Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Sunday, April 3, 2011

Kerja Rumah

Cikgu : Hari ini cikgu nak bagi kerja rumah...

Murid : Alah cikgu ni...saya tak nak buat kerja rumah...malas la...

Cikgu : Senang je kerja rumah cikgu ni...

Murid : Apa dia? Matematik ke bahasa Melayu?

Cikgu :Matematik dan bahasa arab, kamu kena buat 5 kali sehari. senang je...

Murid : 5 kali cikgu...banyak la...bahasa arab???

Cikgu : memang bahasa arab...kerja rumah ni, tak payah tulis kat buku...tak payah tulis kat kertas...

Murid : cakap jela cikgu...best tak kerja rumah cikgu nak bagi tu?

Cikgu : best...boleh main air masa mula-mula nak buat kerja rumah tu...

Murid : main air? macam best je...

CIkgu : memang best pun...main sapu air kat muka, dahi kepala, tangan ke siku dengan kaki...

Murid : aikkk??? cakapla cepat cikgu kerja rumah apa?

Cikgu : kerja rumahnya ialah cikgu nak kamu sembahyang 5 kali sehari...subuh, zohor, asar, maghrib, isyak...

Murid : sembahyang...? saya tak selalu sembahyang, macam dah lupa la...tapi kenapa cikgu suruh main air dulu?

Cikgu : sebab sebelum solat kena ambil wuduk dulu....amik air sembahyang...macam dah lupa...takpe nanti cikgu ajar. balik rumah soalt dengan ibu dan ayah ye.

Murid : mmmm.... (muka kekaburan ditayangkan). Ayah saya balik lambat pukul 2 pagi. ibu pula...

CIkgu : errkkkk.....sayang...jangan sedih.nanti cikgu bantu.

Murid : (tersenyum sayu)

Cikgu : (lagi la sayu)

Nota hati : kerjakerjamacamniorangselaluserahpadaustazustazahhabiskausiapacikgutadikacikgubahasamelayucikgupemulihancikgukajiantempatancikgumatematiktakperluamikbahagian.kaukatakauislamtapitersingkirkemanajawatanislamitu.semuahambakenasampaikanbendabaikwalaupunkaucumaseekorsemut.padakebenaranterasanikmatsyurga.



No comments: