Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Monday, February 28, 2011

Monologis


Lebih manis bermonolog dalam hati
daripada berkata-kata kosong

Dicipta aku untuk cinta padaNYA
Ditepis aku menggunakan ego
Aku muzik hampa
Aku melodi derita

Menumbuh rasa pengertian 
Menyelongkar maksud pada klimaksnya

Berpaling lagi...
Dirampas di tampar insan biadap
itu yang diajar...
Padan mukaku

Tiga, dua, satu...kosong
jiwaku...
Sebab nak 'sedap-sedap'

Sakit belayar tanpa layar...
Layarku hilang dek kerna tanganku

Berkasih padaMU...
terpandu
berlagu
Aku bukan muzik hampa

Menunggu disuluh
untuk menjadi penyuluh
yang tiada harga
bukan seperti lampu suluh

Bangun tergolek,
Layu menyegar.

Riuh sepiku,
Bising diamku,
Jaga lenaku,
Teguh lemahku.

Solatku... berbicara denganMU
KalamMU...berbicara denganku

Getar jiwaku,
Meremang bulu romaku,

Cintaku tidak bertepuk sebelah,
Cintaku diterima dengan sepenuh segala

Semalam berkasih tanpaMU
Hari ini berkasih denganMU

Mari berkongsi kekasih...
Kekasihku kekasihmu jua...
Marilah...mari...

Kekasihku segalanya...
Kisah kekasihku...
Percayalah dengan pasti.

DIA pemilik alam hatiku...

Nota hati : Kekasihku...Yang SATU...Yang ESA..

No comments: