Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan,
Dan berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan,
Bukti kasihNya...kita wujud di dunia pinjaman ini,
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya...
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,
Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuhi insani.
Kata-kata ini hadiah buat Emak dan Ayah yang tercinta semoga semangatmu membela yang hak tidak jatuh ke bumi, kepada emak...teruskan kekuatan dalam diri walau musuhmu adalah darah dagingmu sendiri. Emak kau rela mengangkat tanggungjawab menggantikan anak lelaki sedangkan kau anak perempuan. Kepada ayah, terima kasih atas cintamu kepada emak...Kau turut sama menggalas beban...mencari rezeki demi kasih menjaga orang tua.
No comments:
Post a Comment