Kita pernah ada azam...tipu seandainya tiada hasrat untuk berubah.
Contoh-contoh azam :
1) Ingat ALLAH selalu, ikhlas dan istiqamah.
2) Baca Quran (taddabur) sehari 20 muka surat. Mathurat lepas subuh dengan asar.
3) Jangan mengumpat dan buruk sangka.
4) Solat jemaah setiap waktu dengan teman sebilik.
5) Beri kemaafan pada orang lain. Apa kelas kita untuk tidak memaafkan.
6) Hafazan dan solat malam.
7) Setiap hari sampaikan walau satu ayat, untuk tunjuk dekat orang Islam dan bukan Islam bahawa Islam ini indah.
8) Datang awal ke kelas.
9) Boikot zionis semampunya.
10) Ketawa 3 harkat.
11) Usrah jangan tinggal, surau kerap datang.
Biasanya azam-azam kita berbentuk ke arah kebaikan. Tidak mungkin azam kita berupa ke arah kejahatan bukan? contohnya, aku nak solat berjemaah setiap waktu, tak dapat dekat surau, dapat buat dengan rakan sebilik sudah cukup kental. Contoh azam lain, aku nak curi petai Pak Hassan sampai botak, tinggal daun-daun saja. Mana mungkin ada keazaman yang begini rupa kecuali terbina atas dasar emosi, seperti, anda berasa marah dengan Pak Hassan kerana menolak peminangan untuk mendapatkan anak perempuannya, lalu anda cuba mencuri petai Pak Hassan sebagai tanda membalas dendam.
Keazaman sungguh indah di mata fantasi. Macam tengok kartun Boboboy. Cuba siapkan keazaman itu?
Kerana kita asyik tanya mengapa...tidak mahu cuba bertanya bagaimana...sebab itu, aku kurang berminat dengan soalan kenapa dan mengapa. Aku suka orang tanya pada aku 'bagaimana'. Aku pun suka tanya orang 'bagaimana'. Baru mencabar perbualan kita.
Apa kaitannya bagaimana dan kenapa?
Sikap kenapa ini akan menyebabkan kita kerap mengungkap akan hasil dan kesan.
Sikap bagaimana pula kita akan kerap mengungkap akan usaha dan langkah-langkahnya.
ALLAH pandang usaha, aku selalu dengar madah ini dari sahabat-sahabat yang baik hati.
Maka, janganlah ragu-ragu...ALLAH akan tolong semuanya. Kita tinggal usaha saja. ALLAH sudah bagi hati, akal, tangan, mata, telinga, kaki,dan macam-macam lagi. (penat nak tulis-ini ialah bukti betapa banyaknya nikmat ALLAH bagi secara percuma, sampai aku tak larat nak tulis-kalau ALLAH suruh bayar bil tiap-tiap bulan macam modem jalur lebar...haa...baru padan muka kau Najwa).
Aku nak bagi tips supaya kita boleh ubah azam kita untuk menjadi lebih mencabar.
Adakah anda pernah mendenda anak murid? janganlah panggil denda...tak ada keistimewaan linguistik...Aku tukar soalan, adakah anda pernah memberikan peneguhan negatif? Cukup-cukuplah bagi peneguhan negatif. Nanti terhalang filantropi antara manusia. Aku tak suka cikgu cubit sampai berdarah-darah. Kalau marah pergilah ambil wuduk. Kalau marah lagi pergi tumbuk sambal belacan, manfaat sikit. Lagi satu jangan kumpul kemarahan anda, dan lepaskan pada seseorang. Bahaya. Lepaskan kemarahan anda dengan muhasabah diri.
Baiklah...ada dua tips untuk kita didik keazaman :-
1) Kegagalan azam -beri denda untuk diri sendiri
Semasa kita gagal menjalankan keazaman kita, contohnya, aku semester ini ingin datang awal ke kuliah, secara tiba-tiba terdatang lambat la pula. Kita pun cuba, didik dengan muhasabah diri, lepas itu boleh memberikan peneguhan negatif yang bercorak baik. Kita denda diri kita seperti hari ini aku lambat datang kuliah. Aku nak denda diri sendiri dengan menyapu sampah di bilik sendiri dan bilik jiran sebelah. Aku nak denda diri aku dengan hafaz surah an-naba. Aku nak denda diri aku dengan gosok baju kuliah satu almari. Denda yang anda buat ialah bercorak kebaikan...(AMARAN : Jangan sesekali denda anda itu berupa menampar muka sendiri sebanyak 100 kali, dan jangan sesekali denda berupa menghentak-hentak kepala di dinding atau pintu keras, bantal empuk tidak mengapa)
2) Kejayaan azam -beri hadiah untuk diri sendiri
Semasa kita berjaya melakukan keazaman kita, contohnya, aku berjaya datang awal ke kuliah. Kita pun cuba bagi peneguhan positif dengan memberikan hadiah kepada diri sendiri. Seperti, aku datang awal selama sebulan, aku nak hadiahkan diri aku dengan doa selamat. Aku nak hadiahkan diri aku dengan sujud syukur. Aku nak hadiahkan diri aku dengan puasa sunat. Aku nak hadiahkan diri aku dengan empat rangkap sajak. Adakah anda rajin bersedekah? belilah nasi ayam 10 bungkus bagi pada sahabat-sahabat yang memberikan sokongan tidak jemu-jemu semasa anda berubah.
Denda dan hadiah anda yang berbentuk amal itu, janganlah dianggap kerana denda dan hadiah, niatkan ikhlas kerana ALLAH. Biar jadi ibadah. Indah bukan?
Hanya Najwa : Aku pernah merasa bagi hadiah dekat diri sendiri tiga kali cuma. Tapi selalunya merasa denda memanjang saja. Jangan gopoh-gapah...kita perlu merasakan nikmat usaha kita. Kalau orang kutuk Contohnya "hai...awal hari ni datang kelas". Kita perlu anggap itu sebagai pujian. Contoh lain, "Hai...rajin datang surau". Anggap itu sebagai pujian. Ingat, jangan kecil hati...Jangan anggap sebagai kutukan. Itu hanya kutukan manusia, tak luak pun ketampanan dan kecantikan wajah kau. Yang penting ALLAH tak kutuk kau...ALLAH tengah tolong kau!!! ALLAH tau kau merintih-rintih nak berubah. Nak kasi tembok pecah. Serius. Penulisan ini juga ialah dendaan agar aku berubah!!!
No comments:
Post a Comment