Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Wednesday, April 20, 2011

HILANG

Patah sendiku,
Lenyap roh itu,
Merenung hati
Tidak lagi sejernih apa,
Nafsu melangkah seiring amal,
tersalah guna segala nikmatNYA.

Dia ada suruh buat benda-benda baik,
UtusanNYa pula ajar cara berakhlak,
Tapi asyik terlupa.
Kenapa?

Posisi hilang,
Leka kembali dalam perjalanan,
Kesibukan dunia baru selang beberapa detik,
Payah untuk rangkul yang tersembunyi.

Pindah masuk dalam mata hati,
Egoku meninggi,
Bongkakku bertambah-tambah,
Kekosongan jiwa ini semakin menghimpit,
Tak faham-faham lagi.

Puncak kasih,
Lelah redah,
Rebah sudah,
Lemah tabah.
Jangan berhenti melangkah.

1 comment:

Anonymous said...

salam 'alaik..

mencari yg hilang
jauhkah kaki p'lu mlangkah?
tinggikah gunung yg p'lu didaki?
dalamkah laut yg p'lu diredah?

andai yg hilang itu kkuatan
andai yg sirna itu keikhlasan
andai yg pudar itu harapan

bukan jarak pmisahnya
bukan tinggi pghalangnya
bukan dalam ukurannya

mncarinya di dalam hati
muhasabah koreksi diri
kenal letak cinta Ilahi
yg b'sepai dek nafsu duniawi..

>> bukanlah kbahagian dlm da'wah itu dgn hitungan majlis yg dihadiri, tp kberkasanan yg mmbekas di hati, ukhuwah yg kita yakini...maka apa yg kita cari dan apa pula yg kita beri?

allahua'lam.. salam rindu =)