Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Friday, December 31, 2010

Apa yang Aku belajar?


Aku Belajar,
Tembok kepercayaan harus gigih dibina selama bertahun-tahun,
Namun dalam sedetik saja mampu terhancur.
Tatkala itu hati penat bersengketa,
Hati ibarat kaca yang terhempas berderai halus,
Menjadi lemah nilaian iman ibarat senipis kulit bawang.
  
Aku belajar,
Teman…bukan hanya teman sekaki,
Teman yang benar sejati,
Memberi ruang waktu bersama untuk tawaku,
Rela menghapus airmataku,
Merawat duka walau hanya dengan mendengar,
Apabila melihatnya mengingatkan ku pada Yang Esa.
  
Aku belajar,
Walaupun jarak memisahkan,
Namun tiada penamat kasih dalam persahabatan sejati,
Malah yang terbina ialah rindu dan cinta,
Jalinan ini kerana cinta kepada-NYA.

Aku belajar,
Relaku leraikan salahmu yang melukaiku,
Kenalan yang terbaik 
Ialah mereka yang pernah memberi luka,
Luka pula akan meninggalkan parut,
Namun…parut itu sudah menjadi sebati dengan kulitku,
Tiada lagi sakit yang dirasa,
Untuk apa aku memikirkan kesan parut itu.
Kerana memaafkan sangat indah.

Aku belajar,
Menghargai kehadiran musuh dan pengkhianat,
Lantaran dilebarkan kesempitan ruang perjalananku,
Dalam menjejaki gunung yang paling tinggi,
Mereka orang yang memberi duri,
Dan mengajar erti mencari penawar dan sabar,
Pilihan yang terbaik takkan termiliki andai tiada ujian.

Aku belajar,
Insan yang mulia itu,
Insan yang memberi kemaafan,
Kemaafan harus diberi terdahulu pada diri ini,
Dan kemudiannya pada orang lain,
Jika tidak mahu dibelenggu perasaan bersalah tanpa hentian,
Perasaan dendam tanpa mati.

Aku belajar,
Tidak beerti seseorang itu tidak mencintai,
Sekiranya...
Zahirnya jauh dari laku,
Lafaznya jauh dari bibir,
Tingkahnya tidak menyusun bicara sayang,
Isyaratnya tidak melambangkan cinta,
Tiada kasih yang terlimpah,
Seperti yang kerap berlaku,
Cuma ungkapan kebisuan melindungkan rahsia hatinya,
Hanya doa menjadi pengganti rindu,
Kalimah cinta akan berbunga halal bila tiba masanya,
Menggantikan ayat-ayat manis yang terpendam selama ini.
Cukuplah dengan lafaz "Aku terima nikahnya..."
 
Aku belajar,
Alam sekeliling mempengaruhi peribadiku,
Flora, fauna dan manusia juga…
Aku tidak boleh menyalahkan alam,
Bagaimana dalam biah solehah sekalipun aku,
Jika, hati masih dalam kucar-kacir ibarat kelab malam,
Aku tetap perlu perbetulkan,
Aku perlu bertanggungjawab atas perlakuan sendiri.

Aku belajar,
Dua orang manusia,
Mampu melihat sebuah benda,
Datangnya dari sudut berbeza,
walau ruang yang sama,
Pada hasilnya mungkin sama dan mungkin berbeza.

Aku belajar,
Milikku bukan milikku,
Tiada nilai penting untuk apa yang aku miliki,
Tapi…yang penting adalah siapa sebenarnya gerangan diri ini.

Aku belajar,
Segalanya di dunia ini merintangi proses,
Terlihat contoh pada kejadian diriku sendiri,
Tiada yang serta-merta,
Tiada yang segera,
Ada pun tersedia jalan pintas,
Yang akhirnya hanya melukai diri sendiri.

Aku belajar,
Perlu bijak memilih,
Antara diri menguasai sikap dan emosi,
Atau hanya membiarkan bahana itu menguasai diri ini.
Perluku biarkan iman menggoda dan menawan semua itu.

Aku belajar,
Aku berhak untuk marah,
Namun tidak sama sekali memberikan lesen,
Untuk harus dan terus membenci.
 
Aku belajar,
Kata yang indah,
Tanpa tindak tanduknya,
Dapat dirasa peritnya,
Adalah saat perpisahan dengan orang yang dicintai.
Orang-orang yang disayangi,
Maka, mereka diambil segera dari kehidupan saya.
Untuk ku kenal erti sementara.

Aku belajar,
kenal freemason, iluminati dan dajjal,
Aku kaji sampai ke simbol-simbol,
dan lirik lagu,
Tapi, aku terlupa untuk jelajah dan jejaki,
Jalan Nabi Muhamad, para sahabat, para ulamak,
Jalan sufi dan wali ALLAH...
Aku lupa 'berjalan perlu menggunakan kasut',
Bahaya kalau berkaki ayam.

AKU TETAP AKAN TERUS BELAJAR LAGI...BUKAN UNTUK DAPATKAN UPSR, PMR, SPM, SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER, ATAU PhD...TETAPI, AKU BELAJAR UNTUK MENGENAL DIRI SENDIRI DAN MENGENAL ALLAH...INDAHNYA DUNIA INI, TERCIPTANYA TIADA SIA-SIA, TERJADINYA TIADA TIBA-TIBA...

Nota Hati dan Akal :
"Peralatan baru bagi pemahaman akan ada apabila keperluan menuntutnya. Kerananya, jadikan keperluanmu makin mendesak, sehingga kau bisa mendesakkan pemahamanmu lebih peka lagi".

No comments: