Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Tuesday, June 7, 2011

BAWA SESUATU SAHABATKU...




Kehambaran mematikan nisbah yang semakin menipis. Biarpun hanya seorang, tapi kebarangkalian akan datang mungkin boleh menjadi seramai ini atau itu. Buat pertama kalinya aku melihat bintang di dada langit gelap dengan gerak hati yang berlari-lari riang sambil menyapa dan mencuit kelip-kelip berterbangan. Memanggil musim bunga ke dalam hatiku dengan rintik hujan yang mengetuk dinding jiwa. Musim bunga yang bukan dimakan parasit jantan. Musim bunga ini terbina dari aluran kimia yang sama, kasih, gurau senda dan tangan yang menyentuh teramat mesra. Masa, rindu dan musim berubah. Lapangan rangkap luar normal ini membina ideologi abstrak sendiri. Mengharap pada suatu keajaiban mustahil. Keajaiban berlangsung pada tidak putusnya doa dan usaha. Ruang laku pada taqwa temu jalan keluarnya bagi orang-orang yang genggam tawakal pada kekerapan waktunya. Memang benar kata-kata ALLAH.

*************
Sahabatku, kita memang masih merasa hangat darah remaja seawal dari, walaupun mari sekalian sikap dan jiwa belia mamah merasuk. Kegagalan memang sudah lama difilemkan dan ditayangkan, ditonton oleh kita juga sudah. Kita berdarah muda untuk membangunkan kilau jaya dek kegagalan bertahun-tahun lalu, tiada masa untuk menunggu... kita sering berfilosof ,memberontak dan protes sebagai jalan keluar. Ketikan araiku meraikan bahawa memang benar revolusi dipelopori anak muda. Belajarlah dari bumi Mesir...

Aku berada di sisi salah seorang sahabat lama...

Jiwanya memulakan pertanyaan. Bagaimana dengan revolusi yang membawa agama ISLAM? adakah seberani itu semua remaja...Dakwah maksudmu...? Ehemm...benar...

Sememangnya bercawangan antarabangsa, lagi-lagi kembang itu tersedia di mekar merata ibarat senduduk ungu dan jingga....Jawabku berani mati, sejumlah ramainya hati terdidik yang berhajat ada dimana-mana...Terpanggil atau dipanggil, hanya tinggal siap siaga.

Simfoni rasa yang melepas dalam fakta fiksi ragam irama persahabatan kita. Wah! sahabatku ini kehidupan kita, punya nilai untuk disenikan dan diwarnai. Aku membiar jiwanya bertanya...dia bersuara dengan patah kata tanya bagaimana dan mengapa?

Mengapa...Oleh sebab nikmat ingin bertuhan dan bertunduk-tunduk hamba,
Bagaimana...dengan cara tanganku dan tanganmu berpelukan...

Jawabku sambil merenung amazon sungai yang tidak dalam, lalu mata mencuri pandang penerbangan sekumpulan burung merpati yang setia menjaga bilik nelayan kerdil desa ini. Burung juga beramal bersama...

Jangan jadi macam dulu, kita melayan libido semata. Kita yang dulunya dikejar paragon rasa versi hitam. Kita yang dulunya hanya pandai bermain dan permainkan emosi. Kita yang dulunya hidup bak spora mamai. Mari kita berubah...aku ingin 'menjadi diri' bukan sahaja di pengajian. Aku ingin dirimu juga 'menjadi diri'. Ayuhlah sahabatku...Kita yang menyuburkan jiwa kita yang sudah lama sakit.

Jiwanya bertanya lagi, aku juga ingin 'menjadi diri'...tapi bagaimana? ajarkan aku biar dari ABC hingga Z sekalipun...serentak wajahnya menunjukkan kemahuan dan matanya mengenyit tanda setuju. Berikanku sedikit kefahaman yang kau miliki di pengajianmu...bicara lidahnya lancar sambil menatap mataku yang mulai berkaca.

Aku kian memahami maksudnya...dia ingin menjunam ke lembah permata, dia ingin berenang ke tasik cinta hakiki, dia ingin mendaki bukit ketenangan, dia ingin rasaku ini menjadi rasanya. ALHAMDULILLAH, ideologi abstrakku telah menjadi konkrit...mari kita berkongsi...mula-mula kau perlu faham,ikhlas,amal dan bla...bla...bla...telah kubariskan keinginannya untuk itu.

Tapi...dia mengeluh...

Kenapa soalku...???

Kau jauh belajar dalam kota lumpur...aku pula hanya kerdil desa, mengharap kau bertamu pulang di telok ini...Sampai bila?

Talian tetap ada setiap waktu...kau hanya perlu mendail 24434...selepas itu, hubungi aku bila duka, bila celaru, bila keliru....

Dia membalas senyumanku...terlihat gigi putihnya berbaris...dia memahami talian hayat itu. yang selepasnya baru aku.

Macam mana isi tentang istiqamah? ingin faham definisi dan contoh-contohnya...maaflah, sekolah agama tidak sampai ke bumbung atap bicaranya...

Persoalannya tentang istiqamah aku sudahkan, fasa istiqamah, ALLAH suka hamba yang amal sedikit tapi berterus-terusan bukhari meriwayatkan sabda nabi kita. Konsisten dalam amalmu, jika berzikir seusai solat biar sedikit janji kerap. Jangan berbukit tapi celam-celup. Jika bersedekah pada orang, biar sedikit janji ditabung...istiqamah biar serentak dengan ikhlasmu, baru ternilai enak...

dia memandang awan sambil bersajak kecil, dalam nafas sehelanya...
"Inginku bungkuskan awan itu buatmu,  
wahai sahabat semati,
Cuma bimbang sudah tidak menjadi putih lagi."

Aku membalas...
"Seluruh jiwa telah dipersembah,
Semua percaya sudah dicurah,
Biar awan putih kekal memutih,
Biar awan putih kekal di atas aturanNYA,
Cukup cuma, kau bungkuskan doa buatku"

Aku tahu kau ada membawa sesuatu untuk aku...beruntunglah dapat sambung belajar dan dapat bawa kebaikan...tidak paling tidak, bukan mati kecundang kosong tanpa bekal untuk orang di sini...begitulah bicaranya...

Aku mengangguk perlahan sambil hati berbunga-bunga...itulah yang aku bawa, kalimah 'menjadi diri' sudah sepatutnya kita mulakan langkah pertama dan teruskan saja...Pecah nisbah ini untuk terkumpul lebih ramai, cukup dua,tidak cukup tiga, biar bercambah menjadi empat pula...dan seramai mana akan.

Najwa Tahir : Apa yang keluar dari hati akan masuk ke dalam hati...*Jom, kita-kita semua yang sedang dan sudah ditarbiyah hatinya...kumpul kawan-kawan lama masa zaman nakal-nakal dulu...Kita didik jiwa, kita kongsi ilmu, kita bina ukhuwah yang menambahkan iman* Atas izinNYA, kita ubah serigala menjadi ayam, budak nakal boleh bertukar menjadi baik* Tak mustahil untuk membina jiwa itu*

Najwa Tahir nak cakap lagi : Sabar adalah patah perkataan paling murah yang kerap dijual bagi mengubati hati orang yang sedang kecewa tahap dewata. Nampak murah bukan, Tapi, andai kamu mengerti, sabar adalah ruang untuk mencari rasional diri berlandaskan yang hak. Sabar akan terlihat mahal jika kena lawannya pada jiwa yang kecewa itu. Oleh sebab itu, semasa orang tengah ada masalah aku cuma pandai menjawab "sabar..."

No comments: