Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Saturday, April 24, 2010

Sah Israel Ceroboh...!


Isu APCO Worlwide sebagai khidmat perunding ialah isu besar yang cukup sensitif...tambahan lagi, pengakuan secara tidak langsung Menteri Dalam Negeri bahawa memang ada perisik Israel, melalui Asiasoft telah 'menceroboh' Bukit Aman, walaupun akhirnya kontrak itu telah ditamatkan. Syarikat Asiasoft PLC ialah sebagai subkontraktor, syarikat Aisasoft ini yang didaftarkan di Singapura dan dikuasai Asiasoft Global PLC yang berpengkalan di Tel Aviv, Israel.

Dakwaan dari Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa wujud ejen Israel dalam PDRM ini, semakin membuktikan sikap temberang kerajaan selepas isu APCO. Dalam isu Asiasoft Musa anak pakcik Hassan cuba berdolak-dalih.

Tegas Musa Hassan, kertas siasatan hanya akan dibuka setelah polis mendapat maklumat atau bukti lengkap dari Anwar, sungguh memusykilkan kerana polis telah menunjukkan sikap mereka yang tidak mengambil inisiatif untuk membuat siasatan bagi membuktikan dakwaan, sebaliknya hanya menunggu bukti dari Ahli Permatang Pauh itu. Sebagai Ketua Polis Negara, tidak sepatutnya mencabar orang yang membuat dakwaan, sebaliknya perlulah mencari maklumat membuktikan dakwaan...

Dimanakah hilang terbangnya motto, Adil Cekap Amanah?

Dua pegawai tentera Israel, Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter diupah oleh Asiasoft untuk menjalankan kerja-kerja merombak sistem maklumat PDRM. Izhak David Naskar ialah pakar komputer, beliau dikatakan pernah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel dan bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel pada sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang jawatan sebagai pegawai tentera Israel yang sah. Maklumat ini adalah atas pengakuan Hishamuddin setelah Anwar Ibrahim mendedahkan pembabitan Asiasoft yang diupah untuk menaiktaraf sistem komunikasi PDRM.

Kenyataan Hishamuddin itu jelas menunjukkan kerajaan mengakui elemen perisikan Israel wujud dalam ibu pejabat PDRM...

Dua Tahun sudah dilaporkan oleh polis kepada polis
Namun begitu, mengapa siasatan baru hendak dijalankan sedangkan pihak polis sepatutnya menyiasat dakwaan itu sejak dua tahun yang lalu. Ini kerana ada pegawai polis sendiri pernah membuat laporan tentang Asiasoft kerana pada dua tahun lalu , beliau bimbang penyusupan perisikan Israel ke dalam pasukan keselamatan negara. Polis sudah sedia maklum apa yang berlaku pada waktu dulu...Tetapi, mengapa apabila diselar oleh pihak pembangkang baru ingin menggelabah puyuh menutup cerita dan membuka cerita. Sikap ini semakin menunjukkan kelemahan kerajaan dalam berkata yang benar.
 
Bertindaklah segera pihak kerajaan halau mana yang tidak berkenaan, mengapa orang  Israel itu dijunjung tinggi. Di sini kami sebagai rakyat, rasa tidak selamat dan apakah nilai hidup yang sebenar dalam wilayah bernama Malaysia.

Andai maklumat kami diketahui oleh orang luar yang bersikap buas binatang iaitu Zionis yang pura-pura membawa nama Amerika untuk berkongsi teknik kawalan sistem begitu lakonnya...walhal, Israel dan Amerika bersengkongkol memusnahkan umat Islam di dunia. Israel bergabung bersama Amerika dan kononnya melaksanakan sistem keselamatan kerana, yang sebenarnya sikap mereka  memang ingin tahu tentang maklumat semua pihak dan manusia di seluruh dunia bagi memudahkan kerja mereka untuk memerangi Islam. 

Persoalan : Pemimpin kita sedang merelakan Israel mendapatkan maklumat umat Islam di Malaysia, dan maklumat itu akan digunakan Israel untuk membuat mikrocip yang ditanam dalam kulit manusia untuk dijadikan mata wang negara mengikut perancangan mereka, dan jalan akhirnya...mikrocip yang tertanam itu akan menjadi senjata halusnya, mudah untuk mereka mengebom umat Islam, rakyat Malaysiakah antara mangsanya? Ini menjadi mudah bagi kerana jelas terang perisik Israel masuk ke dalam Malaysia dan mendapatkan data kita.

Info tentang Ahli Lembaga APCO Worldwide:
Dua bekas Duta Israel, Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta Amerika Syarikat) serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Keselamatan Agensi Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel. Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Nota kecil : Perdana Menteri Malaysia yang mewakili perkataan 'RAHMAN' (R-Rahman, A-Abdul Razak, H-Hussien, M-Mahathir, A-Abdullah, N-Najib) tadbir...ikhlas ku katakan yang aku dah bosan...aku nak kepimpinan Islam, membangun bersama Islam. Amin...

No comments: