(Sajak ini khas buat Khairina Mazlan)
Bunga yang kembang layu penantinya bumi,
Dedaunan kering yang gugur penunggunya tanah,
Dahan yang akan patah nanti perlukan tempat jua...
Tapi,
Di mana?
Bagi aku seorang insan yang kian lesu...
Takkan mungkin aku ingin bertahan di dahan yang akan patah,
Sedari jauh tapak perjalanan ini makin sakit kurasakan sendi hati,
Mahu kubebat luka ini.
Tiada penawar yang boleh menyembuhkannya,
Tiada akan pulih perih jiwaku yang teraniaya,
Jika baik sepenuhnya sekalipun calar hatiku,
Pasti tetap terkesan,
Umpama luka yang meninggalkan parut.
Kau hadir tika luka ini perlu diubati,
Dulu kupernah menikammu wahai teman,
Tanpa kau ketahui,
Aku yang dulu membencimu kini tak ingin berpisah,
Apatah lagi berpisah dengan keterlukaan,
Janganlah ada onar permusuhan yang ingin memisahkan persahabatan kita kelak,
Jikalau kita berpisah,
Biarlah dalam kerelaan.
Kau sering menemaniku saat ini,
Ketika pemikiranku bercelaru dan tidak siap,
Kau hadir memperkenalkan keceriaan
Yang tenggelam dalam airmataku selama ini,
Kini kita menyelam ke dasar yang penuh ketenteraman,
Aku yang menjadi diriku sendiri,
Kau yang menjadi dirimu sendiri,
Kita tidak pernah berpura-pura,
Tawamu ada dalam tawaku,
Tangisku kau tahu,
Susahku kau bebani bersama,
Senangku...
Aku ingin kongsi bersamamu,
Nasihati jika aku mengabaikan kamu saat itu.
Ingatkah masa kita bersama,
Tentu kau masih mengingatinya,
Di situ kegembiraan,
Di situ ada gurau senda,
Ketika muncul diriku dalam kenanganmu,
Kau pejamkan mata lalu pandanglah ke atas,
Sambil matamu melihat awan,
Seindah itulah persahabatan kita,
Aku tidak ingin melukakanmu,
Kerana kau warna warni jiwaku,
Yang hitam putih ini,
Gula-gula hidupku,
Yang pahit selama ini,
Bagiku tiada amarah buatmu,
Sedangkan masa untukku menunjukkan kasih sayang belum masih mencukupi,
Takkan aku isi masaku dengan membencimu
Andai aku ialah dahan yang akan patah
Kau kuharap ialah tanah bumi yang setia menunggu dahan yang akan patah itu,
Temanku, terima kasih kerana menyayangi dengan sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment