Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Tuesday, February 8, 2011

Berbaik Sangka...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum...
Salam buat cucu-cucu nenek...
Apa khabar iman cucu-cucu...roh macam mana? ada baikkah? 
Tengok hati tu dulu..jangan sibuk tengok hati orang lain ye cu,
Nanti hati tunggang langgang pun dah tak perasan dah,
Takpe, gini la cu...nenek rasa, apa-apa kes pun...
senyum dan doa dulu buat hatimu, 
Kerana itu ubat untuk berbaik sangka pada hati...
Aik...cam pelik je...berbaik sangka pada hati...
Apa yang peliknya...mana ada pelik...
betul apa nenek cakap...baik sangka pada hati bermakna...
kita baik sangka pada ALLAH.
Lepas tu ingat...cucu duduk kat dunia ni bukan sendiri,
ada manusia lain kan...
baik sangka pada manusia pula tau...
BAHAYA buruk sangka ni cu....boleh menarik kita ke arah MENGUMPAT....
Nenek harap...cucu-cucu nenek semua dapat bezakan
antara jenis RASA dan BURUK SANGKA
DUA-DUA ni sangat halus dan dekat maknanya...
berhati-hatilah...

Jom cucu-cucuku... renungi makanan jiwa kali ini. Mari bukakan pintu hatimu untuk memahami isi Surah Al-Hujurat ayat 12. dan sepotong hadis dari junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

 “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Rasulallah s.a.w. bersabda : " Barangsiapa berkata sesuatu tentang seseorang dan jika perkara itu benar, bermakna dia telah memperolehi dosa mengumpat saudaranya itu, seandainya tidak benar perkara yang dicakapkanya itu, maka itu adalah dosa fitnah" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Tengok sketsa ni sebentar ye cu...penat nenek buat cerita, heee... :
**Nama pelakon hanya nama semata-mata, tiada kaitan antara hidup,pengsan,sawan, mengigau ataupun yang telah meninggal dunia**

Pada suatu hari, Aina pergi klinik untuk membuang tulang ikan yang terselit di tepi kuku ibu jarinya. Luka yang terbentuk kian membengkak. Macam nak meletup...lama kelamaan, sudah berdarah. Aina berjalan kaki menuju ke Klinik Kesihatan Penerok tanpa lenggang-lengguk, dia memahat di hati pesanan dari Rasulallah. Sambil menunggu giliran tiba untuk masuk ke Bilik Doktor. Dia termenung mengingati sakit itu kafarah dosa. Sakit itu nikmat, bukan nikmat sebab dapat MC. Tapi, nikmat sebab dapat menghapus dosa, getar hatinya bermonolog.

Datang dua orang rakan  lamanya semasa di sekolah rendah. Mereka menghampiri Aina. Berpelukan tanda melepas rindu lalu. Masing-masing sudah berubah...wajah sudah berubah, badan jangan ceritalah...harap-harap hati tetap kerana-NYA. Semoga selamat akhirnya.

"Assalamualaikum, Aina...demam ke datang Klinik ni? Soal Leha.
"Waalaikumusalam, tak la...nak tengok jari aku ni, ada sirip ikan termasuk masa tengah menyiang bulan lepas. Tapi, aku masih boleh buat kerja-kerja rumah macam biasa" jawab Aina dengan pantasnya sambil menunjukkan ibu jarinya yang meronta-ronta minta dibedah.
"Eh...dah lama la ni...kenapa dibiarkan je? bahaya ni..." Leha menyoal dalam riak wajah risau.
"Alahai dia ni...cari penyakit namanya." Suraya mencelah.
"Hee...aku dah kat Klinik dah pun...kejap lagi kena bedah ni, nak buang penyakit." Jawab Aina tersenyum kecil.
"Haa...Aina, tu la kau, tak pernah ke dapur, tu yang jadi macam gitu...tulang ikan pun nak menetap dalam daging kau." Suraya berkata-kata dalam nada agak sinis. 

Aina terasa seperti ditembak dengan senapang M16 apabila mendengar butir bicara Suraya. Namun hatinya dengan segera beristighfar. Aina tidak mahu terkait dan terjebak dengan prasangka.

