Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Sunday, July 25, 2010

Nama Saya : Kutip bin Buang

Al-kisah...toyib...Masa zaman kanak-kanak di kampung Batu Pahat...

Aku melihat seorang perempuan sedang menyapu...
Dia menyapu setiap pagi di halaman rumahnya,
Dengan penuh keayuan,

Aku memerhatikan,
Ada seorang lelaki suka menegur dia,
Memberi salam dengan semangatnya,
Tapi kau tetap menyapu,
Hanya menjawab perlahan salam lelaki itu,
dan sambung menyapu,
Perempuan itu tidak suka sampah dan kotoran.

Ada seorang lelaki lain,
Melemparkan senyuman padamu,
Dengan hati berbunga-bunga lelaki itu berharap,
kau memalingkan muka perlahan,
sebagai tanda malu,
Perempuan itu masih lagi dengan penyapu dan sampah-sampahnya.

Di  rumah sebelah lain pula,
Aku melihat seorang tua sedang mengutip sampah di anjung rumah,
Dia tekun memerhati kesucian simen anjungnya,
Agar tidak dicemari walau secebis kertas mungkin.

Tertunduk-tunduk atok membersihkan kawasan,
Cucu pula buang sampah,
Buang dan terus buang sepah-sepah.
Biarlah atok penat dan lelah.

Aku melihat lorong Parit Punggor Mesjid dimasuki oleh suatu kenderaan,
Rupa-rupanya satu lori busuk,
Terkedek-kedek bergerak perlahan,
Lori itu juga mengutip sampah.

Ada pula empat orang abang turun mengutip sampah bawa ke belakang lori,
Panik terhadap bau busuk,
Sudah tiada lagi,
Sampah itu sekarang sudah wangi bagi empat orang abang itu.

Aku dengar orang kata biar busuk badan dan baju,
Asalkan duit wangi,
Duit halal.

Empat orang abang juga tetap sama,
Terus mengutip dan mengemas sampah,
Bahagikan mana yang kertas-kertas satu tempat,
barangkali untuk dikitar semula.

TIGA SITUASI YANG SAMA DENGAN RUTIN YANG SAMA...
seorang perempuan sedang menyapu, seorang tua sedang mengutip sampah, sebuah lori mengaut sampah.

SEMASA MEREKA MEMBERSIHKAN...Pada masa yang sama juga... 
PESTA BUANG SAMPAH JUGA BERLANGSUNG...

Ada kanak-kanak yang membuang sampah gula-gula,
Ada orang lelaki membuang putung rokok sambil menghentakkan kaki dan pusing-pusing sikit,
Lalu pula seorang kakak dengan sengaja buang tin kosong minuman berkarbonat,
Datang Ah Peng jual ikan...Pon..Pon...Pon bunyi hon motosikal buruknya,
Ah Peng jual ikan balut pakai surat khabar...
Lepas itu, kalau surat khabar lebih dia buang macam itu saja...
Sama juga makcik-makcik yang baca kertas iklan jualan murah,
Sudah baca biarkan sepah berterbangan kertas itu ditiup udara.
Ada pula budak sekolah beli air cincau dalam plastik,
Lepas itu buang dengan penuh gaya bajet macam SUPERSTAR...

Sampah melebihi tong sampah

Sama-samalah kita menjaga kebersihan kerana saiz sampah bukan sebesar kuman untuk sangat sukar kita masukkan ke dalam tong sampah...hinggakan biar berterbangan...janganlah begitu wahai sahabat. Biar muka tidak cantik tapi menjaga kebersihan, biar muka tidak kacak tetapi menjaga alam sekitar.


Nota kecil : Kalau banjir jangan salahkan parit tersumbat...
salahkan siapa sumbatkan parit tersebut...
sekian terima kasih...

No comments: