Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Saturday, May 21, 2011

SEDIA SETIA








Oh diri...oh jasad...oh jasmani...oh badan...apakah yang berlaku?
Mengapa begini lemah dan sedih?
Tepuk dada...bermonolog lagi sekali,
Segala jadi lesu kerana tempat jatuhnya pandangan ALLAH.
Kurang terjaga...kurang belaian...
Seperti semakin sakit...
Keindahan itu janganlah menjauh.
Ku harap...

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang jahat
BEWARE!!!!!
Golongan yang mengaku beriman kepada ALLAH 
sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman kepada ALLAH
"Dan di antara manusia ada yang berkata : "Kami telah beriman kepada ALLAH dan hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman." (Al-Baqarah : 8)


Bolehkah Aku?
Mampukah Aku?

Aku ingin merasakan keindahan yang berganda-ganda...
Bukan acap kali hanya di air cetek.
Bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Bukan keazaman yang berkarat.
Bukan pantai yang bisa berubah bila ombak terjah.
Bukan penulis yang mati penanya bila disergah.
Bukan hamba yang kalah.

Aku ingin merasa keindahan yang infiniti,
Bila cahaya kemari...
Cinta ke sini...
Cinta Ilahi...

Ya ALLAH...aku ingin keindahan itu merantaiku,
Segala jiwa perasaan yang dirasa pertamanya diluahkan kepadaMU,
Segala masalah yang mendatang pertamanya diminta ilhamMU,
Segala kecundang yang berlegar pertamanya diadu padaMU,
Segala kebuntuan yang menghambat pertamanya ditanya kepadaMU.

Kerana aku mahu merasa keindahan itu...
Aku pilih DIA segala...

Menjadi muzikku...terhibur dan terubat ketika mendengar Kalam ALLAH,
Jauh melebihi dari mendengar nasyid dan lagu biasa, apatah lagi lagu korea yang tidak difahami linguistiknya.

Menjadi asyik dan kemaruk menghafaz Quran, 
berbanding menghafal dan mengingat kata-kata hikmah manusia, apatah lagi lirik-lirik lagu.

Menjadi kesatuan roh dan jasadku apabila menghabiskan masa membaca tafsiran ayatMU
melebihi membaca blog-blog di hadapan komputer riba, apatah lagi menonton You Tube yang lagha.

Menjadi bahagia dan teramat cinta apabila merindui dan mengambil peduli kisah Rasulallah,
Berbanding merindui orang yang tidak merindui aku, apatah lagi risaukan orang yang tidak kisahkan aku. 

Menjadi kegemaran membaca kitab-kitab ilmu agama
Mengatasi kegilaan membaca novel cinta yang nafsu menjadi syaratnya, apatah lagi komik entah apa-apa.

Menjadi obses untuk menghadiri usrah  dan daurah, biar dalam taman syurga mentarbiyah jiwa,
Melebihi menghayun kaki bersiar-siar, apatah lagi membeli-belah membuang wang.

Menjadi ketagihanku dalam bangun malam, temu janji denganMU di kesepian sebelum fajar..
Mengatasi tekad untuk berjaga malam melayan laman sosial MUKABUKU, apatah lagi menonton bola pasukan kegemaran Manchester United.

Menjadi tegar untuk terus bertudung dan berbaju labuh,
Melebihi hanya membalut aurat, apatah lagi mengikut fesyen semasa...

Jujur aku katakan,
Dalam sela umur 22 tahun ini,
Aku masih gagal untuk berdakwah,
Aku tidak berani menyatakan dalam terbuka,terus dan telus,
Atau menghalang dan menegur hal batil dan munkar,
Aku cuma mampu bersikap menegur dengan selemah-lemah iman,
Aku...
Tidak seperti sahabat yang lain,
Untuk bertazkirah...debaran jantung bagaikan meletup,
Untuk mengimami solat...jantung seakan ingin gugur,
Seringkali dirayu dipinta...aku menolak dengan senyuman.
hatiku berkata...
tidak sedia...
tidak layak...
itu antara alasannya.

Jujur aku katakan,
Aku ingin mencuba...
Aku ingin seperti mereka,
Aku mahu sebaris dengan mereka,
Seperti kalimah "Lurus dan rapatkan saf"
Tapi aku masih banyak cacat celanya...
Untuk ke medan mereka...
Masih banyak pembetulan yang wajib dilancar.
Cukuplah sebagai pengikut cuma...

Jujur aku katakan,
Aku hanya mampu berjuang untuk lawan nafsu sendiri, 
Aku cuma berjuang memperbetul hati dalam segala niat.
Itu pun sering kalah dan patah.

Teringin sekali aku melantik ruang tulisan ini ingin sebagai medanku...
Kerana kata-kata barang sekali sukar terzahir...
Namun...aku bukan orang yang layak...
Mungkinkah segala tarian huruf dariku,
Boleh jadi penghiburmu?

Aku : Yang pastinya...Kita semua ada lesen khalifah di muka bumi ALLAH...JOM BETULKAN KATA-KATA 'DALAM HATI ADA TAMAN' KEPADA 'DALAM HATI ADA IMAN'

No comments: