Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Thursday, March 11, 2010

Pelayaran Kita Bukan Hanya Untuk Kita...


Pada suatu hari, adalah dinamai sebuah kapal sebagai Tulang Air. Sebuah kapal pelayaran yang ingin menuju ke Selat Tebrau, Selatan Tanah Melayu...Alam kapal itu dibelah dan bahagikan kepada dua bahagian.
              
Ruang atas dinamai sebagai Tempat Atas... Ruang bawah dinamai sebagai Tempat Bawah... 

Tempat atas didiami oleh Orang Atas, halnya sangat mengaitkan keberuntungan bagi pihak golongan mereka. Merasai nikmat terang cahaya...menikmati keindahan alam, Subhanalallah...Alhamdulillah...Golongan atas sangat menitikberatkan keindahan, mereka yang menikmatinya sentiasa senang selamanya. tidak haus atau dahaga...tidak derita kerana petunjuk yang ada. Kesenangan yang diperolehi adalah kerana adanya kebaikan Orang Atas yang suka akan ilmu dan amal. Mereka cuba mencapai tahap yang tinggi dalam amalnya...walaupun ilmu yang ada nilaiannya bagaikan hanya setitik air di lautan ini.

Namun, Orang Atas juga mengetahui dan menyedari akan kehadiran Orang Bawah...yang ada di ruangan bawah. 

Orang Bawah pula berkeadaan sangat gelap ruangannya, dengan sesak ramai bilangannya...berpeluh-peluh dan kepanasan mereka di bawah itu...Dalam kepanasan itu, mendatangkan amarah, kepenatan dan kehausan...hatta, Orang Bawah pula segera tenaga mengorek lobang pada kapal itu...agar mereka berjaya mendapatkan air membasahkan tekak.

Orang Atas mengetahui akan hal ini, mereka teramatlah risau akan keadaan apakah yang bakal terjadi pada kapal Tulang Air ini nanti...

tentulah akan tenggelam...jika Orang Bawah melakukan kesilapan dengan megorek lobang. Orang Atas pun akan turut merasa balanya. Kapal bahtera pelayaran itu tentu akan tenggelam dan karam begitu saja.

Orang Bawah sentiasa terus-menerus mengorek lobang dari besar  mata jarum hingga sebesar  ibu jari.

Orang Atas berasa kerunsingan, mereka memanggil Orang Bawah untuk ke atas. Mendapatkan cahaya bersama-sama, begitu juga menghilangkan dahaga. Maka, dengan itu lobang yang dikorek berjaya dibaiki semula dan kapal tidak hancur malahan Orang Bawah beroleh hidayah.


Perumpamaan cerita :  Kita hidup di dunia ini bagai pelayaran sebuah kapal...kita perlu saling ingat-mengingati...supaya tidak tersasar jauh dari landasannya, kerana zaman ini...ramai yang duduk di ruangan Orang Bawah berbanding Orang Atas... Orang Atas juga perlu menghulurkan tangan pada Orang Bawah bagi menyelamatkan ummah. Orang Atas pula janganlah terbang terlalu tinggi bagai Sang Helang hinggakan lupa memandang pada Sang Pipit di bawah.

Persoalan : Apakah masalah Orang Bawah...adakah mereka tidak teringin untuk menemui cahaya kebenaran bersama Orang Atas? sehinggakan perlu mengorek lubang yang menghancurkan bahtera...

p/s : Orang Atas...orang yang menginginkan kebaikan dunia dan akhirat. Orang Bawah...orang yang menginginkan kesenangan padahal mereka dalam kegelapan.

No comments: