Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Wednesday, February 2, 2011

Aku Menanggalkan Bajuku Sekarang...Siapa yang MELIHAT?


HATI KAMA...HATI KERING...HATI EMAS...
Terkurung dan tidak terlepas dari cengkaman kezaliman dan kebatilan yang dicari sendiri,
Menjauhkan diri dari kebenaran yang tersedia di depan mata,
Peta hidupku hilang...aku tiada panduan...
kompasku telah rosak...aku hilang pegangan...
Meniti menyelesuri musim yang terus berubah...
AKU TERUS MENDIAMI ISTANA PALSU...
Lamunan ini perlu berhenti...bukan terhenti...
Aku masih menapak gagah dalam lemah... kini, sedang mendaki bukit yang amat cerun dan ditimpa dengan batu bergolek sambil belakang badan menggalas bebanan...Sukar bukan?
Bukan mudah melafaz ingin meraih keikhlasan dan petunjuk ILAHI hanya di bibir tapi di hati... penuh kekotoran di dasari dunia...
jangan sembunyikan... ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU

SEBELUM METAMORFOSIS
ORANG PANDANG Seyhhh...ape SUSAH...cepatla BAJET BAIK...
Ya ALLAH...sekian lama halaku terleka, aku kejar nikmat dunia...aku buat sesuatu kerana puji dari manusia, kerana pandangan dari manusia, aku terkeliru...aku terus berjalan...
Ya ALLAH, kurnia apa yang perlu kuharap jika ironinya pada dunia...
Ya ALLAH...kemana perginya tempat bagi insan yang begini?
Ya ALLAH...bahagia syaitan itu beraja takhta di jiwaku...
HANYA kesakitan pada waktu itu ku nikmati...
Ibarat memukul diri sendiri...

NAK JADI BUDAK BAIK...TAPI SUSAH LA...
Ya ALLAH...aku masih dalam kesengalan, aku mengatakan...
"tak semestinya kembali pada agama je boleh jadi budak baik kan...?"
Ya ALLAH... egoku tahap gaban dan karma...siapa aku nak takbur???
"cuba tutup hidung tu, berapa minit boleh tahan...ALLAH bagi nafas pun tak sedar diri"

SEMBAHYANG JE LA...ASALKAN CUKUP LIMA WAKTU...
"tak kiralah...sembahyang je...asalkan sembahyang, kira ok pe...EHEMmm...belakang cite"
Ya ALLAH, solatku tiada rasa...kosong...gila...fana...merepek...meraban...merapu...
"weyhhh SITI...apa, kau ingat sembahyang macam bersenam pe?
Ya ALLAH hilang rasa khusyukku...tiada rasa seperti KAU memandang...
perlahan atau laju aku bersolat, hatiku memikirkan hal lain...
"Lepas sembahyang, nak tido...hahaha...bantal oh katil...i love u"
Ya ALLAH, ada juga aku bersolat kerana susah waktu tu...
"Ya ALLAH, MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...berikanlah kekuatan dan kesabaran padaku...murahkanlah rezeki kami sekeluarga..."
Menitis air mata wooo masa tu...tapi aku dapat rasa, bukan seluruh jiwa aku serahkan...sebab lepas dapat rezeki je...aku bukan main lagi...lupa SIAPA yang tolong aku...Ya ALLAH, berani-beraninya aku gunakan KAU waktu susah je...waktu sempit, waktu miskin, waktu sedih, waktu bodoh, waktu sakit, waktu tua...
"Ya ALLAH, mohon kesabaran dan kekhusyukkan bersamaMU"
Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” (Surah Al-Baqarah : ayat 45-46)
  
sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal solat, yang bermaksud: “Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”

ALAHAI DUNIA... 
Penat dikejar syaitan...musuh yang nyata.
Penat mengejar dunia...penipu yang setia.
Dunia tak kekal...kehidupan yang sebenar takkan benar-benar dapat dirasa manusia melainkan setelah merasakan mati...tapi kenapa ek...MASIH TAK FAHAM LAGI...masih rilek lagi?

“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; sekiranya mereka mengetahui (hakikat ini)."(Ar-Rum :64)

"Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”(Al-kahf :45)

''Wahai Kaumku ! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal'' (Ghafir :39)

JANGAN MENGHARAP SAJA...TAPI MEMAHAMI
Yang bulat takkan datang bergolek,
Yang pipih takkan datang melayang.
Jangan hanya duduk sahaja...
Termenung, berkhayal, dan mengharap buta-buta...
Tanpa memahami petunjuk-petunjuk yang telah diberikan... 
Hidayah dan petunjuk memang MILIK ALLAH...
NAMUN...!!! ALLAH yang berhak menentukan 
Sebagai hamba perlulah membuka hati menerima petunjuk yang tersedia...
Kenali petunjuk ALLAH yang telah tertera pada setiap seluruhnya...
Maka, ALLAH akan memilih kita...atas IZINNYA...

"ORANG ITU SESAT KERANA KEINGKARANNYA DAN TIDAK MAHU MEMAHAMI PETUNJUK-PETUNJUK"
"sesungguhnya ALLAH menyesatkan............."
Renungi firman ALLAH dalam surah Ar-ra'd ayat 27...
(tak nak tulis SEPENUHNYA kat sini, sebab nak biar korang cari sendiri kat tafsir quran...heee...)


AKU MENANGGALKAN BAJUKU...
Aku menanggalkan bajuku sekarang...Siapa yang MELIHAT?
Aku menanggalkan baju yang amat kotor ini...sudah bertahi lalat...jika dipandang manusia dari jauh...nampak  bersih. Pada hal, pada baju itu sudah ada tahi lalat dan sedikit koyak. Aku melihat baju itu sudah mulai lusuh dan semakin hari semakin buruk, dan manusia sudah tidak sudi memandangnya lagi...lalu, Aku menanggalkan bajuku...SIAPA YANG MELIHAT?
Saat aku menanggalkan bajuku...tiada manusia sudi melihat...apatah lagi memberikan baju yang baru...Aku tercari-cari ke mana hala tuju inginku cari pengganti bajuku ini...Ya ALLAH, hatiku terpanggil...benar-benar terpanggil...aku merasakan bahawa kau yang melihatku...kau bukan saja melihatku, kau juga yang akan memberikan baju baru kepadaku...KAU membasahkan gersang dijiwaku...lembut dinginnya rasa menusuk ke sanubari...terlerai segala kusut dan tertegak penjelasan...bertebaranlah seluruh warna warni setelah kegapan yang ku lalui...PADAKU INILAH KURNIA TIADA TARA...
Semoga aku menjadi hamba yang alim, jauhkan diriku dari bertindak zalim... izinkan aku peroleh keamanan bersamaMU...
"Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk."(Al-An'aam:82)
Nota Hati : Melepaskan dahaga pada jalan nyata...Pada jalan pulang....

No comments: