Butir-butir cinta,
Yang benar,
Bagai terbiar di tepi jalan,
Adakah mata batinmu buta dalam celik?
Mungkin mata hanya nampak yang palsu,
Kala terleka,
Terbang bagai helang tanpa arah,
Terbang dan terus terbang mencari ketidakbenaran,
Dalam nafas kebebasan yang kau agungkan,
Tidak ingin memandang lagi ke bumi,
Yang kau pijak,
Hakikatnya sementara,
Pinjaman,
Tidak kekal.
Dalam batas waktu,
Usia muda ini,
Nafsu jadi kepentingan,
Ilmu lenyap dalam pandangan.
Bagimu,
Kata-kata cinta nafsu itu,
Lebih terlihat indah.
Kekasih haram lagaknya bagaikan kekasih halal,
Cintamu terikat pada mata,
Dan jatuh pada belaian dan pegangan tangan,
Yang duanya saling merelakan,
Sampai kau jejak ke dalam lobang,
Hasutan syaitan.
Jatuh tersungkur dalam lembah kehinaan.
Hapus airmatamu hanya sementara,
Kau menyesal kerana malu pada kata-kata manusia,
Bukan pada Allah,
Kalau kau menyesal kerana zina,
Kau tidak akan menghanyutkan nyawa,
Nyawa yang tidak berdosa ini.
Seorang bayi.
Yang suci.
Bayi ini,
Hanya menjadi mangsa dosamu,
Kasihani mereka.
Luluh hatiku yang sayu,
Melihat dan menatap,
Khabar-khabar dalam berita.
Yang bila entah akan berhenti.
Musim kejahilan dan kejahilan.
p/s :kepada kawan2 di luar sana, jangan menangis kerana dunia, kerana dunia sangat hina untuk ditangisi.
No comments:
Post a Comment