Duka yang menghimpit bagaikan
celahan jeram-jeram batu,
Pada permukaan tajam tersangkut menggamit luka,
Bibit hati menangis alpa,
Namun leka dan lupa,
Akan tempat memohon sewajarnya,
Dukamu diluahkan pada manusia,
Sedarkan diri segara,
Sebab itu,
Ibarat bertutur pada bayang-bayang sendiri,
Hakikatnya Allah saja yang bisa,
Melengkapi pinta tautan hatimu.
Manusia umpama hilang ingatan,
Kerana melihat jalan luas,
Penyelamat hanyut dirinya.
Tidakkah kau sedar?
Jalan sempit itu,
Lebih bermakna,
Mencapai benderang langit hatimu.
Pencipta-Mu,
Mencipta gelap gelita,
Bukan untuk selamanya,
Kerana akan datang sinar yang tiada sesiapa menduga.
Pergi balik hal ini,
Tetap melambangkan satu makna,
Yang mewakili segala rasa,
Hanya ada seribu cerita, Namanya hidup,
Hanya ada satu diam,
Namanya mati.
Nota kecil : Sajak dicipta tatkala hatiku membuai rasa lalai pada dunia, Dukaku sering dibicara pada manusia, walhal bukan itu tempatnya...Aku berharap agar matiku terikat rasa hamba, semasa PEMILIKNYA ingin menjemput pada waktu esok.
No comments:
Post a Comment