Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Sunday, February 7, 2010

Sikap Si Buruk siku

Kementerian Pelajaran Malaysia cuba tindas pelajar miskin. 
Walaupun berita ni isu bulan lepas. Tapi, aku nak ungkit juga...

Kementerian Pelajaran telah mengedarkan satu surat pekeliling pada akhir tahun (2009) dan dikuatkuasakan pada awal tahun 2010. Pekeliling tersebut menguatkuasakan peraturan baru untuk sekolah-sekolah berasrama, termasuklah sekolah berasrama penuh (SBP) mengenai peruntukan makanan dan beberapa perkara lain bagi tujuan penjimatan dan mengurangkan subsidi KPM ke sekolah berasrama.

Antara peraturan itu, mengurangkan bilangan hari pembekalan makanan dari 250 hari kepada 200 hari setahun, mulai awal tahun ini, Ibu bapa yang mampu, dikenakan bayaran RM3 sehari untuk 200 hari setahun. Turut dikuatkuasakan mulai tahun ini ialah peruntukan yang ada kaitan dengan pelbagai aktiviti seperti kokurikulum, kelas bimbingan tambahan, bantuan kepada kanak-kanak miskin dan beberapa perkara lain yang boleh menjejaskan kepentingan pendidikan dan sahsiah murid-murid. 

Habislah segala Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tiada maknanya lagi ayat "...mewujudkan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah..."

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr Zulkarnain awang menegaskan atau menegakkan, peraturan baru itu bertujuan mengurangkan bebanan subsidi Kementerian Pelajaran dari 1.4 bilion kepada 1.2 bilion setahun, (bilion yang lain pergi kat sape, Rosmah ekkk.....) Bagaimanapun, peruntukkan jumlah hari bantuan makanan itu telah ditarik balik dari 200 hari kepada 240 hari, iaitu kurang 10 hari daripada tahun-tahun sebelum ini.

Beberapa bantahan telah dibuat oleh ibu bapa termasuk dua buah kesatuan guru iaitu Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung (KGLMSM).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohamad Fuad Zakaria menyatakan penarikan balik peraturan itu kerana menimbangkan kepentingan pelajar-pelajar terutama pelajar-pelajar miskin dari segi kepentingan pendidikan dan keselamatan mereka di samping ada bantahan dari ibu bapa dan persatuan guru. Aku yakin, tanpa bantahan ibubapa dan persatuan guru ini, peraturan tersebut akan terus berkuatkuasa. Pada peringkat awalnya (sebelum ditarik balik) arahan itu, pengetua-pengetua sekolah peringkat asrama penuh telah mengarahkan pelajar-pelajar mereka balik ke rumah setiap cuti hujung minggu kerana tiada makanan yang disediakan pada hari sabtu dan ahad, seperti mana hari isnin hingga jumaat. 

Mengapa terjadi perkara seperti ini, tidak pentingkah perihal lapar murid-murid? (Pentingkan perut ko dan perot kroni ko je...
mana pergi hati perut hah, 
perut je tinggal hati takde...hape daaa)

Yang menjadi tanda tanya dan menyedihkan, kerana ketika Kementerian Pelajaran mengeluarkan peraturan awal itu, tidakkah mereka sedar bahawa tujuan utama peruntukkan SBP ialah untuk membantu  pelajar-pelajar cemerlang di luar bandar yang miskin untuk mendapat peluang yang sama dengan pelajar-pelajar bandar yang lengkap dan sempurna serta berkualiti berbanding pelajar-pelajar sekolah luar bandar.

Jika kemudahan yang telah diberikan kepada SBP itu ditarik balik, bermakna cita-cita kerajaan yang asal telah musnah. Selain daripada kemudahan akademik dan kokurikulum menurun, murid-murid ini terpaksa balik ke rumah tiap-tiap hujung minggu. Bukankah ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa yang rata-rata kurang mampu. Terutamanya bagi anak-anak mereka yang tinggal jauh. Contohnya, dari Melaka atau Johor balik ke Selangor...

Tambang balik kampung bukan pakai air liur je, 
keselamatan dia orang lagi, macam mana? 
Malaysia ni Balai Polis banyak, penjenayah pun banyak.

Saya yakin jika peraturan ini tidak ditarik balik, kemungkinan pelajar-pelajar SBP tahun akan datang merosot pencapaiannya kerana tidak tahan dengan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa di samping bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka berulang alik setiap hujung minggu. Harapan aku agar KPM dapat mendokong sepenuhnya FPK dan SBP diwujudkan untuk membangunkan sosio-ekonomi rakyat miskin luar bandar yang hampir dimonopoli pelajar Melayu.

Kerajaan belum muflis lagi dan banyak benda-benda lain yang kurang penting boleh dikurangkan bajetnya tetapi bukan dalam sektor pendidikan terutama projek SBP dan projek Luar Bandar. Peruntukan 1 bilion untuk Formula 1 sebagai contoh, yang entah apa-apa nilainya kepada negara dibangunkan, sedangkan sektor pendidikan negara lagi penting terutama dalam membantu murid-murid miskin dan tercicir dalam pembelajaran. Mereka ini, tulang belakang negara yang akan mewarisi kepimpinan Malaysia...(fikirlah!!!)

Dalam keadaan ekonomi yang tenat ini, janganlah melakukan sesuatu tindakan yang memsunahkan masa depan, ambillah suatu langkah jangka masa panjang. Jangan sampai gadai generasi...Dalam KPM sendiri bolah dikaji dan dikurangkan peruntukkannya yang aku rasa sesetengah daripada itu hanyalah membazir dan tidak penting.

Sedih bila dibayangkan, apa yang aku rasakan sekarang ni dalam isu pendidikan pun 'mereka' nak lap dan sapu cukup-cukup sampai nampak licin. Dah semua dana ko amik balik, nak bagi wat cara nak bagi. Tapi, nanti mulalah menjerit tak tentu pasal bila tahap pelajaran anak-anak Malaysia ni makin menjauh dan merosot. (siapa salah cikgu juga)...kesian aku dan kengkawan aku.

p/s : 1 Malaysia...rakyat dipijak, pencapaian tersedak-sedak...

No comments: