Dunia menjelma gelap,
Hujan pula menghentak lebat,
Bukan lagi rintik-rintik,
Segalanya masih tetap.
Walaupun hari ini aku lalu,
Tanpa dungu,
Tidak boleh pergi bebas,
Masih terperangkap dalam kotak-kotak,
Berfikir tentang pendahuluan,
Entah isi,
Sampai penutup.
Ini akhiran,
Itu tingkah diperbodohkan,
Mengacau konsentrasi,
Kecewa dengan sendiri,
Tidak mampu dipegang kerna maruah.
Tika hari-hari kehujanan,
Datang memelukku,
Menyiksa melalui malam,
Tika hari-hari kehujanan reda,
Melepaskan aku dari pelukan,
Perlahan-lahan,
Sedikit demi sedikit,
Tamat.
Belum lagi tamat,
Meronta keperluan,
Hentikan kehendak,
Hujan yang jatuh,
Tidak mungkin tidak untukku terikut jatuh.
Kenangan mentah tidak selayak menjadi alasan,
Bawa sahaja,
Cukup berbasa-basi buat kaki melangkah maju,
Bahkan tiada usaha melarikan diri.
Hujan turun kembali,
Melihat wajah-wajah gembira,
Jalan cukup,
Terus tertawa biar tanpa kekuatan.
Hujan selalu jatuh,
Sehingga akan mengulanginya lagi,
Hujan berhenti,
Saat itulah aku berhenti juga.
Najwa Tahir : Mana ada benda boleh berubah sehari dua, tapi sebab DIA mesti aku boleh punya...dosa lalu memang macam bayang-bayang, aku lari, dia kejar...tapi...janganlah sampai paranoid gitu...amik tikar sembahyang, tambah doa dengan tasbih sikit...mesti kenyang. Takkanlah sampai nak kena campak kain kapan depan mata baru aku nak faham...hish, apa nak jadi aku ni...
2 comments:
Salam..buat wa yang dirindui..Wa,jagan patah semangat..memang kita sebagai seorang insan ada masa lekanya..iman itu naik dan turun..tapi bersyukur kerana Allah memberi kite merasa ketidaksedapan hati di kala hati mula gersang dan penuh dipalit dosa2..itu tandanya Allah sayang pada kita,Allah bg hint pada kita bahawa ada kesilapan n noda yang diri dah buat,Dia suruh perbaiki,perbaiki nterus perbaiki.berusaha wa..ayuh.jom kite semua berusaha
pendayung sudah di tgn.....jasad sudah di dalam sampan...tinggal teruskn jalan...sambil bawa bekal taqwa...timekasih diba...
Post a Comment