Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Wednesday, April 27, 2011

Hulur dan Sambut







Bunga seri pagi,
Kembang layu,
Terpatah sendi ranting halusnya,
Terkulai lagi.

Gugur di alur parit,
dalam ralit,
Mata melirik.

Tiada kalut,
Memandang disambut,
Dipandang merebut,
Hilang reput.

Kau kutip bunga itu,
Biar sama,
Sebumbung dalam nyala.

Secicip keterlarutan faham,
Terlebur hati mati membuta,
Diserpihkan kaca tajam di luar tembok,
Biar kalbu jadi begini aman.
Harapnya tarbiyah bukan terbiar.

Kutip ilmu di kaki surau,
Nyaman lebaran sayap malaikat dalam Jannah,
Walau asakan dunia mulai merintih,
Namun undangan ALLAH itu lebih penting,
Berkumpul semula jiwa-jiwa merinduiMU,
Biar DIA yang mengikat kita dengan taliNYA,

Keluh resah terjawab tenang,
Gugup pun gugur,
Sejalur demi sejalur,
Manis kembali mendekat pada MAHA HAKIKI.

p/s : Satu gambar sudah cukup melambangkan sejuta cerita...selamat mentafsir...ayuh kembali berfikir,  
di manakah kita (saya dan awak) ? sama ada dalam golongan terbiar atau terbiyah?

No comments: