalu leka..tak sempurna....(pesanan buat diri sendiri yang makin lalai)

Sunday, April 4, 2010

Aku Mahu Sepi

Aku mahu sepi,
Dalam hanya ada Kau dan aku,

Hidup payah,
Kian diuji,
Sampai kadang kala,
Ku menganggap.

Racun boleh diminum jadi penawar,
Biar mati,
Terbunuh diri.

Tapi,
Persepsi ini,
Hanya tercatat dalam kitab jiwa-jiwa,
Manusia yang berlandaskan nafsu,
Menghilang rasa kehambaan,
Terlupa akan,
Yang Satu,
Allah.

Aku ingin sepi,
Sepi dalam cinta,
Ada hamba dan Khaliq,
Sepi yang hakikatnya bahagia.