Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Thursday, May 19, 2011

WOODLAND WATERFRONT



Abu Mus'ab. Anak jati kota metropolitan. Kota Singa. Jejaka kacak. Kulit putih langsat. Muka lawa. Senyum manis. Badan tegap. Tinggi lampai. Ada janggut. Mata Sepet. Rambut Korea. Berkata lembut sepoi bahasa. Hormat wanita. Hormat orang tua. Tapi, kata orang 'sayang' dia tiada kekasih. Kata orang untung jika berkasih dengannya. Pada Abu cukuplah hanya dirinya yang tahu mengapa tidak berkasih-kasih sewaktu ini. Tanya pada Abu. Mengapa tiada kekasih. Abu jawab. Allah akan mengaturnya dengan masa dalam jodoh.

Abu cuba keluar melihat alam sekitar. Cuti lama. Abu penuntut tua. Abu dah lama bekerjaya. Dahaga ilmu. Kutip di negara jirannya.  Lama juga ditinggal pengajian hafaz Quran di celahan pusat pendidikan tinggi dekat Skudai ini. Dalam tiga bulan. Helaan nafas panjang. Abu lenguh melihat wanita seksi. Abu menyesal keluar hari ini. Abu gemarkan garisan lurus namun abstrak. Abu gemarkan wanita cantik namun terkawal. Habis semua dihafaznya sebab nampak perempuan seksi. Abu teringat kata ustaznya, jangan makan KFC nanti lupa apa yang dihafaz, "nanti ustaz potong rambut kamu sampai botak". Kalau tengok perempuan,  Ustaz nak potong apa agaknya ye?...lagi sekali, kalau tengok perempuan semua seksi-seksi...Ustaz nak potong apa agaknya ye? hmmm....

Abu teruskan melangkah...Abu berhenti sebentar. Abu terlentok di kerusi panjang. Woodland Waterfront. Cantik. Pemandangan indah. Abu keluarkan kamera mahal 'deselar' nenek-nenek panggil. Abu petik gambar sekitar. Abu petik punya petik. Abu. Mata. Sakit.  Perempuan pinggang ramping. Terhegeh-hegeh menghayun langkah. Pinggul terliuk-liuk. Abu penat. Abu. Tutup. Mata. Abu berhenti memetik gambar. Abu banyak kali terpetik juga. Abu padam dan buang gambar seksi mereka. 

Abu alih pandangan. Abu petik lagi...Sebarang petik saja. Abu petik gadis ayu. Abu istighfar. Sebab yang kali ini Abu suka. Abu petik lagi. Abu suka tengok gadis kali ini. Abu nak tutup mata. Tapi Abu tetap mencuri-curi pandang. Abu tengok teliti. hmmm...Tudung tutup. Angin maksiat tiup. Selamat. Tapi. Abu tahu itu dosa. sama saja macam tengok yang kena hinggap lalat tadi. Abu berhenti memandang. 

Abu kata dalam hati. Aku tak layak dengan minah ni sehhhh. Sudah la ayu. Berakhlak lagi. Abu petik gambar lagi. Tapi bukan gadis ayu tadi. Abu petik gambar parkir kereta. Abu tiada kerja. Abu tiada pilihan. Abu sedang mengawal imannya. Abu petik. Abu melihat gadis ayu sebelum ini sedang menapak ke keretanya. Abu lihat nombor pendaftaran kereta gadis ayu itu...Oooo, orang Johor rupanya.

Orang seberang. Pasport jadi pemisah. Kalau nak berumah. Sudikah ke sini. Sudikah ikut suami. Abu membebel  di dalam hati.

Abu teringat-ingat gadis itu. Abu bangun malam. Abu minta ampun. Abu takut murka ALLAH. Abu tak pandai nak berhenti menangis. Abu tahu matanya terbakar siang tadi. Dua-dua indah. Tapi, yang muslimah tu sangatlah indah. Yang kena hinggap lalat itu...Sakit adalah. 

Abu minta izin emak ayah. Minta restu.

Abu hendak meminang gadis itu. Abu tidak mahu jalan belakang. Abu tunggu. Tak boleh jadi. Abu biarkan perasaan begitu sahaja. Abu doa. Abu doa. Abu doa. Abu pergi ikut rombongan dakwah. Abu ikut buat lawatan badan dakwah Singapura ke Johor Bahru. Seff-Perdaus. Ikram Johor. Abu petik-petik gambar. Abu memang tukang petik gambar untuk salah satu badan dakwah Singapura. Abu nampak gadis ayu itu. Abu istighfar. Abu tak pandang. Abu tak nak dapat masalah hati. Rindu. Terbayang-bayang.

Abu cepat-cepat jumpa pengerusi badan dakwah Johor. Abu kata nak jadikan yang halal wanita dalam itu. Takruf. bertunang. Selesai sudah.

Abu menikah. Masa Abu dengan bini sesi batal air sembahyang. Bini Abu salam tangan Abu. Tangan bini Abu sejuk. Abu tahu bininya mulia dan terjaga. Pertama kali pegang tangan lelaki. lelaki itu suami. Abu suka. Abu terasa sangat istimewa. Abu gembira sebab dapat isteri manja kadang-kadang gila-gila. Abu suka dapat isteri selalu suruh ingat padaNYA. Abu suka sebab dapat isteri mahu ikut ke Singapura. Tapi, Abu tak lupa pulang ke seberang juga. Abu suka couple lepas kahwin. Abu rasa semuanya bebas sebab ALLAH redha. Abu suka petik gambar bini dia makan ais krim. Bini Abu makan ais krim comot-comot. Abu lap pakai tisu. 

P/s : Abu Mus'ab dan matanya...pasal abu...tiada kaitan dengan yang lain...Abu pernah berkata...nak tunggu sampai seru. memang lambat. sekurang-kurangnya sumbang sedikit jasa dan bakatmu untuk dakwah. Seperti hebahan, petik gambar, buat video, masak untuk orang-orang yang berprogram. Itu kata Abu...abu juga berkata, bila kata pasal couple, tak sampai seru pun kau dah kecoh mencari...tapi, bila tanya pasal kahwin, kau jawab, tak cukup duit lagi, tak mampu... lepas tu, bila tanya pasal bila kau nak pergi masjid sembahyang berjemaah. kau jawab tunggu sampai seru....Habis.Seru.Entah.Racun.Datang.

Nota kaki : Cari si dia kau lincah kaduk...Cari si DIA kau tangguh-tangguh macam buat fail MQA,macam buat assignment, macam study last minit. (baca buku cerita ini pakai hati)

No comments: