Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Sunday, July 25, 2010

Nama Saya : Kutip bin Buang

Al-kisah...toyib...Masa zaman kanak-kanak di kampung Batu Pahat...

Aku melihat seorang perempuan sedang menyapu...
Dia menyapu setiap pagi di halaman rumahnya,
Dengan penuh keayuan,

Aku memerhatikan,
Ada seorang lelaki suka menegur dia,
Memberi salam dengan semangatnya,
Tapi kau tetap menyapu,
Hanya menjawab perlahan salam lelaki itu,
dan sambung menyapu,
Perempuan itu tidak suka sampah dan kotoran.

Ada seorang lelaki lain,
Melemparkan senyuman padamu,
Dengan hati berbunga-bunga lelaki itu berharap,
kau memalingkan muka perlahan,
sebagai tanda malu,
Perempuan itu masih lagi dengan penyapu dan sampah-sampahnya.

Di  rumah sebelah lain pula,
Aku melihat seorang tua sedang mengutip sampah di anjung rumah,
Dia tekun memerhati kesucian simen anjungnya,
Agar tidak dicemari walau secebis kertas mungkin.

Tertunduk-tunduk atok membersihkan kawasan,
Cucu pula buang sampah,
Buang dan terus buang sepah-sepah.
Biarlah atok penat dan lelah.

Aku melihat lorong Parit Punggor Mesjid dimasuki oleh suatu kenderaan,
Rupa-rupanya satu lori busuk,
Terkedek-kedek bergerak perlahan,
Lori itu juga mengutip sampah.

Ada pula empat orang abang turun mengutip sampah bawa ke belakang lori,
Panik terhadap bau busuk,
Sudah tiada lagi,
Sampah itu sekarang sudah wangi bagi empat orang abang itu.

Aku dengar orang kata biar busuk badan dan baju,
Asalkan duit wangi,
Duit halal.

Empat orang abang juga tetap sama,
Terus mengutip dan mengemas sampah,
Bahagikan mana yang kertas-kertas satu tempat,
barangkali untuk dikitar semula.

TIGA SITUASI YANG SAMA DENGAN RUTIN YANG SAMA...
seorang perempuan sedang menyapu, seorang tua sedang mengutip sampah, sebuah lori mengaut sampah.

SEMASA MEREKA MEMBERSIHKAN...Pada masa yang sama juga... 
PESTA BUANG SAMPAH JUGA BERLANGSUNG...

Ada kanak-kanak yang membuang sampah gula-gula,
Ada orang lelaki membuang putung rokok sambil menghentakkan kaki dan pusing-pusing sikit,
Lalu pula seorang kakak dengan sengaja buang tin kosong minuman berkarbonat,
Datang Ah Peng jual ikan...Pon..Pon...Pon bunyi hon motosikal buruknya,
Ah Peng jual ikan balut pakai surat khabar...
Lepas itu, kalau surat khabar lebih dia buang macam itu saja...
Sama juga makcik-makcik yang baca kertas iklan jualan murah,
Sudah baca biarkan sepah berterbangan kertas itu ditiup udara.
Ada pula budak sekolah beli air cincau dalam plastik,
Lepas itu buang dengan penuh gaya bajet macam SUPERSTAR...

Sampah melebihi tong sampah

Sama-samalah kita menjaga kebersihan kerana saiz sampah bukan sebesar kuman untuk sangat sukar kita masukkan ke dalam tong sampah...hinggakan biar berterbangan...janganlah begitu wahai sahabat. Biar muka tidak cantik tapi menjaga kebersihan, biar muka tidak kacak tetapi menjaga alam sekitar.


Nota kecil : Kalau banjir jangan salahkan parit tersumbat...
salahkan siapa sumbatkan parit tersebut...
sekian terima kasih...