"Suraya, jangan cakap macam gitu, kalau sampai tulang ikan dah masuk dalam daging, itu maknanya Aina ni rajin ke dapur...boleh pulak kau buat fakta sesuka hati." Leha ingin membela Sofea dengan kata-kata peneguhnya. 
"Tak ada la Leha, betul la cakap Suraya tu..." Aina merendah diri.
"Haa...kan betul...pe la kau ni Leha...tuan punya badan pun dah mengaku malas masak." Suraya membidas dengan angkuhnya.
"Entahlah...malas layan." Leha membalas lemah.
*****TAMMAT*****

Amacam cerita nenek tadi? fahamkah???
Cucu nenek semua...apa beza LEHA dengan SURAYA?
Jawapannya...Leha berbaik sangka...Suraya berburuk sangka...

Disanggah Kasar...Terimalah Dengan Santun Berhikmah

Cucu semua...pernah jumpa tak orang cam Suraya tu....tak pernah lagi ek?
Takpe, nanti dah besar mesti jumpa punya, nenek dah jumpa dah...
Tapi cucu...tak ramai orang macam Leha...baik sangka je kerja dia...
macam Suraya tu ramai...
haaa....takut la tu...takut jumpa cam Suraya eh...

Tapi cucu...ingat ye...bila ada orang macam Suraya...
Dialah orang yang melempang muka kita dengan kata-kata...
Kalau tak, kita tak sedar diri...rasa diri betul je...
Perasan tak??? cuba fahami konsep ni ye cucuku...

konsep jangan buruk sangka bila orang buruk sangka kat kita...
Orang baling batu kat kita, kita baling kereta Mercedes kat dia.
Orang lempar selipar jamban kat kita, kita baling kasut Adidas kat dia.
Kalau kaya la...balas roti saja sudah cukup memadai wahai cucuku...

Terimalah dengan santun berhikmah...
Dalam ayat yang terpacul dari mulut orang lain yang berasal dari buruk sangka itu mempunyai bahan yang ingin disampaikan, itulah hikmah namanya...cucu-cucuku, Jika kita mahu menerima hikmah mestilah dengan penuh bersantun... jangan pandang kritikan darinya sebagai kepahitan yang kronik. Terima kritikan itu dengan hati yang terbuka. Anggaplah orang itu mengeluarkan kata-kata yang penuh bunga-bunga. 

Mari kita tengok Surah Ar-Ra'd ayat 22, dalam tu ada kata, tolak kejahatan dengan kebaikan...nenek bagi la ayatnya ye...biar mudah kerja cucu nak teruskan bacaan...simpan ayat ni dalam hati tau..ini bukan ayat rekaan nenek cam sketsa tadi...ni AYAT ALLAH :

"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat"


ALLAH menegur hambanya melalui hambanya

Mungkin ALLAH nak menegur kita melalui orang itu...
Itu hidayah namanya...petunjuk la ayat mudahnya ye cucuku...
ALLAH nak ubah kekurangan dalam diri kita.
Maka, cucu-cucu...janganlah sangka buruk terus pada orang itu.
Jernihkan hatimu walaupun susah...
Memakan masa sekalipun, cucu tetap mencuba bersangka baik,
ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar.
Ingat jangan pandang pada orangnya,
Pandang pada kata-kata sinis yang dibawanya.
Dari kata-kata sinis itu mungkin ada benarnya.
untuk mantapkan dirimu menjadi lebih baik dari semalam.
Terima teguran itu untuk menjadi penambahbaikkan.
Penambahbaikkan untuk imanmu...
kesimpulan, ALLAH sayangkan kamu.
orang yang berburuk sangka dan meluahkan kata-katanya itu pun SAYANG pada kamu. 
Tiada perkataan benci,marah dan geram bukan???
Mudah apa? tu la nenek dah cakap...tak caya...heee....(^_^)



Berkata Umar Al-Khattab “Bila saudaramu berkata sesuatu yang mencurigakan, fikirkanlah tentang yang baik-baik sahaja dan engkau akan mendapat penjelasan yang baik-baik juga” (riwayat Ibnu Katsir dan Imam Malik)

Nota hati : Betulkan silap nenek...Jika nenek terlupa...Tolong tegur nenek...nenek akan mengerti...

No comments: