Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Monday, April 19, 2010

Kali ini laungkan...Save Malaysia...!



Bila semua orang boikot, laungkan selamatkan Palestin. Tiba-tiba, kita terpandang sudut yang sedang memotong leher kita secara perlahan-lahan. Dan akhirnya menarik lidah kita kali ini untuk menyeru selamatkan Malaysia. 

Ini bukan isu yang diketengahkan oleh parti lawan atau pihak pembangkang sebagai tanda saja-saja ingin mencari kelemahan. Pihak kerajaan tidak boleh menuding jari bahawa pihak pembangkang ingin mencari kesalahan secara tanpa bukti atau dasar. Oleh sebab, hal ini telah ternyata terang lagi bersuluh di dalam laman sesawang Portal Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlihat sah perbincangan yang melibatkan urusan keselamatan dalam negara Malaysia antara APCO Worldwide dan KDN.

Lawatan Firma Perundingan Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang beroperasi di United Kingdom ke KDN adalah seolah-olah jawapan kepada tanda perhubungan yang telah dijalinkan antara Malaysia dengan APCO worldwide yang merupakan Pro-Zionis-Israel, ini telah diangkat khidmatnya menjadi perunding keselamatan dalam negara. Pertemuan ini bukanlah kali pertama, tetapi adalah kali kedua dari empat siri kunjungan yang dirancang. Lawatan ini merupakan kesinambungan atau kelangsungan daripada program yang dinamakan 'Menyokong Kerajaan Malaysia : Membina Jalinan Komunikasi', anjuran Jabatan Perdana Menteri bagi meningkatkan hubungan dua hala di antara media dan agensi-agensi kerajaan.

Pertemuan ini adalah tindakan yang boleh diumpamakan masuk mulut buaya...
Perbincangan ini adalah atas dasar berkongsi teknik dan strategi komunikasi dalam KDN.
Perkara ini akan membawa situasi yang buruk andai kata kerajaan Malaysia tetap teruskan berganding bahu dengan rejim zionis itu. Penglibatan APCO menggugat keselamatan negara dan mencabuli kedaulatan negara.  Kerana......Adakah perbincangan ini telah dipersetujui YDP Agong sebagai payung negara?

Dalam suasana kezaliman yang memuncak akibat perbuatan kejam dan zalim kerajaan Zionis-Israel, terhadap rakyat Palestin khususnya Semenanjung gaza, maka...apa-apa juga penglibatan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan firma atau perniagaan rejim itu haruslah dihindari. Kerana, kerajaan Israel tidak mustahil untuk melakukan sebarang perbuatan yang di luar jangkaan terhadap negara Malaysia. Jika kita melanggar sesuatu yang mungkin menyebabkan pihak mereka tidak berpuas hati.

Mengapakah APCO diambil sedangkan peranan ini boleh diambil oleh syarikat dalam Malaysia? Di negara kita terdapat syarikat tempatan seperti Lim Kok Wing dan Blackpencil, yang mampu melakukan khidmat konsultan kepada kerajaan dan negara dalam perbaiki hubungan dengan antarabagsa. APCO dikuasai oleh beberapa orang yang terdiri daripada rakyat Israel sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP). Mereka ini warga Israel yang ada sejarah bagi umat Islam dan masyarakat dunia yang tidak menerima tindakan mereka yang menzalimi umat Islam. Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, ini tidak terkait dan tiada kena mengena dengan dasar luar negara. Selain itu, jelas bagaimana Israel anti kepada Islam, sikap mereka kepada rakyat Palestin. Tambahan lagi, beberapa orang warga Amerika yang duduk menjawat dalam organisasi APCO itu menganut fahaman Zionisme dan dipengaruhi gerakan zionis antarabangsa. 

Cuba fikir untuk jangka masa akan datang...Jika...
Setelah kerjasama ini dilakukan...pihak zionis itu mengambil data-data umat Islam di Malaysia dan dengan mudah mereka mengesan kita dan menyampaikan serangan...bom atau peluru berpandu dari jarak jauh menggunakan kuasa teknologi mereka...hanya dengan satu klik pada tetikus.

Nazri berkata : APCO ada kepakaran yang sangat tinggi dan Malaysia tidak mampu melakukan tugas tersebut. Bagaimana seorang menteri di pihak kerajaan mengatakan hal seperti suatu penghinaan atau pertikaian terhadap kewibawaan dan keupayaan pakar-pakar dalam negara kita. Perbelanjaan projek ini mencecah RM77 juta (3 Jun 2009 - 15 Julai 2010). Ini merupakan duit rakyat yang dibayar kepada asing yang ada kaitan dengan yahudi. Tetapi, drama yang berbeza apabila, wang royalti untuk rakyat Kelantan dan Terengganu pula dirampas di mana 99 peratus penduduknya ialah Islam Melayu.

Kerajaan Malaysia bayar untuk membaiki imej dan pemikiran rakyat Malaysia. Hal ini, dilakukan mungkin kerana kerajaan semakin lemah. Konsep 1 Malaysia yang dianjurkan seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tetapi, APCO bukan orang yang hidup dalam kelompok rakyat Malaysia. Maka, mereka tiada maklumat asas tentang rakyat kita, dengan itu asas maklumat demografi pasti diberikan kepada APCO Worldwide. Bagaimana mungkin, maklumat asas begini diserahkan kepada pihak luar.

Tindakan ini mengecewakan kerana seperti merelakan dan membawa negara Malaysia menyokong negara kejam (Israel). Ini soal maruah yang sedang dimalukan  dan dicemari kerana kita menyatakan yang kita negara Islam dan menyertai OIC...

Persoalan : adakah kerjasama APCO Worldwide dengan KDN, berkait atau berkepentingan dengan 1 Malaysia kini, yang sama dengan konsep 1 Israel pada satu ketika dulu...? (aku tanya je, korang jawab sendiri)

p/s : Kalau aku panjang umur, akan datang...aku nak tulis pasal Asiasoft dgn PDRM plak...Insya-Allah.

No comments: