Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).
Showing posts with label Aku rasa.... Show all posts
Showing posts with label Aku rasa.... Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Serabai

Sang Serabai,
Mengapa bercinta dengan mata terpejam?

Sang Selebet,
Mengapa bercinta dengan telinga tertutup?

Sang Selekeh,
Mengapa bercinta dengan hidung tanpa nafas?

Sang Dungu,
Mengapa bercinta dengan hati bernafsu serakah?

Sang Prinsip Terhanyut,
Sampai terlupa apa sehhhh,.... Jo....doh?
Sampai terlupa ALLAH sayangkan dia.
Sampai terlupa janji ALLAH itu pasti bagi hati-hati yang sabar menanti.

Kekasih Agung sedang cemburu.
Boleh ke cinta kau bahagikan kepada dua?

Kalau sudah kahwin sekalipun,
Jangan berharap sangat kasih sayang suami,
Sebab kebergantungan hanya pada ALLAH,
Sebab kasih sayang boleh dapat dari ALLAH saja,
Suamimu tetap manusia biasa...boleh jadi silap.
Kenapa? tak percaya?
Kahwin la sana...kasi rasa dulu...hihi

Inikan lagi terang-terang bukan yang halal bagimu...
Bahagia ek?
+AKU FOBIA+
+sakit seh+
+macam mana nak sampai+
+Apa-apa hal pun...terlihat serabainya+
+Ya ALLAH...mintak jauh+

.Sedang.diperbodohkan.menjadi.dungu.dengan.panggilan.B+A+B+Y.anda.sedang.dipermainkan.oleh.seorang.lelaki.yang.tidak.berani.kerana.lalu.jalan.belakang.anda.telah.hilangkan.martabat.tinggi.seorang.ayah.Apa.jenis.anak.dara.daaa...sampai.hati.ketepikan.bapa...Alah.KASSIM...KASSIM...

Nota hati : kata orang-orang tua...bercinta macam nak rak...dah kahwin bau belacan...
Nota Kaki : tiada kaitan sama ada yang hidup atau pun mati ataupun pengsan.Ambil sebagai semangat je ye.
Nota Aku : Kue iki perawan...ngenteni jodoh wae...ojo ngejar2 wong lanang...

Thursday, December 31, 2009

Karaoke Jamban...TELINGA?


BANDAR PONTIAN


(Muqadimah aku meraban sikit)

so far, aku rasa TAK la best sangat pontian nih...
mungkin sebab aku hari-hari mengadap benda yang sama kot..'entertainment' tak der la sangat hebatnya...ada pun pasaraya 'BILLION' yang jadi tempat budak sekolah 'dating'...(Biasalah budak baru nak besar)...Billion pon cam nak tak nak jer hidup. Wayang pun tak ada... (McDonald tak disediakan eh, yang ada KFC dengan Pizza Hut je)..Nak tengok wayang dengan makan McD kena 'turun' JB. Paling-paling gi main bowling je...dengan karaoke jamban tuh....

KARAOKE JAMBAN...


Berkaraoke dalam bilik kecil yang boleh muat 3 orang je kalau gemuk la geng-geng korang tu...kalau geng kecil molek comel boleh muat 4 orang. Karaoke Jamban sekarang jadi KEGILAAN REMAJA. Memang la berkaraoke seronok, lagi-lagi kalau suara sumbang cam aku makin la nak nyanyi lagi. Tapi, berbaloikah dengan melabur RM1 untuk berDoReMiFaSoLaSiDo bernyanyi atau berhibur dengan nilai kos rendah?...Lepas tu gadai GEGENDANG TELINGA...merosakkan deria pendengaran untuk jangka masa panjang nanti.

Persoalan sekarang, banyak masyarakat Malaysia yang cari hiburan berbentuk kos rendah dan mengenepikan risiko yang akan berbangkit pada kemudian hari... bukan setakat jadi tempat nak berhibur saja-saja, Karaoke Jamban atau Pusat Karaoke Mini nama bukunya, kini menjadi semacam TERAPI minda bagi masyarakat terutamanya remaja.

Tak sedar, secara langsungnya keadaan dalam Karaoke Jamban tu memakan secara perlahan kekuatan pendengaran kita. Pe tak nya, keadaan yang kecik cam tandas awam je boleh memekak sampai keluar bunyi  muzik dari bilik kecik tu...

