Engkaukah yang menyeru namaku?
Untuk menoleh ke arahmu
Rasa berat
Walaupun suaramu menjerit bagai di lapangan luas
Bentangan sahara
Aku tetap teruskan langkah meninggalkanmu
Sambil tangan melambai layu
Atau akukah yang sedang berkhayal?
Terasa seperti sedang mendengar jeritan sendiri
Keliru dan sepi
Mencengkam batin sukmaku
Aku termangu berfikir
Seorang lelaki tak cukup hanya menabur kata berharga
Tak memadai cuma mengukir kenangan semanis madu
Bukan amat mudah baginya mengambil dan memberi
Juga menjadikan jauh kepada dekat
Sesuka hatinya
Hati yang penuh ragu-ragu
Aku menganggap kau seperti bermain permainan anak raja
Tidak semestinya dimiliki jiwa wanita itu
Tetapi hanya boleh dipermainkan sahaja
Nota kecil : Ayah aku pernah berkata, kau takkan betul-betul kenal dan cintakan seseorang lelaki itu, selagi dia tidak bergelar suami dan memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah buat anak-anak kau. Aku berfikir bahawa, memang fakta kata-kata ayah aku ni...
No comments:
Post a Comment