Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Sunday, March 6, 2011

Semut Hitam, Batu Hitam, Malam Kelam...


















Apa makna tajuk entri ni sebenarnya ye?
"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di dalam keadaan malam gelap."
Akak nak cerita tentang ikhlas...

Subhanallah, cuba adik bayangkan halusnya ikhlas...macam semut hitam atas batu hitam dalam malam gelap. nak cari semut yang warna coklat dekat atas batu putih siang-siang hari pun payah...
mari LURUSKAN NIAT.

BERJUANG DEMI PENUH...
Penuhkan hati dengan ikhlas kerana ALLAH...BUANG RIAK JAUH-JAUH
Adik-adik...Ramai orang yang berjuang untuk mendapatkan tahap amal yang ikhlas...tapi perjuangan ini tidak nampak dengan mata kasar, tidak perlu pedang dan perisai, kerana perjuangan ini medannya terletak pada hati yang hanya ada iman dan taqwa berperang dengan nafsu...ikhlas ada pada hati, hanya ALLAH saja yang tahu...kadang-kadang kita rasa macam ikhlas, tapi pada mata ALLAH hanya DIA saja yang tahu....kadang-kadang kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi pada mata ALLAH sangat-sangatlah ikhlas.

Ikhlas ini terletak sangat dalam...
kadang-kadang...kita bantu orang dengan sekeping syiling dua puluh sen tanpa disedari, ALLAH memandang kita dengan rahmatnya...kadang-kadang, kita memasuki majlis ilmu tetapi timbul perasaan bajet baik, bajet akulah yang paling mulia dalam majlis ini...sudah menumbuhkan riak...riak juga halus...dua sifat ini saling berlawanan...siapa yang memandu...kitalah tuannya.

Adik-adik...jangan bagi ruang kepada riak itu berbunga dihati...apatah lagi bertaman bunga di hati...
indahnya ikhlas itu menghilangkan hijab hamba...meneruskan segala mudah lancar...memadamkan hasrat syaitan menembusi hati-hatimu...

Tapi adik-adik...
Sebenarnya kita bukan menyerah kalah begitu sahaja dengan membiarkan hati berkawan dengan syaitan musuh yang nyata. kita berjuang untuk ikhlas...mujahadah...disebabkan kita nak berjuang untuk luruskan niatlah, kita juga dipandang oleh ALLAH...pinta padaNYA, maka kuatlah dirimu...

Akak ada sebuah kisah...tentang Ustaz Ibrahim Libya yang namanya terukir pada tragedi berdarah Memali...nak tahu kisah sebenar sila beli dan baca buku ini MEMOIR TRAGEDI MEMALI... Semasa beliau ingin memberikan ceramah di luar...pemandunya dan beliau sedang menuju ke tempat itu...terdetik di hati Ustaz Ibrahim Libya, berapakah bayaran akan diterimanya nanti selepas memberikan ceramah...? tiba-tiba, beliau terus menyuruh pemandunya berpatah balik ke rumah pada saat itu juga...di lihat, rupa-rupanya beliau sedang mendirikan solat sunat dan dalam sujud menangis-nangis memohon ampun pada ALLAH atas lintasan niat hatinya...beliau melakukan solat sunat itu kerana ingin meluruskan kembali niatnya...BAGAIMANA DENGAN KITA???

LETAKKAN PEMIKIRAN PADA SEPATUTNYA
Adik-adik....selalu akan berfikir, kerap merunsingkan kepala otak, sering merisaukan hati dengan...bicara soal cinta yang selalu digambarkan terkait pada lawan jenis...
***sebab tulah pentingnya menjaga pandangan (AN-NUR:30 &31)...mata jangan nakal-nakal...***

akak nak tanya, macam mana pula dengan  soal kerisauan kita pada keikhlasan hati urusan semasa beramal kepada ALLAH, kerunsingan kita soal amal yang bermula, berlangsung dan berakhir dengan niat kerana SIAPA? ...macam mana pula akhlak kita bersama ALLAH...kenapa kita tidak memenuhkan masa dengan zikir mengingati ALLAH. kenapa kita sering persoalkan benda yang memang tak pasti...mintalah hati baru pada ALLAH...hati yang bersih...

BENDA MUDAH TAPI SUSAH
Sebenarnya yang buta itu hati, bukan matamu...
Mata memang menipu, cuba adik tengok...duit berjuta-juta depan mata...mesti rasa nak rembat sikit...tak amik 6 juta...dapat rembat  seribu pun jadilah...cuba kerja part-time dekat SecuriForce ke...Armour Security ke...kerja yang angkut-angkut duit bawa pergi mesin ATM. tengok iman goyah tak goyah...duit bila seringgit dua...memang tak berhantu...cuba tengok duit bila dah berkepok-kepok 100 juta tunai depan mata... boleh jadi buta.

Di situlah kita lihat pentingnya hati yang tidak buta...
sebab hati tak butalah adik tak teruskan niat merembat duit yang berhantu itu...

begitu juga titik hitam dosa yang selama ini mengaburi mata hati dalam beramal...
yang boleh membutakan HATI jika tidak ikhlas padaNYA... 
teruskan menjaga hatimu agar tidak buta...yang lama kelamaan akan MATI.

ALLAH BAGI SEMPURNA, KITA BAGI...
Lihat firman ALLAH dalam surah An-Nahl ayat 66,
"Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang yang meminumnya."

Subhanallah, kasihnya ALLAH pada hambanya...nikmat yang dikurnia tiada tara...walhal pada laluan susu itu sebelumnya terdapat tiga tempat laluan...najis,darah dan susu. ALLAH hanya bagi susu saja untuk keluar agar mudah umat manusia meminumnya dengan penuh nikmat dan khasiat. ALLAH tak campurkan sedikitpun dengan najis atau darah. ALLAH bagi segala kebaikan buat hambanya. ALLAH bagi yang terbaik...sangat-sangat baik...mang baik la...infiniti...tak terkata...

TETAPI!!!
kita hambaNYA...hanya mampu bagi apa???
Kita bagi...kita hadapkan pada ALLAH amal kita yang entah apa-apa ni...
amal yang bercampur aduk dengan riak,ujub,hasad dengki,berpura-pura, tidak khusyuk, celam-celup, naik turun, tidak serius, cintakan dunia dan seadik-beradik dengannya.
kita campurkan najis dalam amal kita...
kita campurkan darah dan nanah dalam amal kita...
kita biarkan membarah busuk...
kita tunjuk pada ALLAH amalan yang sia-sia...
sedangkan ALLAH bagi pada kita yang terbaik...
Fikir-fikirkan dan selamat beramal dengan IKHLAS...

Nota Hati : Sebelum datangnya ikhlas perlu adanya faham...faham agama,tahu agama, maka akan wujud perasaan mahu agama...dalam itu hadirkan hatimu untuk ikhlas...(jika ada silap dalam penulisan tolong tegur)

Nota Amali : Mahu khatam Quran dan Maksudnya selama sebulan...? caranya ialah, baca 4 muka surat setiap lima waktu dalam sehari dapat 20 muka surat...amalkan setiap hari baca 20 muka surat itu...InsyaALLAH khatam akhirnya, tapi ingat... khatam berserta maknanya ye...pandang maksud setiap ayat dengan hati, jangan setakat curi-curi pandang je...Membaca Quran ialah salah satu cabang iman yang berhubungan dengan lidah...

No comments: