Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Saturday, May 21, 2011

PENDOSA

A053
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar : 53)



DOSA BERNISTA BERBALAS 
BEKAL BERINGAT-INGAT
Sekilas mata memandang dan membaca tafsiran ayat ini. 
Ibarat waktu berhenti. 
Kosong paradigma jiwa plastik.
Sendi nafas dunia itu mulai mematah. 
Masuk ke dalam...aku selam biar lama dalam kelamaan. 
Bukan membuang masa tenaga.
Membetulkan diri sendiri yang semakin melencong. 
Ingin mengambil peringatan dalam Quran. 
Buat bekal yang akan aku kendong.
Aku seorang pendosa.
Tapi DIA tetap menerima.
Selagi masa itu belum tiba.


DOSA BERBAKUL-BAKUL


Ya ALLAH...indahnya surat cinta kau hadiahkan buat hamba-hambaMU...Jika kita membaca Quran hanya untuk melengkapkan khatamnya...Hanya ingin menunjuk depan mak mertua...Cuma ingin melatih taranum dan qiraatnya...Apa yang kita dapat? Jika kita membaca tafsirnya hanya sekilas lalu, sepantas kilat tanpa melihat dengan hati...apakah haluan akan terselamat? Mari kita menelaah makna ayat ini (Az-Zumar :53)...yang menunjukkan MAHA PENGAMPUN dan MAHA LUAS RAHMAT ALLAH.


"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)..."


Kita dapat melihat perbuatan 'melampaui batas' ini tergambar dalam diri kita. Betapa hina,keji,bodoh, kejamnya manusia yang mengaku berjawatan...berpangkat... hamba dan khalifah...telah menzalimi diri sendiri. Sampaikan usang jiwa hati kita. Sampaikan hati ini dibiarkan saja diperangi tanpa putus asa sampai lumat dan remuk oleh syaitan yang diakui sebagai musuh utama... Jauhhhhhhh........sauh kukuh yang patut bersangkut pada PENCIPTANYA... Ya...saban hari kita bermain dengan hal dunia...adakala kita ingat ALLAH, ada kala kita lupakan DIA...sekelip mata...sebab nampak permainan dunia. Umpama seorang kanak-kanak pabila nampak mainan...lupa jeritan mak ayah suruh mandi...


Jika tidak dicari hati baru...maka, selama itu kita masih tetap menzalimi diri kita sendiri...Kita melampaui batas terhadap diri sendiri...tanpa rasa malu, menceroboh hak yang bukan hak, melakukan jenayah riak, mengaktifkan denyutan jantung ujub dan hasad dengki, menyambung perkara jahat, membiarkan mata melihat penzinaan dan perkara meghampiri zina berleluasa dengan jayanya, rasa 'best' datang kelas lambat, rasa seronok buat maksiat...takut amar makruf nahi munkar...Sampai rasa BIAR ALLAH HILANG, JANGAN KEDUDUKAN AKU HILANG!!! Nauzubillah... Siapa pernah merasainya...Mari sama-sama kita ingat bahawa...CUKUPLAH ALLAH BAGIKU...dan ingatlah ALLAH BERSAMA KITA...


Kita membiarkan seketul daging ini terus membusuk...Mmmm...memang betul, kita seorang pendosa..., tiada manusia yang sempurna...tapi, takkan selagi kita hidup selagi itu mahu teruskan warna hitam mengawal putihnya jiwa yang penat ditarbiyah dengan bersungguh-sungguh. kita hirup udara yang sama...kita dalam nafas yang sama...semua sedut oksigen...takde siapa sedut karbon dioksida kecuali daun. Semua dapat 24 jam...tapi macam mana jalannya 24 jam itu...adakah dengan melampaui batas? 


Kita tak pernah rasa sedih dan bersalah akan dosa yang menghantui kita...bahkan rasa gembira...parah macam ni...kalau ikut penyakit kanser dah sampai 'stage 4'. Kita terikut-ikut "propa mengada-ada" BARAT...hidup hanya sekali, buat apa jadi orang baik...buat dosa lagi 'best aperrr'...jangan pisahkan kehidupanmu dengan akhirat yang  setia menanti...tapi tidak semua manusia macam ni, sebahagian sahaja...ALHAMDULILLAH ada yang sudah terbuka hatinya...budak-budak baik sekarang ni, biasanya zaman dulu kala atau zaman jahiliyah beliau...ada sejarah gelap atau kelabu-kelabu asap dalam hidup mereka lalui....orang kampung aku cakap  "Something good always come from something bad"...benda baik mula dari benda jahat......taubat seorang hamba bermula dari dosa...cinta hamba pada penciptaNYA bermula dari rasa jauh...dan tidak mahu kehilangan. Hati-hati yang merindui ALLAH....MasyaALLAH...
Jangan risau, wahai kawan,rakan,sahabat,teman...
ALLAH itu maha pengampun...


MAHA LUAS RAHMATNYA DAN MAHA PENGAMPUN


"...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Tengok...ALLAH siap bagi sokongan dan dorongan padu lagi pada kita. ALLAH sudah tahu kita memang suka buat dosa...suka zalimi diri sendiri...macam mana kita melampaui batas sekalipun, keampunanNYA tetap tak pernah putus...siap bagi ayat-ayat cinta pada hambaNYA agar kembali pada fitrah insani...ALLAH tetap sayang pada kita, bagi kata-kata semangat bukan sekali dua...tapi kerap kali, contohnya... kita dengar azan...lima kali sehari, semangat mesti naik semula, lagi-lagi bila iman diuji... contoh lain lagi, kita semua ada Quran pada tangan dalam hati...sangat-sangat indaDIA MEMANG KEKASIH AGUNG... selalu membantu hambaNYA, memberikan peluang dan kesempatan, ampunan ALLAH tidak berhenti dan tertutup...kaunter taubat sentiasa dibuka...selagi belum tiba hari yang dijanjikan...Malu kan? sebab ALLAH tetap cinta akan kita, sayang akan kita...walaupun kita tiap-tiap hari menabung dosa...


Begitu sempurna ayat ini...betapa BAIKNYA ALLAH dengan kita...akan tetapi, kita sebagai hamba selalu tidak bersyukur...
"alah...muka aku nampak bulat, ade jerawat...bla..bla...and so on"  wahai saudari, wahai saudara...ok apa dah ade muka...kalau tinggal tengkorak je...ape cerita...




AKU PENDOSA

Ya Rabbi,
Ternyata KAU sangat merindui rintihan nista 
Pepayungan penyucian diri hambaMU,
Ternyata KAU menanti-nanti cinta setia hambaMU,
Ternyata KAU menyayangi hambaMU yang membawa dosa tidak terhinggaan ini,
KAU membuka ruang itu...
hanya KAU yang memahami siapa diri ini sebenarnya...
Mata manusia mungkin diri terlihat baik,
Pasti jua terlihat jahat,
Aku ingin dipandang dengan rasa cinta dariMU,
Di mata MU ya ALLAH...hanya itu idamanku...
Aku takut ya ALLAH...
Aku takut jika di mata MU...
Aku dalam hina...
Ya ALLAH...Maha Pengampun...
Tidak pernah putus dan padam ampunanMU,
Meskipun aku sering berpaling alpa,
Aku hilang lara,
KAU tetap memberi peluang,
Aku kembali lagi,
KAU masih menerima,
KAU tidak pernah jemu.
Dengan wajah pura-pura hambaMU ini...
KAU mengetahui ya ALLAH,
Sesungguhnya...
Sebenarnya...
Pengharapan redhaMU ku harap berlayar pada hari-hariku,
Hingga saat mati itu menjemputku...
Sakit ya ALLAH...
saat KAU menjauh...
Berikan aku ujianMU...
biar cinta ini tidak terlerai...
Biar aku terhibur dengan indahnya hidup bersamaMU.


Pesanan : Sebesar zarah...entahlah...tak tau nak taip apa lagi, jari dah menggigil-gigil, seram sejuk, takut, sedih, rindu cinta pada DIA......tengok, ALLAH sangat cintakan kita semua...walaupun kita kaki kumpul dosa...malu sehhh...Astaghfirullah...

SEDIA SETIA








Oh diri...oh jasad...oh jasmani...oh badan...apakah yang berlaku?
Mengapa begini lemah dan sedih?
Tepuk dada...bermonolog lagi sekali,
Segala jadi lesu kerana tempat jatuhnya pandangan ALLAH.
Kurang terjaga...kurang belaian...
Seperti semakin sakit...
Keindahan itu janganlah menjauh.
Ku harap...

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang jahat
BEWARE!!!!!
Golongan yang mengaku beriman kepada ALLAH 
sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman kepada ALLAH
"Dan di antara manusia ada yang berkata : "Kami telah beriman kepada ALLAH dan hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman." (Al-Baqarah : 8)


Bolehkah Aku?
Mampukah Aku?

Aku ingin merasakan keindahan yang berganda-ganda...
Bukan acap kali hanya di air cetek.
Bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Bukan keazaman yang berkarat.
Bukan pantai yang bisa berubah bila ombak terjah.
Bukan penulis yang mati penanya bila disergah.
Bukan hamba yang kalah.

Aku ingin merasa keindahan yang infiniti,
Bila cahaya kemari...
Cinta ke sini...
Cinta Ilahi...

Ya ALLAH...aku ingin keindahan itu merantaiku,
Segala jiwa perasaan yang dirasa pertamanya diluahkan kepadaMU,
Segala masalah yang mendatang pertamanya diminta ilhamMU,
Segala kecundang yang berlegar pertamanya diadu padaMU,
Segala kebuntuan yang menghambat pertamanya ditanya kepadaMU.

Kerana aku mahu merasa keindahan itu...
Aku pilih DIA segala...

Menjadi muzikku...terhibur dan terubat ketika mendengar Kalam ALLAH,
Jauh melebihi dari mendengar nasyid dan lagu biasa, apatah lagi lagu korea yang tidak difahami linguistiknya.

Menjadi asyik dan kemaruk menghafaz Quran, 
berbanding menghafal dan mengingat kata-kata hikmah manusia, apatah lagi lirik-lirik lagu.

Menjadi kesatuan roh dan jasadku apabila menghabiskan masa membaca tafsiran ayatMU
melebihi membaca blog-blog di hadapan komputer riba, apatah lagi menonton You Tube yang lagha.

Menjadi bahagia dan teramat cinta apabila merindui dan mengambil peduli kisah Rasulallah,
Berbanding merindui orang yang tidak merindui aku, apatah lagi risaukan orang yang tidak kisahkan aku. 

Menjadi kegemaran membaca kitab-kitab ilmu agama
Mengatasi kegilaan membaca novel cinta yang nafsu menjadi syaratnya, apatah lagi komik entah apa-apa.

Menjadi obses untuk menghadiri usrah  dan daurah, biar dalam taman syurga mentarbiyah jiwa,
Melebihi menghayun kaki bersiar-siar, apatah lagi membeli-belah membuang wang.

Menjadi ketagihanku dalam bangun malam, temu janji denganMU di kesepian sebelum fajar..
Mengatasi tekad untuk berjaga malam melayan laman sosial MUKABUKU, apatah lagi menonton bola pasukan kegemaran Manchester United.

Menjadi tegar untuk terus bertudung dan berbaju labuh,
Melebihi hanya membalut aurat, apatah lagi mengikut fesyen semasa...

Jujur aku katakan,
Dalam sela umur 22 tahun ini,
Aku masih gagal untuk berdakwah,
Aku tidak berani menyatakan dalam terbuka,terus dan telus,
Atau menghalang dan menegur hal batil dan munkar,
Aku cuma mampu bersikap menegur dengan selemah-lemah iman,
Aku...
Tidak seperti sahabat yang lain,
Untuk bertazkirah...debaran jantung bagaikan meletup,
Untuk mengimami solat...jantung seakan ingin gugur,
Seringkali dirayu dipinta...aku menolak dengan senyuman.
hatiku berkata...
tidak sedia...
tidak layak...
itu antara alasannya.

Jujur aku katakan,
Aku ingin mencuba...
Aku ingin seperti mereka,
Aku mahu sebaris dengan mereka,
Seperti kalimah "Lurus dan rapatkan saf"
Tapi aku masih banyak cacat celanya...
Untuk ke medan mereka...
Masih banyak pembetulan yang wajib dilancar.
Cukuplah sebagai pengikut cuma...

Jujur aku katakan,
Aku hanya mampu berjuang untuk lawan nafsu sendiri, 
Aku cuma berjuang memperbetul hati dalam segala niat.
Itu pun sering kalah dan patah.

Teringin sekali aku melantik ruang tulisan ini ingin sebagai medanku...
Kerana kata-kata barang sekali sukar terzahir...
Namun...aku bukan orang yang layak...
Mungkinkah segala tarian huruf dariku,
Boleh jadi penghiburmu?

Aku : Yang pastinya...Kita semua ada lesen khalifah di muka bumi ALLAH...JOM BETULKAN KATA-KATA 'DALAM HATI ADA TAMAN' KEPADA 'DALAM HATI ADA IMAN'

Thursday, May 19, 2011

WOODLAND WATERFRONT



Abu Mus'ab. Anak jati kota metropolitan. Kota Singa. Jejaka kacak. Kulit putih langsat. Muka lawa. Senyum manis. Badan tegap. Tinggi lampai. Ada janggut. Mata Sepet. Rambut Korea. Berkata lembut sepoi bahasa. Hormat wanita. Hormat orang tua. Tapi, kata orang 'sayang' dia tiada kekasih. Kata orang untung jika berkasih dengannya. Pada Abu cukuplah hanya dirinya yang tahu mengapa tidak berkasih-kasih sewaktu ini. Tanya pada Abu. Mengapa tiada kekasih. Abu jawab. Allah akan mengaturnya dengan masa dalam jodoh.

Abu cuba keluar melihat alam sekitar. Cuti lama. Abu penuntut tua. Abu dah lama bekerjaya. Dahaga ilmu. Kutip di negara jirannya.  Lama juga ditinggal pengajian hafaz Quran di celahan pusat pendidikan tinggi dekat Skudai ini. Dalam tiga bulan. Helaan nafas panjang. Abu lenguh melihat wanita seksi. Abu menyesal keluar hari ini. Abu gemarkan garisan lurus namun abstrak. Abu gemarkan wanita cantik namun terkawal. Habis semua dihafaznya sebab nampak perempuan seksi. Abu teringat kata ustaznya, jangan makan KFC nanti lupa apa yang dihafaz, "nanti ustaz potong rambut kamu sampai botak". Kalau tengok perempuan,  Ustaz nak potong apa agaknya ye?...lagi sekali, kalau tengok perempuan semua seksi-seksi...Ustaz nak potong apa agaknya ye? hmmm....

Abu teruskan melangkah...Abu berhenti sebentar. Abu terlentok di kerusi panjang. Woodland Waterfront. Cantik. Pemandangan indah. Abu keluarkan kamera mahal 'deselar' nenek-nenek panggil. Abu petik gambar sekitar. Abu petik punya petik. Abu. Mata. Sakit.  Perempuan pinggang ramping. Terhegeh-hegeh menghayun langkah. Pinggul terliuk-liuk. Abu penat. Abu. Tutup. Mata. Abu berhenti memetik gambar. Abu banyak kali terpetik juga. Abu padam dan buang gambar seksi mereka. 

Abu alih pandangan. Abu petik lagi...Sebarang petik saja. Abu petik gadis ayu. Abu istighfar. Sebab yang kali ini Abu suka. Abu petik lagi. Abu suka tengok gadis kali ini. Abu nak tutup mata. Tapi Abu tetap mencuri-curi pandang. Abu tengok teliti. hmmm...Tudung tutup. Angin maksiat tiup. Selamat. Tapi. Abu tahu itu dosa. sama saja macam tengok yang kena hinggap lalat tadi. Abu berhenti memandang. 

Abu kata dalam hati. Aku tak layak dengan minah ni sehhhh. Sudah la ayu. Berakhlak lagi. Abu petik gambar lagi. Tapi bukan gadis ayu tadi. Abu petik gambar parkir kereta. Abu tiada kerja. Abu tiada pilihan. Abu sedang mengawal imannya. Abu petik. Abu melihat gadis ayu sebelum ini sedang menapak ke keretanya. Abu lihat nombor pendaftaran kereta gadis ayu itu...Oooo, orang Johor rupanya.

Orang seberang. Pasport jadi pemisah. Kalau nak berumah. Sudikah ke sini. Sudikah ikut suami. Abu membebel  di dalam hati.

Abu teringat-ingat gadis itu. Abu bangun malam. Abu minta ampun. Abu takut murka ALLAH. Abu tak pandai nak berhenti menangis. Abu tahu matanya terbakar siang tadi. Dua-dua indah. Tapi, yang muslimah tu sangatlah indah. Yang kena hinggap lalat itu...Sakit adalah. 

Abu minta izin emak ayah. Minta restu.

Abu hendak meminang gadis itu. Abu tidak mahu jalan belakang. Abu tunggu. Tak boleh jadi. Abu biarkan perasaan begitu sahaja. Abu doa. Abu doa. Abu doa. Abu pergi ikut rombongan dakwah. Abu ikut buat lawatan badan dakwah Singapura ke Johor Bahru. Seff-Perdaus. Ikram Johor. Abu petik-petik gambar. Abu memang tukang petik gambar untuk salah satu badan dakwah Singapura. Abu nampak gadis ayu itu. Abu istighfar. Abu tak pandang. Abu tak nak dapat masalah hati. Rindu. Terbayang-bayang.

Abu cepat-cepat jumpa pengerusi badan dakwah Johor. Abu kata nak jadikan yang halal wanita dalam itu. Takruf. bertunang. Selesai sudah.

Abu menikah. Masa Abu dengan bini sesi batal air sembahyang. Bini Abu salam tangan Abu. Tangan bini Abu sejuk. Abu tahu bininya mulia dan terjaga. Pertama kali pegang tangan lelaki. lelaki itu suami. Abu suka. Abu terasa sangat istimewa. Abu gembira sebab dapat isteri manja kadang-kadang gila-gila. Abu suka dapat isteri selalu suruh ingat padaNYA. Abu suka sebab dapat isteri mahu ikut ke Singapura. Tapi, Abu tak lupa pulang ke seberang juga. Abu suka couple lepas kahwin. Abu rasa semuanya bebas sebab ALLAH redha. Abu suka petik gambar bini dia makan ais krim. Bini Abu makan ais krim comot-comot. Abu lap pakai tisu. 

P/s : Abu Mus'ab dan matanya...pasal abu...tiada kaitan dengan yang lain...Abu pernah berkata...nak tunggu sampai seru. memang lambat. sekurang-kurangnya sumbang sedikit jasa dan bakatmu untuk dakwah. Seperti hebahan, petik gambar, buat video, masak untuk orang-orang yang berprogram. Itu kata Abu...abu juga berkata, bila kata pasal couple, tak sampai seru pun kau dah kecoh mencari...tapi, bila tanya pasal kahwin, kau jawab, tak cukup duit lagi, tak mampu... lepas tu, bila tanya pasal bila kau nak pergi masjid sembahyang berjemaah. kau jawab tunggu sampai seru....Habis.Seru.Entah.Racun.Datang.

Nota kaki : Cari si dia kau lincah kaduk...Cari si DIA kau tangguh-tangguh macam buat fail MQA,macam buat assignment, macam study last minit. (baca buku cerita ini pakai hati)

Saturday, May 7, 2011

SEJUTA CINTA UNTUK IBUNDA



Bila mak dah tiada...
Siapakah yang akan mendoakan aku?

Anak : Assalamualaikum mak, doakan ye...nak masuk dewan periksa dah ni...
Emak : ~tanpa banyak tanya~ kertas apa hari ni?
Anak : Isu dalam Pemulihan...
Emak : Nanti mak buatkan dari jauh...jangan risau, jawab betul-betul ye...
Anak : ok mak...
Emak : dah buat untuk kamu?
Anak : Dah...sudah...nak mak buatkan, kasi lagi aura...
Emak : InsyaALLAH...setiap hari mak kirim doa.
Anak : timekasih mak...(air mata jatuh membanjir)
Emak : Jangan nangis...anak yang soleh jiwanya besar...
Anak : haa....besar mak...besar...mana ada nangis...jiwa besar tak nangis...
Emak : ok la...masuk dengan Nama ALLAH...
Anak : baik mak...Assalamualaikum
Emak : waalaikumusalam...

Tapi...anak hanya sekadar...mmmm....
aku baca buku main-main...
tak belajar betul-betul...
datang kelas lambat
datang peperiksaan pun lambat....
siap tidur lagi masa tengah jawab soalan,
buat 'assignment' pula ala kadar....
Ishhh....aku dah aniaya emak aku...

Tapi....emak tetap tekun di atas tikar sembahyangnya...
Selesai menunaikan solat hajatnya...
Di panjat doa...dengan hati ikhlas...
Diambilnya Quran besar,
Dibacanya surah Luqman...
surah yassin pula menyusul...
Biar anak menjawab dengan bijak...
Dibacanya segala macam surah lain juga...
Fatihah sudah...Ayatul Kursi sudah...
Doanya berlagu di hati...
Doanya berlagu di lidah...
Itulah emak...
Tetap mendoakan walaupun hati kerap diluka,
Tetap bersabar walaupun anak meringik merintih...

Emak, ALLAH nak duga mak...
Siti la...anak emak yang paling susah dilahirkan,
Siti juga la...anak emak yang paling nakal, heee....
Siti paling kuat nangis, 
Siti juga paling kuat ketawa...
memang kuat...sampai 100km pun boleh dengar...
Terima kasih emak...sebab tahan sakit...
sambung nyawa kita bersama...
Terima kasih emak, sebab tahan marah...
Emak mesti banyak bersabar kan...
Hehe.......

Emak, emak, emak, ayah...
Sebenarnya, Siti ada satu cita-cita...
Siti nak jaga emak dengan ayah hingga akhir hayat...
macam mana emak dengan ayah dah buat...
dekat tok cucu, embah wedok dengan embah lanang...
biar hujung nafasmu di ribaanku...
biar tangan ini yang memandikan badanmu,
biar tangan ini yang menyuap makanan ke mulutmu,
biar tangan ini yang memimpinmu,
biar tangan ini yang mengurut lenguh sendimu,
biar tangan ini yang menadah muntahmu,
biar tangan ini yang mencuci berak kencingmu,
biar tangan ini yang menukar lampinmu,
biar telinga ini yang mendengar sakit peningmu...di malam hari...
biar mata ini melihat kulitmu yang mulai kering dan sakit...
lalu, disapu ubat...nanti segera sembuh...
Semoga aku mampu seperti kamu...
Emak dah ajar Siti setiap hari...
Nanti Siti buat macam mana emak jaga embah dengan tok cucu...ye mak...

Emak, terima kasih kerana mengajar aku apakah maksud menjaga orang tua...bagaimana caranya menjaga orang tua yang sakit terlantar...emak, pengalaman ni takde dekat tempat Siti belajar, dekat tempat Siti belajar, takde kelas cara nak tukar lampin orang tua, takde amali cuci  kencing berak orang tua, 'best' buat amali ni...mana ada busuk, wangi je, siapa kata busuk...heee, terima kasih emak.  Percaya dekat Siti untuk jaga embah...

Ayah, anak ayah tengah senyum dekat sini, walaupun sakit jiwa sangat sebab selalu tengok emak dengan ayah dianiaya oleh saudara sedarah sendiri...penat tengok ayah pertahankan emak, syurga ALLAH itu manis...sebab itu kita SEKELUARGA KUAT!!! ayah kata, biar kita anak-beranak makan nasi lauk kicap, janji dapat beli lampin untuk embah, dapat beli makanan sedap-sedap untuk embah...ayah kata lagi, kalau dah kahwin, jaga emak dengan bapak mertua dulu, nanti-nanti baru jaga emak dengan ayah...ayah kata lagi, biar orang fitnah kita...janji hati kena tetap ikhlas pada ALLAH, ayah kata...semua milik ALLAH, bukan milik orang-orang yang fitnah kita tu...kena selalu betulkan niat...biar semangat!


Nota : Ya ALLAH, berikan aku kenikmatan menjaga mereka bila tiba masanya...AMEEN...

Thursday, May 5, 2011

Muflis



Tengok orang buat maksiat.
lantas segera kita mengumpat.
Sama hebat.
Kita papa kedana.
Siapa yang kaya raya.
Mereka yang berpoya-poya.
Jantan betina sama sahaja.
Suka makan daging saudaranya.
Semua orang tahu FirmanNYA.
Tetap tak kira nak buat juga.
Semua orang tahu sabda utusanNYA.
Tetap tak kira nak buat juga.

Wednesday, May 4, 2011

DUA PASTI

 -gambar pertunangan-
Jangan yakin sangat dapat merasa...Maka...Siapkan dirimu untuk Barzakh
(walaupun 'ada' yang dah merasa manis dipinang dalam takruf)

-tanah perkuburan (1) kampung aku- 
Misal kata, sini yang menjemput dahulu...ALLAH saja yang tahu
(insyaALLAH aku pasti ke sini)

Sibuk berangan soal jodoh,
Tenggelam cakap pasal zauj,
Asyik bicara siapa pasangan nanti,
Sedia merancang target tahun perkahwinan,
Hati tergedik-gedik bila tersembul perkataan 'kahwin'?
Seronok memilih calon pilihan,
Penat kadang-kadang melayan.

Hingga terlupa bagaimana kisah ajal,
Alamak...kalendar maut sedang mendekati,
Kelam kabut di sini,
Noktah itu penamat yang dimulai,
Ambil kau pengelamun besi.

Pastikah kamu bertemu jodoh?
Entah-entah bertandang Maut dahulu,
Manis senyuman mungkin jadi kelu,
Selamat jalan dunia dosa...

Ingatlah maut...
Bimbang lain yang terkaut,
Jauh terpaut,
Penat melalut.

P/S : pesanan ini buat semua lagi-lagi untuk aku, sebab kalau kita nak jaga solat dengan khusyuk benar-benar pun payah, ada hati nak cakap "aku sedia untuk berkahwin". Sebab...ada perasaan, takut-takut untuk mengajar adik atau anak buah mengaji Quran, ada hati nak cakap " Aku dah layak kahwin pe?". Sebab kita nak bina masyarakat bukan individu lagi dah...harap maklum...kepada yang sudah selamat...Selamat Pengantin Baru...