INFO TELINGA

menggunakan alat pengukur paras bunyi, bacaan terhasil dalam bilik karaoke jamban tu menunjukkan angka yang dahsyat..!!!
mencecah hampir 120 desibel (dB) satu paras bunyi yang melampaui keupayaan pendengaran manusia biasa. Gegendang telinga manusia hanya mampu menampung  bunyi sehingga 80dB sahaja. bunyi yang melebihi tahap itu diklasifikasikan sebagai berbahaya dan mampu menarik nikmat deria pendengaran pemberian Allah sama ada sementara atau selamanya.


p/s : Aku pernah menderita sakit telinga sampai pekak. SAYANGI TELINGA ANDA.

Wednesday, December 30, 2009

Layan Diri...Self Service...


Assalamualaikum...aku ni tak la pandai sangat nak bermadah helah, tapi aku nak luahkan jugak...tak kira. kalau korang perasan la. Zaman sekarang punya stesen minyak, banyak la kena Layan Diri atau 'Self Service'. Kat tempat aku semua stesen minyak kena Layan Diri. Tak kiralah...ESSO, MOBIL, SHELL, CALTEX, PETRONAS. Semua guna konsep ni.

Masa mak aku pegi bandar nak isi minyak kereta. Tiba-tiba, kena Layan Diri sendiri...! Mak aku memang SENSITIF dan ALAHAN terhadap perkataan Layan Diri kat stesen minyak.

Mak aq pun tanya la kat sorang mamat 'Juru Pam'...begini soalannya, "Adik, kenapa ek sekarang semua stesen minyak kena layan diri...mak cik ni tak reti nak pam sendiri, maaf la mak cik bertanya." Kata Cik Adah.

Juru Pam pun berkata, "Mak cik ni semua 'government' suruh la cik, kesian kat rakyat kan." Kata Juru Pam yang OKU tu.

Bagus mamat ni, OKU pun masih ada usaha cari rezeki halal (Kata hati aku).
Sekarang ni, mungkin kerajaan nak ajar rakyat Malaysia...Tapi, kesian la kan kat orang-orang tua yang nak isi minyak. Kalau takde anak kat sebelah, camne nak isi minyak kereta...Walaupun tekan-tekan je butang, amik salur pam tu, masukkan dalam lubang minyak kereta. Hah, maka penuhlah tangki.

Namun...bagi orang-orang tua, perempuan pulak tu...cam susah la untuk dia orang kan.

Memang ada sesetengah Juru Pam yang berbudi bahasa sudi nak tolong OK jugak...
Habis, kalau mamat Juru Pam yang lagak cam kaduk naik junjung, ape hal...
Ade ke patut, aku pernah terdengar Juru Pam tu kata kat makcik sebelah pam minyak aku cam gini,
"Mak cik tak nampak ke layan diri ni..." (tragedi maki ini baru-baru saja berlaku)

p/s : Hormati orang-orang tua sebab esok-esok kita akan tua juga...tu pun kalau panjang umur.


Thursday, November 26, 2009

Sakit...kifarah dosa.

           Setiap orang pernah rasa sakit kan...tapi sedar atau tidak kenapa kita nak salahkan keadaan...bahasa mudahnya takdirlah...anggap jela yang sakit tu nak kurangkan dosa. lagu satu hal...kenapa kita sakit, salah satu sebabnya punca dari pemakanan kan. tu pasal la orang kat Malaysia banyak sakit punca dari terlebih makan. tapi bila dah sakit mula la cakap "kenapa aku yang dapat sakit ni, kan ramai lagi orang lain". Ni simptom tak sedar diri... dah tentu dia yang sebat semua jenis makanan.
         
           Tapi ada sakit yang berkaitan saraf...tetiba je lemah. Ni kita tak tau, kalau dia sakit berkaitan saraf ni dah nasib dia kena hadapi ujian dan dugaan cam ni. Contohnya sakit cam dalam cerita Jepun 'One Litre Of  Tear'. kesian gak la...bayangkan daripada kuat,aktif,cergas tetiba terus tak mampu wat pape cam orang sakit Palsi Serebral.