Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Friday, December 17, 2010

Permata di celahan Kaca...Hebatnya Menjadi Ganjil...


Nampakkah anda bahawa kejahilan itu diwarisi?
Dan Islam Nampak asing pada permulaan dan akhiran, contohnya…
Kalau dulu-dulu kaberat,dangdut, sekarang clubbing...
Jika dulu-dulu pakai kebaya ketat, sekarang tak tau nak kata apa…
Andai dulu kala orang main judi kuda, sekarang orang main kasino besar gadang…
Waktu dulu duit kopi, waktu sekarang duit ‘bawah meja’ atau rasuah la, sedap sikit bunyi…

Kita tengok sketsa sekejap…Kisah benar yang pernah berlaku pada tahun 1996…
“Jom pergi dangdut, aku sediakan baju dengan kasut yang serba canggih ni. Siap stokin sekali. Apa lagi yang kau nak? Kau tinggal datang je.” Kata Samad.
“hmmm….tak nak aku…buang duit, buang masa.” Balas Said.
“Eh…duit ada…kita orang sediakan kau tinggal bawa badan je.” Kata Samad.
“Kenapa kau mesti ajak aku? Kan ramai lagi kawan-kawan yang lain?” Soal Said.
“Sebab kau jenis orang yang ‘boleh bawa ke tengah’…kalau aku bawa kau, kita boleh tengok dekat meja mana paling ramai sekali perempuan mari…muka kau ada ‘market’. Dah la jom la…jangan banyak tanya.” Samad beriya-iya mengajak.
“Kalau aku nak perempuan , aku dah ada bini…untuk apa cari betina?” Soal Said lagi dengan penuh keberatan.
“Kau duduk jauh dengan bini…nak sampai kat rumah dah berpeluh-peluh dah…haha…” Sinis sindiran Samad.
“Apa je lagi yang best? Said menduga hati Samad yang tak pernah putus mengajak ke arah itu.
“Ada banyak lagi…air bukan air sirap yang kau minum selalu…air faham-faham je la. Duduk dalam bilik air-cond.haa…pe lagi.” Balas Samad dengan penuh godaan.
“Ok…sejuk la bilik tu kan?” Soal Said berpura-pura tidak tahu apa itu air-cond.
“Sejuk…tak panas cam bilik ni.” Balas Samad.
“Macam ni la Samad…Kalau aku pergi, hari ni aku duduk dalam bilik sejuk dengan kau…hari esok aku duduk dalam bilik panas yang menggelegak. Kalau aku kenal pangkal jalan. Alhamdulillah…kalau aku tak kenal…lebam mayat aku nanti.” Said membalas kata-kata Samad dengan tenang.
“Pedas la…aku pergi dulu la…nak cari air…pedas sangat dah ni.” Samad berkata sambil berlalu.
Melihat pada drama tadi. Anda dapat lihat dengan mata terbeliak dan terbuka bahawa…
ketika orang memilih untuk menyedapkan tekak dengan air kencing syaitan. Anda pilih air sirap.  Ketika orang selesa duduk dalam bilik berdingin hawa. Anda lebih seronok duduk dalam bilik berdebu panas. Sewaktu orang berasa malu untuk mengatakan tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biarpun ketika usia mencecah kubur kata mari. Anda memilih untuk terus mempertahankan maruah diri dan agama daripada zina kerana yakin akan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu.
Tatkala orang memilih untuk pecah amanah dengan bahagianya memakan apa sahaja yang nampak halal walhal haram puncanya. Anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal dicelahan syubhah dan haram yang tersebar luas. Walaupun anda dianggap bodoh kerana tolak ‘rezeki’ depan mata...
Semasa orang memilih untuk berpenat lelah menapak menuju ke KL Sentral, Mid Valley, Sunway Pyramid, KLCC, Bukit Bintang, Times Square, dan Plaza Low Yat...hanya ingin berhujung minggu dengan berkaraoke dan makan Pizza Hut, Secret Recipes, McD, KFC dan seibu bapa dengannya. Tetapi anda memilih untuk menapak menuju ke Surau at-Taqwa, Surau al-Jannah, Masjid Sultan Saidina Abu Bakar, Masjid Bangsar, Masjid Ar-Rahman, dan Universiti Malaya, untuk mendengar ceramah ilmu. Selain itu, anda juga memilih bilik rakan-rakan yang mengikat hati dengan dakwah untuk turut serta usrah. Anda tidak jenuh mengejar ilmu dan tidak memikirkan tambang dan berat hati untuk ke tempat itu.
Di saat pasangan kekasih sedang main jentik-jentik, geletek-geletek…anda pula terus menjaga, bersabar dan  berusaha yang terbaik dalam mencari jodoh. Anda ingin menjentik dan menggeletek pasangan anda secara sah. Istimewa dan cantik di mata ALLAH…apabila berlayar dengan yang halal.
Ketika rakan-rakan anda enak memakan daging saudara sendiri a.k.a bergosip…anda memilih untuk tidur di hujung sudut kelas…dengan nyenyak…biarlah orang kata anda kaki tidur…dekat semua tempat kerja nak tidur je.
Pernahkah anda rasa tertekan dengan pilihan yang tidak zamani ini?
Pernahkah anda rasa malu dengan pilihan yang tidak glamour itu?
Jika anda menang bergelut…ingatlah bahawa anda ialah orang yang bijak…walaupun yang mengajak ialah para elit cendekiawan…tapi, sedarlah bahawa anda lebih ‘educated’. Anda juga ialah orang yang stress positif. Bagus sekali…
Dalam erti kata lain, pernahkah kita rasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan ISLAM. Jangan pelik dan hairan jika anda disindir, dihina, diherdik, ditindas, dikutuk, dijeling, diperlekeh, diumpat, disinis, diketawakan, dan terasing kerana menegakkan kehidupan berprinsip seperti itu. Lebih dalam lagi, Islam sememangnya asing di zaman permulaannya. Islam juga kembali asing di zaman kemudiannya. Jadi, bersabarlah jika anda dipandang asing apabila jalan ISLAM yang indah ini telah kamu pilih dalam dunia globalisasi.
Lihat saja pada lembaran sirah yang terakam semasa permulaan datangnya Islam. Seruannya menimbulkan rasa pelik dan hairan kepada orang ramai. Penderitaan dan keperitan ini dirasai oleh junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. dengan dihina, diherdik, dilukai dengan batu tajam yang menyakitkan. Ingat kisah bagaimana tapak kaki baginda berdarah. Pelbagai lagi untuk diungkapkan, dan sudah pasti ramai yang mengetahuinya. Ini menunjukkan Islam ganjil dan terasing di awal kedatangannya.
Keganjilan ini tidak menyebabkan rasa tersisih, malu dan rendah diri. Malahan Baginda s.a.w. dan sahabat meneruskan perjuangan selangkah demi selangkah dan akhirnya berlangsung transformasi ke arah kecemerlangan iman. Keganjilan mereka di mata manusia bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza dengan yang ramai. Sedikit yang melakukan kebaikan.
Golongan yang ganjil ini dikatakan lain dari yang lain kerana mereka menyeru kepada kebaikan, apabila manusia lain pula berada dalam zon selesa dipeluk barah sosial kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup. Mereka beramar makruf dan bernahi munkar…maka, mereka menjadi golongan minoriti. Di samping golongan majoriti yang lain.
Golongan minoriti yang ganjil ini ialah ‘ghuraba’. Rasulallah s.a.w bersabda bermaksud : “Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ‘ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini.” (hadis riwayat Ibn Asaakir).
Baginda ditanya, "Siapakah orang yang asing itu?" Baginda menjawab, "Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak" (hadis riwayat Abu Amr al-Dani daripada Ibn Mas'ud).
 Jika saat kita bahagia memilih jalan salah dengan senyuman melebar…hakikat sebenar hati kita merasakan sangat sakit. Dunia ini pendusta yang sangat setia. Dunia boleh jadi indah jika kita benar-benar memaksudkannya. Dunia juga boleh jadi pemisah jika kita lupa akan fungsinya. Dunia akan bermakna jika dijalani hanya kerana ALLAH…dimanfaatkan untuk akhirat…
Namun begitu, kita juga perlu “MIND YOUR WORDS” jangan mudah menuduh orang yang sedang melakukan kejahilan itu, kita selayaknya membenci perbuatan tersebut bukan membenci orang yang melakukan perbuatan itu, jangan terkeliru dan terperangkap dalam dua hal ini… Ingatlah, kerana hidayah milik ALLAH…siapa awak, hamba je…nyawa pun ALLAH yang pegang…hati pun ALLAH yang pegang...bila-bila masa saja boleh berubah apabila berdepan dengan dugaan.
Saat ingin menegur…tegurlah perbuatan mereka dengan cara berhikmah.
Sesuai dengan firman ALLAH : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-Mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl : 125)
Tahniah diucapkan kepada jiwa yang telah berubah dan merubah. Jiwa yang telah kembali pada-NYA. Jiwa yang telah jauh meninggalkan kejahilan…anda berjaya mengotakan janji bahawa solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana ALLAH. Tahniah kepada jiwa yang telah terukir keikhlasan yang sukar dicari. Jagalah keikhlasan itu dengan penuh tertib dan kukuh.

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu , dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Al Fajr: 27-30)

Orang yang bahagia dan ikhlas itu rasa bersedih tatkala ALLAH tidak mendatangkan ujian dan dugaan dalam hidupnya…jadilah seperti Rabiatul Hadawiyah…

Lagi satu, manusia sentiasa rasa muda semasa membuat dosa…namun, tidak pernah tua untuk bertaubat...maknanya, ingatlah bahawa kita tidak tua untuk bertaubat…tidak terlambat lagi untuk bertaubat…masih ada waktu…sebelum kunjungnya “expired date”.

Kepada ahli ghuraba…jangan merasa kecil dalam menjadi yang terbaik di mata ALLAH…jangan lemah di saat kau benar-benar kuat dengan tali ALLAH…jangan hilangkan Al-Quran dan sunnah sebagai media hiburanmu…jangan biarkan nafas terhenti tanpa erti. Biarkan sepi dan sendiri dengan ‘keganjilan’ hingga hujung nyawa…asal tak sepi dari kasih dan redha ALLAH.

Nota hati : untuk bahagia dan tenang dalam hidup, kita perlu JELAS dengan matlamat...jelas tentang ISLAM,IMAN,IHSAN...jelas tentang makna hamba...

2 comments:

a.k.a ﻧﻮرﻋﻴﻦ١ﻨﺘﺷﺍر said...

salam 'alaik..

subhanallah... entry yg mntp!!
jom, jg glgn 'pelik'..
rindu nk wat ta'lim ngan najwa ^.^

Bisikan Rahsia said...

insyaALLAH...dalila...pjg umur, semester dpan ye...husna akn bwa daku ke bilikmu...smoga hatiku terikat dgn ilmu...sgt menginginkn mnjadi glgn 'pelik'...sme2 bina kekuatan ye...timekasih...(T_T)...Alhamdulillah ya ALLAH...