Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Wednesday, May 4, 2011

DUA PASTI

 -gambar pertunangan-
Jangan yakin sangat dapat merasa...Maka...Siapkan dirimu untuk Barzakh
(walaupun 'ada' yang dah merasa manis dipinang dalam takruf)

-tanah perkuburan (1) kampung aku- 
Misal kata, sini yang menjemput dahulu...ALLAH saja yang tahu
(insyaALLAH aku pasti ke sini)

Sibuk berangan soal jodoh,
Tenggelam cakap pasal zauj,
Asyik bicara siapa pasangan nanti,
Sedia merancang target tahun perkahwinan,
Hati tergedik-gedik bila tersembul perkataan 'kahwin'?
Seronok memilih calon pilihan,
Penat kadang-kadang melayan.

Hingga terlupa bagaimana kisah ajal,
Alamak...kalendar maut sedang mendekati,
Kelam kabut di sini,
Noktah itu penamat yang dimulai,
Ambil kau pengelamun besi.

Pastikah kamu bertemu jodoh?
Entah-entah bertandang Maut dahulu,
Manis senyuman mungkin jadi kelu,
Selamat jalan dunia dosa...

Ingatlah maut...
Bimbang lain yang terkaut,
Jauh terpaut,
Penat melalut.

P/S : pesanan ini buat semua lagi-lagi untuk aku, sebab kalau kita nak jaga solat dengan khusyuk benar-benar pun payah, ada hati nak cakap "aku sedia untuk berkahwin". Sebab...ada perasaan, takut-takut untuk mengajar adik atau anak buah mengaji Quran, ada hati nak cakap " Aku dah layak kahwin pe?". Sebab kita nak bina masyarakat bukan individu lagi dah...harap maklum...kepada yang sudah selamat...Selamat Pengantin Baru...

No comments: