Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Thursday, January 28, 2010

Dahan Yang Akan Patah

(Sajak ini khas buat Khairina Mazlan)


Bunga yang kembang layu penantinya bumi,
Dedaunan kering yang gugur penunggunya tanah,
Dahan yang akan patah nanti perlukan tempat jua...
Tapi,
Di mana?


Bagi aku seorang insan yang kian lesu...
Takkan mungkin aku ingin bertahan di dahan yang akan patah,
Sedari jauh tapak perjalanan ini makin sakit kurasakan sendi hati,
Mahu kubebat luka ini. 

Tiada penawar yang boleh menyembuhkannya,
Tiada akan pulih perih jiwaku yang teraniaya,
Jika baik sepenuhnya sekalipun calar hatiku,
Pasti tetap terkesan,
Umpama luka yang meninggalkan parut.

Kau hadir tika luka ini perlu diubati,
Dulu kupernah menikammu wahai teman,
Tanpa kau ketahui,

Aku yang dulu membencimu kini tak ingin berpisah,
Apatah lagi berpisah dengan keterlukaan,
Janganlah ada onar permusuhan yang ingin memisahkan persahabatan kita kelak,
Jikalau kita berpisah,
Biarlah dalam kerelaan.

Kau sering menemaniku saat ini,
Ketika pemikiranku bercelaru dan tidak siap,
Kau hadir memperkenalkan keceriaan
Yang tenggelam dalam airmataku selama ini,

Kini kita menyelam ke dasar yang penuh ketenteraman,
Aku yang menjadi diriku sendiri,
Kau yang menjadi dirimu sendiri,
Kita tidak pernah berpura-pura,
Tawamu ada dalam tawaku,
Tangisku kau tahu,
Susahku kau bebani bersama,
Senangku...
Aku ingin kongsi bersamamu,
Nasihati jika aku mengabaikan kamu saat itu.


Ingatkah masa kita bersama,
Tentu kau masih mengingatinya,
Di situ kegembiraan,
Di situ ada gurau senda,
Ketika muncul diriku dalam kenanganmu,
Kau pejamkan mata lalu pandanglah ke atas,
Sambil matamu melihat awan,
Seindah itulah persahabatan kita,

Aku tidak ingin melukakanmu,
Kerana kau warna warni jiwaku,
Yang hitam putih ini,
Gula-gula hidupku,
Yang pahit selama ini,

Bagiku tiada amarah buatmu,
Sedangkan masa untukku menunjukkan kasih sayang belum masih mencukupi,
Takkan aku isi masaku dengan membencimu
Andai aku ialah dahan yang akan patah
Kau kuharap ialah tanah bumi yang setia menunggu dahan yang akan patah itu,
Temanku, terima kasih kerana menyayangi dengan sepenuhnya.

Monday, January 25, 2010

"SESUNGGUHNYA...ALLAH memang sengaja.......


Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah
supaya kita dapat menjadi PENILAI yang baik

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah
supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang senantiasa
mengharapkan PERTOLONGAN Allah

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah
supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK
KHAS UNTUK DIRI KITA

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah
supaya kita sedar
bahawa Allah MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat dan tepat untuk kita
dan kehidupan kita masa hadapan...

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah
supaya kita dapat
mengutip semua pengalaman yang tidak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya...

p/s : MEMANG ALLAH SENGAJA MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH      SUPAYA KITA MENJADI MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Saturday, January 23, 2010

Golongan Marhaen...Bukan lagi Lembu Cucuk Hidung.

kenapa orang suka memandang yang putih dan melupakan hitam yang masih ada...?
kenapa orang tau beza langit dan bumi sangat jauh...tapi tak faham-faham...?
kenapa orang berpura-pura tahu yang bulan dan matahari menyuluhnya tak sama...?
 

Golongan Marhaen merupakan golongan majoriti. Golongan rakyat yang hidup melarat. Golongan marhaen selalu menjadi mangsa ayat-ayat manis. Orang Besar kata memerlukan kita...Orang Besar kata kita adalah mereka, masalahnya sama ke...hapah takde. Tapi, apa yang ada hanyalah manipulasi dan kuku besi bukan demokrasi. Sistem yang ada sekarang cumalah atas dasar kepentingan atasan. Zapppp....... maka, tertutuplah mulut golongan marhaen. kalau bersuara pun cam dalam guni...kau cakap, kau dengar sorang.



Pemimpin berjiwa rakyat, pernah jumpa tak? hah, jawablah...aku belum jumpa lagi...
sekarang ni aku rasa rakyat berjiwa pemimpin...
rakyat yang nak kena bela nasib sendiri.
hak kena rampas nak wat cam mana.
 Tapi, itulah namanya politik
kuasa dan kuasa dan kuasa

Apa yang kita boleh buat
buat pilihan yang tepat


Sama lah apa yang berlaku kat selangor dulu...rumah wakil rakyat besar empat tingkat cam istana. Tapi, rumah rakyat kat sekeliling cam semut api...kecik yang amat. Rumah Dato' ape...? aku tak nak sebut  nama orang tu, dia dah arwah dah pun, cikgu agama aku kata tak baik buka aib orang. Bagi pihak kuku besi...tolonglah faham, janganlah anggap golongan marhaen ni lembap dan tak tahu berfikir. Dia orang dah pandai wat blog belakang tabir untuk sedarkan golongan dia orang akan situasi sebenar kepimpinan. Zaman dah berubah dan cara akal berfikir pun dah maju.


Kita semua kena faham...!!!

yang dasarnya ialah 
kita yang pilih mereka
bukan mereka pilih mereka
Mereka gunakan kita untuk mereka pilih antara sesama mereka



Apa yang aku rasa mengikut kefahaman sendiri...'Lorong Marhaen' ni bukan korang yang pilih. Tapi bagi korang dengan kehidupan cam gini, mampu menyalakan sifat kejiwaan dalam diri dan gaya hidup...teruskanlah.  Umpama menuntut ilmu, topik hanyalah tajuknya, dan yang pokoknya ialah isinya. tapi aku salut dengan muzik-muzik yang memperjuangkan nasib dan hak individu. Walaupun lagu korang tak ramai yang tahu...usaha perjuangankan muzik itu. dan kepada Orang Besar, jangan la memperjuangkan yang tidak-tidak.

Aku ada satu lirik lagu dari penyanyi Indonesia :
Surat Buat Wakil Rakyat by Iwan Fals
 
Untukmu yang duduk sambil diskusiUntukmu yang biasa bersafariDisana di gedung DPR
Wakil rakyat kumpulan orang hebatBukan kumpulan teman teman dekatApalagi sanak famili
Dihati dan lidahmu kami berharapSuara kami tolong dengar lalu sampaikanJangan ragu jangan takut karang menghadangBicaralah yang lantang jangan hanya diam

Dikantong safarimu kami titipkanMasa depan kami dan negeri iniDari Sabang sampai Merauke
Saudara dipilih bukan di lotereMeski kami tak kenal siapa saudaraKami tak sudi memilih para juaraJuara diam juara he eh juara hahaha
Untukmu yang duduk sambil diskusiUntukmu yang biasa bersafariDisana di gedung DPR
Dihati dan lidahmu kami berharapSuara kami tolong dengar lalu sampaikanJangan ragu jangan takut karang menghadangBicaralah yang lantang jangan hanya diam

Wakil rakyat seharusnya merakyatJangan tidur waktu sidang soal rakyatWakil rakyat bukan paduan suaraHanya tahu nyanyian lagu “setuju”
Wakil rakyat seharusnya merakyatJangan tidur waktu sidang soal rakyatWakil rakyat bukan paduan suaraHanya tahu nyanyian lagu “setuju”
Wakil rakyat seharusnya merakyatJangan tidur waktu sidang soal rakyatWakil rakyat bukan paduan suaraHanya tahu nyanyian lagu “setuju”
Wakil rakyat seharusnya merakyatJangan tidur waktu sidang soal rakyatWakil rakyat bukan paduan suaraHanya tahu nyanyian lagu “setuju”


p/s : Bukan nak memedaskan atau memanaskan...cuma meluahkan pendapat

Saturday, January 9, 2010

PERIHAL SANTAU DALAM KALANGAN MASYARAKAT


  Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara. Penyakit yang tergolong dalam nama santau itu wujud. Penyakit itu biasanya dikenali berdasarkan tanda-tanda zahir yang dialami oleh pesakit. Contohnya batuk berpanjangan, berbulan-bulan, kadang-kadang mengambil masa bertahun, dengan menggunakan pelbagai ubat, tetapi batuk tidak hilang. Ada juga yang batuk mengeluarkan darah, hilang selera makan, badan kurus kering, kulit berkedut-kedut, kuku kebiru-biruan, disekeliling mata juga kebiru-biruan, tidak bermaya, sejuk kaki tangan khususnya pada petang hari, murung, tidak ceria dan sebagainya.

Penyakit sedemikian tidak semestinya santau. Ia boleh berlaku sedemikian dengan sebab fizikal yang lain, mungkin kerana dia bermasalah penyakit paru-paru rosak atau tonsil kronik atau sakit TB, keracunan dan sebagainya. Pesakit jenis ini biasanya akan terubat dengan doktor pakar. Mungkin kerana sudah diubati tetapi tidak sembuh, maka mereka beralih kepada rawatan alternatif. Salah satu yang sering dirujuk ialah bomoh santau atau perawat-perawat lain. Kebanyakan pengubat akan memberitahu pesakit itu bahawa dia terkena penyakit santau. Ertinya ada orang bagi dia makan sesuatu, atau dia memakan ramuan yang di dalamnya ada santau.

Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa. Dikatakan ia diperbuat daripada bulu ulat bulu yang mati merana (meragan), dicampur dengan bisa ular, lipan atau kala jengking dan dicampur dengan kaca halus daripada bal lampu kalimatang yang ditumbuk halus. Selepas itu ia dikatakan melalui proses adunan tersendiri dan dikeringkan, dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam makanan atau minuman. Ini adalah cerita lisan, tiada orang yang boleh mengesahkan ia adalah santau yang sebenarnya.

Kalaupun ada yang membuat santau, tentulah dia merahsiakannya dan tidak mungkin dia mendedahkan rahsianya kepada orang. Adakah orang yang sanggup membuatnya untuk menganiayai orang lain? Semata-mata dengan sedikit bayaran dunia, tidak kah mereka takut kepada dosa dan sebagainya? Zaman ini manusia menjadi makhluk yang serba boleh, serba jadi. Misalnya mereka sanggup mendera isteri, mendera orang gaji, membunuh diri, keluarga dan rakan, serta melakukan pelbagai kemusnahan.

Manusia menjadi haiwan, malah lebih teruk daripada haiwan. Apakah itu (menggunakan santau) tidak dikatakan sebagai manusia kerana wang atau kerana hendak memuaskan hati? Oleh santau adalah salah satu daripada kekejaman manusia. Yang penting tanda-tanda penyakit tadi jelas, orang itu sakit, setiap sakit ada ubatnya. Berubatlah dengan cara yang betul, apabila Allah bukakan ruang kesembuhan, insya-Allah kena ubatnya, penyakit akan sembuh. Sering kita dengar ada orang yang boleh membeli santau daripada orang tertentu dan sebagainya, itu adalah kata orang, anda jangan mudah mempercayainya. Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar kita selamat dari kedengkian manusia. Wallahu a'lam.