Thursday, July 15, 2010

Naik Minyak

 kehidupan apabila 'minyak naik'

Tak apa,
Orang Malaysia kaya raya tahap menggila,
Pakai enjin plastik...
Tak perlu minyak nak hidupkan...
Pakai air pun boleh.
(teknologi hybrid)

Orang bandar,
Pergi kerja pakai basikal,
Sihat tubuh badan,
Kena tonyoh hujan pun tak kisah,
Demam makan ubat duduk bawah selimut,
Hidup dengan tenang dan bergaya.

Orang bandar tak pakai kereta pun,
Motor pun tak juga,
Jimat minyak...

Lagi pun minyak lain banyak lagi...
Minyak urut kan ada,
Minyak masak,
Minyak rambut,
Minyak dagu,
Orang Minyak.

nota kecil : Minyak sudah tukar jadi emas la kawan-kawan...itu pasal harga jadi mahal...

Saturday, July 10, 2010

Aku hanya memandang dan menilai...

Engkaukah yang menyeru namaku?
Untuk menoleh ke arahmu
Rasa berat
Walaupun suaramu menjerit bagai di lapangan luas
Bentangan sahara
Aku tetap teruskan langkah meninggalkanmu
Sambil tangan melambai layu

Atau akukah yang sedang berkhayal?
Terasa seperti sedang mendengar jeritan sendiri
Keliru dan sepi
Mencengkam batin sukmaku

Aku termangu berfikir
Seorang lelaki tak cukup hanya menabur kata berharga
Tak memadai cuma mengukir kenangan semanis madu
Bukan amat mudah baginya mengambil dan memberi
Juga menjadikan jauh kepada dekat
Sesuka hatinya

Hati yang penuh ragu-ragu
Aku menganggap kau seperti bermain permainan anak raja
Tidak semestinya dimiliki jiwa wanita itu
Tetapi hanya boleh dipermainkan sahaja

Nota kecil : Ayah aku pernah berkata, kau takkan betul-betul kenal dan cintakan seseorang lelaki itu, selagi dia tidak bergelar suami dan memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah buat anak-anak kau. Aku berfikir bahawa, memang fakta kata-kata ayah aku ni...

Thursday, July 8, 2010

Sayembara Hidup

Layar senja,
Menutup akan malam nanti,
Putaran bukan terhenti,
Kebimbangan beralun dalam kalbu.

Benak mendakap kepedihan,
Tatkala ujian bagai membunuh,
Terjelepuk derita,
Menggelapkan detik sukar,
Mempercaya ketentuan ini.

Aku tertunduk layu.
Hati ini masih belajar,
Lakaran hidup adalah...
Yang terindah itu sebuah kesanggupan.

Menapak ketinggian sebuah gunung cabaran,
Dalam bungkusan awan tersimpan,
Embun keredhaan.

nota kecil : Kita merancang sesuatu hingga tahap yang terbaik...namun, suatu masa nanti tetap gagal, ini kerana...ingatlah, bahawa Allah ada rancangan yang lebih baik buat kita...

Saturday, July 3, 2010

Sebab KAU lebih penting...

Soalan : Mengapa kau tinggalkan cinta dia?
Jawapan : Aku sedang mengejar cinta yang lebih agung.

Soalan : Kenapa kau jauhkan diri daripada dia?
Jawapan : Sebab aku tak mahu jauh dari pencipta cinta.

Soalan :  Apakah yang kau dapat lepas jauhkan diri daripada dia?
Jawapan : Aku dapat cinta yang manis dan indah selamanya.

Soalan : Perlukah kau meragui cinta dia?
Jawapan : Perlu...Aku tak nak kecewa dengan angan-angan.

Soalan : Kenapa kau makin terpisah berbatu-batu dengan dia?
Jawapan : Mungkin Allah temukan aku dengan orang yang salah...agar aku bijak menghargai orang yang betul dalam hidup aku nanti, sebab itu aku terpisah...

Soalan : Mengapa kau semakin membisu dengan dia?
Jawapan : Aku sedang berfikir cintakan manusia akan mati...cintakan bunga akan layu...cintakan Allah kekal abadi.

Sebab KAU lebih penting dari segalanya...KAU lah cinta yang hakiki YA ALLAH...
sedangkan 'dia' hanya sementara...