Hamba hingga akhirnya

My photo
Aku hanya seorang hamba ALLAH yang kerap buta pada terang cahaya,sering celik pada gelap lorong yang hujungnya mati jiwa, tapi keraguan itu hanya semalam yang caci. Ya ALLAH, relakan aku menangis kerana mendengar kebenaran, jangan biarkan aku ketawa sedangkan di dalamnya penipuan.

Sang Penulis

“Semua penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang akan abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti” (Ali bin Abi Thalib).

Saturday, August 7, 2010

Curi Ruang Udara? Hulur bawah Meja? Hilang Jati Diri?

Seorang kanak-kanak kehilangan punca,
bunyi jet perang menakutkan,
lari ke arah ibu,
peluk erat,
tidak mahu lepas.

Takut bunyi enjin,
menghantui hingga kini,
Walaupun sudah dewasa,
Dia tetap tutup telinga,
Hendak lari ke ibu,
Ibu jauh,
Di Selatan.

Kanak-kanak itu kurang percaya 
Pada negara jirannya,
Dia sering ketakutan 
Tatkala terdengar bunyi enjin jet,
TAKUT KENA BOM!!!
Hingga kini,
Igauan masih mengejar,
Walau sudah menapak dan melebarkan langkah,
Di kota metropolitan,
Ibu negara Malaysia.

Walaupun sudah cukup dewasa,
Bunyi enjin kapal di udara,
Tetap menarik koordinasi tangannya,
Menggerakkan sensori motornya untuk tutup telinga.

Adakah ketua...
Negara jiran yang makan ruang udara,
Atau...
Negara sendiri minum teh tarik di kedai kopi,
Sambil hulur duit bawah meja,
Dia keliru pihak mana harus dipersalahkan,
Salahkan diri sendiri ke?
Kami rakyat biasa...

Nampak maju dan bahagia,
Tapi isi perut bukan kami punya,
Bangunan-bangunan hedonisme,
Menyubur dan terpacak megah,
Di bumi kelahiran keris bersilang,
Lakonan hidup bersulam hutang,

Jangan biarkan kanak-kanak itu 
Membesar dengan ketakutan, 
bukan takut pada bunyi enjin jet,
Tapi...takut tidak mengenali jati diri sendiri.
Hanyut dan konon,
Terikut-ikut budaya orang sebelah.


Surat untuk Menteri Besar : : :
Jangan salahkan orang sebelah...
salahkan orang dalam!!! 
Cukup lama...sudah kuno...memang bosan...
bilakah akan pecah kubu itu?
Kubu keris bersilang...

Nota Panik : : :
Benarkah JOHOR BAHRU lebih 
ligat berbanding KUALA LUMPUR?

No comments: